P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 March 2024) |
|
|
APOLOGIA RAW
–
Search & Awie
(Jamming Edition /
Mini-album, Gold CD Edition) Rock 'N' Roll Pie Bayangan Baiduri/Gothik Malam Edan (medley) Pelesit Kota Nur Nilam Sari (versi asal dari album BIKIN WILAYAH, 1998)Album ini diterbitkan bersempena persiapan KONSERT APOLOGIA SEARCH & AWIE pada 28 Mac 2020 anjuran Imaginex yang telah ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan virus Coivd-19. Lagu-lagu adalah rakaman sesi latihan di studio Al Pamalo dan menampilkan Awie sebagai penyanyi utama. Album 'jamming' APOLOGIA RAW diterbitkan sendiri oleh Search & Awie. Album ini telah dikeluarkan dalam dua edisi iaitu edisi Standard CD dan Gold CD. Senarai trek lagu adalah sama kecuali edisi Standard, trek lagu kedua hanya menampilkan lagu 'Bayangan Baiduri'. |
|
KATHARSIS (CD Hijau) – Search(Pawana Music / NSR, 2017) Gagalista Sidang Kangaroo Nama Yang Kau Lupa Mitos Atau Nyata Henjut Sulalatussalatin Jubah Pengatin Apologia Embun Bebas Liar Selepas 11 tahun menyepi tanpa sebarang album, kini Search muncul dengan KATHARSIS yang membawa pengertian proses penyucian, pembersihan dan pengisian jiwa raga. Album terbitan M Nasir ini masih mengekalkan genre 'rock n roll' dan beliau beranggapan album ini ada pelbagai bunyi yang mampu mengimbau kenangan bersama Search dahulu dan pada masa sama menarik minat pendengar generasi baru. Amy Search pula merasakan KATHARSIS mungkin album terakhir kumpulan Search kerana faktor usia selain tempoh yang lama untuk menghasilkan album baru sejak album terakhir mereka, 'GOTHIK MALAM EDAN' yang dipasarkan pada 2006. KATHARSIS dijangka mampu memenuhi citarasa tiga generasi. Untuk cetakan pertama. album ini diterbitkan dalam empat warna CD (biru, hijau, merah jambu dan merah) dengan reka bentuk kulit album yang berbeza demi memberi dimensi baru dalam penghasilan album Search. |
|
GOTHIK MALAM EDAN
(Limited Gold Edition)
–
Search Memoria Anna Gothik Malam Edan Ampun Yin & Yang Gurindam Cinta Khayam Lara Tari Pencinta Irama Marakas Menawan Raga Penjaga Rahsia Nyata Dan Maya Bonus Video (PC Enhanced) Di sebalik tabir album GOTHIK MALAM EDAN Walaupun Amy telah menyertai semula kumpulan Search pada 2003, tetapi ini adalah album pertamanya bersama Search setelah kali terakhir merakamkan album DOUBLE TROUBLE 2 (1998). Album ini juga menampilkan kemunculan semula Hillary sebagai ahli kumpulan Search. Kali terakhir beliau bersama Search ialah pada 1988 untuk rakaman album FENOMENA (1989). Nasir juga telah menyertai semula kumpulan Search pada 2003 tetapi ini adalah album pertamanya bersama Search setelah kali terakhir merakamkan album ROCK 'N' ROLL PIE LIVE N' LOUD (1997). Terdapat beberapa buah lagu dalam album ini telah digubah semasa proses awal rakaman album EMPIRE GARDEN (2004) yang tertangguh agak lama ketika itu dan akhirnya tidak jadi diterbitkan. Sayangnya untuk edisi rilisan semula ini tiada Bonus Video yang disertakan (seperti edisi asal) walaupun telah dicatat dalam senarai trek lagu. |
|
