KAK PAH AKAN SENTIASA DIKENANG '8PARA' dikendalikan Shamshul Azree Samshir (BH: BH2 HIP – Isnin, 7 Julai 2014) |
Dekatlah Padaku, Bila kerisauan, Oh kasihku sayang, Ku kan menghiburmu. Bait lirik lagu Dekatlah Padaku dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang popular pada era 1970-an menjadi antara kenangan terawal saya dalam mengenali penyanyi bersuara emas ini. Jelas tergambar dalam ingatan, ketika kecil, sambil disuap nasi oleh ibu atau ibu saudara, lagu-lagu dendangan Kak Pah sering berputar di cordong radio. Magis suara Kak Pah terus disanjung melangkau generasi dan pada hari ini, kita meratapi pemergian Biduanita Negara yang kembali ke rahmatullah, pagi kelmarin, pada usia 61 tahun. Sesungguhnya, Kak Pah adalah legenda dunia seni yang merperkukuhkan akar muzik khususnya irama Melayu. Selepas Allahyarham Tan Sri P Ramle dan Saloma, rakyat terutama pencinta seni pantas mengenang Kak Pah sebagai ikon dunia seni suara. Daripada kelompok warga emas terutama mereka yang seusia dengannya sehinggalah generasi muda, semua orang kenal Kak Pah. Sifat Dermawan Sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni suara pada akhir era 960-an, Kak Pah sentiasa relevan. Dalam dunia muzik, Kak Pah ada dalam hampir setiap dekad biar apa pun genre muzik semasa yang menjadi kegilaan ramai. Sumbangan Kak Pah terlalu besar dan kehadirannya dirasai. Baik pada era 1970-an dengan rangkaian lagu popular seperti Seri Dewi Malam dan Di Malam Persandingan hinggalah era 1990-an apabila Kak Pah popular dengan lagu irama padang pasir dan nasyid, Kak Pah kekal dalam kelas yang tersendiri. Sebagai anak seni, Kak Pah cukup dikenali sebagai artis serba boleh – hakikat yang mungkin sukar digapai oleh artis generasi sekarang. Berikan saja sebarang lagu, daripada inang, masir, keroncong, inang atau pop, semuanya boleh didendangkan dengan lunak dan merdu. Itulah kelebihan Kak Pah yang juga dikenali sebagai insan dermawan yang banyak membantu anak yatim dan mereka yang memerlukan. Personaliti Penyayang Tahun kedua menyertai Unit Hiburan, saya bersykur kerana berpeluang mendekati Kak Pah secara perbadi. Masih segar dalam ingatan, pada Ogos tahun lalu, kami kumpulan media dijemput menikmati makan malam di rumah Kak Pah. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke rumahnya, tetapi selalu mendengar cerita mengenai kehidupannya yang senang hasil pengabdian dirinya dalam dunia seni. Pada malam itu, biarpun pertama kali bertentangan mata, Kak Pah melayan saya seperti sudah kenal lama.
Rumah Kak Pah cukup mewah, kemas dan
bersih. Segala-galanya teratur termasuk peralatan sajian pinggan dan
mangkuk eksklusif serta juadan enak. Sudah resam Kak Pah, beliau hanya
menyajikan yang terbaik kepada tetamu, namun apa yang dilihat mata bukanlah
kepada material atau juadah tersaji, sebaliknya personaliti Kak Pah yang
cukup penyayang, melayan kami seperti adik-beradik atau anaknya sendiri.
Malam itu Kak Pah berbual seperti bertemu kawan-kawan lama, berceloteh dan
berjenaka seolah-olah merindukan saat begitu. Kini hanya iringan doa dan
al-Fatihah kami berikan kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan
dalam kalangan mereka yang beriman apatah lagi pergi pada bulan penuh
keberkatan.
Artikel lain yang berkaitan:
Aliff Tunai Hajat Ibu
(BH: BH2 HP
– 7 Julai 2014)
Artis Ratapi Pemergian Kak Pah
(BH: BH2 HP
– 7 Julai 2014) |