|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
JAMILAH ABU BAKAR (2 album) |
||
|
BAYUN TARI PANGLIMA – Jamilah Abu Bakar (Warisan Records / PMP Entertainment, 2015)
Walaupun gelombang muzik hiburan tanahair disogokkan dengan kebanjiran muzik Barat tetapi Jamilah Abu Bakar, pelantun album ini terus memperjuangkan muzik tradisional Melayu di persada seni. Jamilah Abu Bakar telah menerima Anugerah Bakat Muda 2013 dari Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara kerana sumbangannya di bidang seni suara lagu lagu Tradisional tanahair. Album BAYUN TARI PANGLIMA terbitan Warisan Records memuatkan nyanyian semula Jamilah dalam rangkaian lagu malar segar dengan gaya baharu. Selain lagu malar segar, empat lagu baharu turut dimuatkan, 'Seri Buana', 'Pertemuan', 'Ceritera Sang Perabu Kayangan' dan 'Bayun Tari Panglima'. Untuk album kali ini, Puteri Keroncong ini lebih berversatile kerana beliau turut menyampaikan lagu Tradisional dan juga lagu lagu berirama zapin. |
|
|
KERONCONG EKSKLUSIF – Jamilah Abu Bakar (Irama Studios / Jamilah Music Heritage, 2011)
Jamilah Abu Bakar, memulakan kerjaya nyanyian beliau di Kementerian Pelajaran Malaysia Royal Concert 2005. Mengambil bahagian di Festival Kanak Kanak Antarabangsa di Turki 2007 dan dipilih untuk membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas berprestij pada tahun 2010. Penampilan Jamilah Abu Bakar sebagai penyanyi menyampaikan keseluruhan lagu dalam album ini harus diberi penghargaan yang tinggi kerana mampu menjana dan memenuhi keperluan vokal yang cemerlang khusus untuk menyanyikan lagu lagu dalam genere muzik keroncong. Bertambah menarik apabila album ini ditangani oleh Mahzan Manan seorang penggiat muzik keroncong, asli dan nasyid tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau juga amat popular sebagai komposer lagu pop balada penghujung 70an dan awal 80an. Kesemua lagu lagu keroncong dalam album ini adalah ciptaan baru oleh Mahzan Manan. |
|
JAMILUL HAYAT (1 album) |
||
|
KLASIK HITZ
–
Jamilul Hayat CD 1:
CD 2:
Seleksi lagu yang dipilih adalah himpunan daripada 3 album Jamilul Hayat; Gelora Cintaku (1987), Kaulah Segalanya (1988) dan Kau Juga Pilihanku (1990), terbitan dan edaran ASP (Antartic Sound Production). |
|
JARI (1 album) |
||
|
WAJAH WAJAH KEKASIH
(instrumental)
–
Jari
|
|
JATT (4 album) |
||
|
KAU BINTANG KU
–
Jatt CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2:
|
|
|
10 BEST OF THE BEST
vol 2
–
Jatt
|
|
|
10 BEST OF THE BEST
vol 1
–
Jatt
|
|
|
ROCK INTERNASIONAL VERSI MELAYU – Hardattack (Life Records, 1989 / rilisan semula, 2011)
Album ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rock antarabangsa yang amat popular tetapi dipersembahkan dalam versi Melayu oleh pemuzik, Hardattack dengan Jatt sebagai vokal utamanya. Antara lagu-lagu rock yang dipilih untuk dinyanyikan dalam versi Melayu ini ilah 'Soldier Of Fortune', 'Rock Steady', 'Lady In Black', 'Smoke On The Water', 'Holiday' dan 'Temple Of The King'. |
|
JAY JAY (5 album) |
||
|
EMOSI
–
J Jay
Dengan kelahiran EMOSI genaplah penantian Jay Jay selama 12 tahun selepas album solo terakhirnya 'J JAY 97' dikeluarkan pada 1997 (Warner). EMOSI memuatkan empat lagu baru, 'Ku Relakan' (ciptaan M Nasir), 'Permaisuriku' (Omar K), dan 2 buah lagu ciptaan Badhisham, 'Layang Layang' dan 'Jangan Pergi Dariku'. Album tersebut juga turut menyenaraikan empat buah lagu popular dari dulu hingga kini yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Freedom (Jauh Di Rindu), Wheels (Dalam Kenangan), Streetlights (Kekasih) dan sebuah lagu rakaman semula iaitu lagu hit Jay Jay sendiri, 'Cukuplah Sekali'. |
|
|
INSAN PUJAAN
–
Futri Miyanti & J Jay
Album yang berkonsepkan lagu retro 70an & 80an telah mempertemukan bintang baru, Futri Miyanti dengan biduan lagenda, Jay Jay. Kesemua lagu dalam album ini dipersembahkan secara duet walaupun terdapat beberapa lagu tersebut pernah dinyanyikan secara solo seperti 'Biarlah Ku Sendiri' (Noor Kumalasari), 'Menyesal Tak Berguna' (Carefree) dan 'Cinta Benar Cinta' (D'Atomic Power). Dua buah lagu popular dari seberang; 'Romi Dan Juli' dan 'Seberkas Sinar' turut dipilih untuk dimuatkan dalam album ini. Lagu klasik era 70an 'Romi Dan Juli' merupakan lagu runut dari filem remaja Indonesia yang mendapat sambutan hangat ROMI DAN JULI nyanyian asal pelakon Widyawati. 'Seberkas Sinar' pula adalah lagu balada rock nyanyian Nike Ardilla yang amat popular sekitar penghujung 80an. Lagu-lagu lain adalah lagu duet tempatan yang amat popular dan telah dirakam ramai penyanyi kecuali 'Duniaku Duniamu' nyanyian asal Sharifah Aini & Latiff Ibrahim. |
|
|
JAY JAY '97
|
|
|
KOLEKSI ABADI vol 2
–
Jay Jay
Selain menyenaraikan lagu lagu hit nyanyian Jay Jay, album kompilasi ini turut memuatkan semula 2 buah lagu rakaman semula yang pernah dipopularkan oleh Jay Jay bersama kumpulan Carefree iaitu 'Rindu Bayangan' dan 'Tiada Lagi Airmata' yang dinyanyikan secara solo. |
|
|
KOLEKSI ABADI
–
Jay Jay
|
|