FENOMENA 2003 – Search (Go Search-BMG Music, 2003) Fenomena 2003 Purnama 2003 Isabella Derap Komando Ku Taklukkan Dunia Menara Kesesatan 2003 Bencana Pawana Songsang Gadis Misteri FENOMENA 2003 diterbitkan sempena 'reunion' Search era 2000 sebagai penawar untuk peminat Search yang begitu setia menanti kemunculan semula Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit. 14 tahun dahulu album ini dianggap sebagai sebuah album 'magic' kumpulan Search kerana kehadiran album FENOMENA (1989) menenggelamkan keriuhan album-album rock tempatan yang lain ketika itu yang cuba mencari pengaruh masing-masing. FENOMENA dianggap kemucak tertinggi penglibatan Search di dalam bidang seni bukan sahaja di Malaysia tetapi juga peminat Nusantara terutamanya Indonesia yang turut sama merasai 'mania' Search. Album FENOMENA 2003 telah melalui pelbagai proses termasuk 'digital restoration' dan 'remastering 24-bit' manakala 3 lagu untuk versi 2003, 'Fenomena', 'Purnama' dan 'Menara Kesesatan' telah diadun semula dengan memasukkan gitar tambahan oleh Kid & Din. |
|
#1
–
Search Isabella Fantasia Bulan Madu Gadis Misteri Fenomena Mentari Merah Di Ufuk Timur Langit Dan Bumi Isi Atau Kulit Seroja Kejora Pawana Teguh Laila Namamu Teratas Di Pintu Sepi Setelah Hujan Nirmala Rozana |
|
ROCKESTRA (Digipack) – Search (Go Search-BMG Music, 2001 / rilisan semula Go Search-MJ Valley Entertainment, 2021) Pawana / Pelesit Kota Bencana Kejora Menara Kesesatan Gadisku Melayar Bahtera Panggung Khayalan Bisa Nirmala Rozana Fantasia Bulan Madu ROCKESTRA adalah album koleksi rakaman live yang dilancarkan oleh Search sebelum menggemparkan industri muzik tanahair dengan pengumuman pembubaran kumpulan ini pada 16 Januari 2001. Album ini menghimpunkan lapan rakaman live iaitu sebuah lagu dari album Rock N' Roll Pie Live N' Loud (Pawana / Pelesit Kota) dan selebihnya dari 'Unplugged' Gema Di Timur Jauh. Kesemua lagu rakaman live tersebut mengekalkan vokal Amy, manakala muziknya telah dirakam dan diadun semula dengan memasukkan bunyi gitar elektrik berserta bunyian muzik orkestra. Turut dimuatkan 3 buah lagu live yang tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana album kumpulan Search sebelumnya - 'Bencana', 'Menara Kesesatan' dan 'Panggung Khayalan'. |
|
SELEPAS BANJIR – Search (BMG, 1999) Selepas Banjir Setanggi Ranjang Malam Cintaku Karya Tuhan Millenium Sakral Pergilah Cadar Tak Berganti Zingaro Blues Jaga Jaga Panakea Kejoraku Bersatu SELEPAS BANJIR merupakan album studio terakhir yang diterbitkan di bawah nama kumpulan Search sebelum diumumkan bubar pada tahun 2001. Album ini menampilkan anggota baru iaitu Shah, Zam dan Moq (Ismail Mohd Ali) yang mengambil alih peranan Amy sebagai penyanyi. Hanya Yazid satu-satunya anggota asal kumpulan Search yang kekal untuk produksi album Search 'generasi baru' ini. Album ini kurang mendapat sambutan dan lagu-lagunya kurang menonjol kecuali 'Kejoraku Bersatu'. Bagaimanapun Search kembali aktif pada awal tahun 2004 bermula dengan konsert reunion LIVE KONSERT ROCK SEARCH EVOLUSI 2OO4. |
|
BIKIN WILAYAH – Search ▪ Awie (BMG Music, 1998) Mancis Dah Basah Bayangan Baiduri Zen (Bikin Wilayah) Setia Dalam Kacamu Ichiban Kanta Biru Ghairah Malam 15 Mutiara Embun Penghujung Jalan Nur Nilam Sari BIKIN WILAYAH adalah album kumpulan Search tanpa penyanyi asal mereka Amy yang telah keluar daripada Search pada awal 1998 untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya solo beliau. Semasa masih menganggotai kumpulan Search, Amy berjaya mengeluarkan 2 buah album solo. Atas mempunyai misi perjuangan yang sama terhadap muzik rock, Awie adalah calon yang sesuai sebagai penyanyi undangan bagi memantapkan album ini. |
|
ROCK N' ROLL PIE LIVE N' LOUD – Search (BMG Music, 1997) Diari Habil & Qabil Pawana Pelesit Kota Seroja Gelora Cintaku Isi Atau Kulit Rock 'N' Roll Pie Medley Hits: Isabella, Fenomena, Meniti Titian Usang, Kejora, Gadisku, Rozana & Fantasia Bulan Madu Pasti Album ini merupakan seleksi lagu-lagu rakaman langsung dari Konsert Rock 'N' Roll Pie Search yang telah berlangsung selama 2 jam tanpa henti dan disaksikan 15,000 peminat Search. Ia adalah konsert sempena 15 tahun penglibatan Search bergelumang di dalam persada muzik tanahair. Ini juga kali pertama Search muncul di stadium yang kaya dengan sejarah, kenangan dan lagenda, Stadium Merdeka pada tahun 1996. |
|
ROCK 'N' ROLL PIE – Search (BMG Music, 1996) Panggung Khayalan Seroja Rock 'N' Roll Pie Melintasi Batas Satu Bangsa Satu Arah (penghargaan buat Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad) Kereta Merah Mengundur Waktu Diari Habil & Qabil Nantikan Gerimis Mata Kucing Rock 'N' Roll Pie merupakan album terbitan sendiri kumpulan Search dan diterbitkan sempena ulang tahun ke 15 penubuhan kumpulan Search. Search juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Klaus Meine dan Rudolf Schenker yang sudi berkerjasama didalam album istimewa ini untuk lagu 'Panggung Khayalan' dan 'Mengundur Waktu'. Juga turut terlibat komposer terkenal dari Indonesia, Bartje Van Houten, Titiek Van Houten & Farid Hardja. |
|
'UNPLUGGED' GEMA DI TIMUR JAUH
–
Search Kejora Rozana Isabella Fantasia Bulan Madu Bisa Gadisku Nirmala Melayar Bahtera Laila Namamu Teratas Hilang Dalam Terang (lagu ba ru)Album 'Unplugged' ini telah dirakam dari KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH LIVE UNPLUGGED dan merupakan album live versi Unplugged pertama kumpulan Search. Hanya lagu 'Hilang Dalam Terang' dirakam dalam studio. Walaupun album ini bertujuan untuk mempromosi album studio GEMA DI TIMUR JAUH tetapi hanya sebuah sahaja lagu daripada album tersebut dirakam semula secara unplugged iaitu 'Laila Namamu Teratas', manakala lagu-lagu lain adalah lagu hit yang pernah dipopularkan oleh Search sebelumnya. |
|
GEMA DI TIMUR JAUH
–
Search Laila Namamu Teratas Cintaku Hilang Bisanya Menuju Puncak Hello Kawan! Pinball Superhero Honky Tong Kosong Jeritan Rindu Roket Bersalah Atau Tidak No Way! Andai Ku Miliki Semalam Album studio ini dirakam setelah tiga tahun kumpulan Search sepi tanpa lagu-lagu baru. Bersempena kehadiran album ini, Search telah mengadakan KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH di Stadium Shah Alam dan diikuti KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH LIVE UNPLUGGED di Life Centre Kuala Lumpur. |
|
TERBAIK
–
Search Setelah Hujan (versi baru) Fantasia Bulan Madu (versi baru) Isabella Nigina Seribu Satu Natijah Teguh Melayar Bahtera Bisa (versi baru) Malam Asli Dan Tulus Kau Pergi (versi baru) Mentari Merah Di Ufuk Timur (versi baru) Meniti Titian Usang (versi baru) Kau Akan Tahu ( versi baru)Album ini bukan album kompilasi biasa kerana ini agak istimewa apabila Search merakam semula 7 lagu hit mereka dengan susunan muzik yang baru. Kesemua lagu tersebut adalah rakaman terawal ketika Search menjadi artis rakaman Polygram sebelum menyertai BMG. |
|
LAGU LAGU
SEARCH:
KOLEKSI 2 Berpaling Gadis Ayu Kau Akan Tahu Fantasia Bulan Madu Rozana Cinta Sepi Mentari Merah Di Ufuk Timur Meniti Titian Usang Gadisku Kau Pergi Kejora Musafir Bisa Sebatang Tongkat Untuk Berdiri |
|
RAMPAGE
–
Search Neo Romantik Asli Dan Tulus Berbagai Wajah Metropolitan Analogi 0.1 Feel The Pain Nigina Sederhana Bertopeng Cinta Nirmala RAMPAGE merupakan album studio pertama yang diterbitkan sendiri oleh kumpulan Search. Sebelumnya kesemua album studio kumpulan Search menggunakan perkhidmatan M Nasir sebagai penerbit. RAMPAGE mempunyai susunan muzik yang eksperimental dan dinamik. |
|
SEPULUH TAHUN
–
Search
(Gold CD) Cinta Kita (Amy featuring Inka Christie) (lagu baru) Manusia Oh Manusia (lagu baru) Mencari (instrumental) Malam Ku Taklukkan Dunia Emanuelle Teguh Gadis Misteri Derap Komando Fenomena Melastik Ke Bintang Isabella Album khas ini diterbitkan sempena 10 tahun penglibatan Search dalam industri muzik tanahair. Terdapat dua lagu baru termasuk nyanyian solo Amy berduet dengan bintang remaja Indonesia yang amat popular ketika itu, Inka Christe 'Cinta Kita' (tajuk asal 'Fantasia Bulan Madu'). Dititipkan juga sebuah catatan ringkas dari Search untuk peminat, "Sukar bagi kita untuk bersama-sama selama 10 tahun, sesudah menghadapi ribuan rintangan, cubaan, perjuangan, kesabaran, dugaan, kekecewaan, gelak ketawa, kejayaan dan banyak lagi. Tapi syukur kita juga kepada Allah yang telah memberi kita teguh bersama. Terima kasih untuk semua dan terimalah album khas ini." |
|
KARISMA
–
Search Melastik Ke Bintang Melayar Bahtera Orang Timur Dunia Milik Kita Emanuelle Memandu Nafsu Teguh Manusia Reptilia Paranoid Orait Mama Sutera Atau Rayon Proses rakaman, suntingan & mastering untuk album KARISMA menggunakan Digital 3D dan Hybrid Arts ADAP System. Tidak lama setelah album ini diterbitkan, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes telah keluar daripada kumpulan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos Sdn Bhd yang akhirnya menerbitkan album kumpulan Scream (1993). Nasir menyertai semula Search pada 1995. |
|
LIVE '89
–
Search Intro & Bencana Isabella Songsang Derap Komando Fenomena Pawana Drum Solo (Yazit) Menara Kesesatan Purnama Gitar Solo (Kid) Gadis Misteri LIVE merupakan album kumpulan Search yang pernah diterbitkan hanya dalam format kaset berganda (4 kaset) pada tahun 1989. Untuk format CD ia telah diterbitkan semula pada 2017 dengan menggunakan tajuk LIVE '89 tetapi agak terkilan apabila dua lagu rakaman studio, 'Mencari' (instrumental) dan 'Malam' yang tersenarai dalam format kaset telah digugurkan. Begitu juga digugurkan temuramah bersama Search oleh pelakon Azmil Mustafa. Album ini dirakam secara langsung dari Konsert Kesyukuran Search di Stadium Negara, Kuala Lumpur; March 1989. INFO: Untuk format CD, Instrumental 'Mencari' dan lagu 'Malam' (nyanyian asal Kembara) telah disenaraikan buat pertama kalinya dalam album khas sempena 10 tahun penglibatan Search dalam industri muzik tanahair; SEPULUH TAHUN (BMG-Go Search, 1996). |
|
FENOMENA (Gold CD Edition) – Search (Go-Search-BMG Music, 1989 / Go Search-Pawana Music, 2019) Fenomena Purnama Isabella Derap Komando Ku Taklukkan Dunia Menara Kesesatan Bencana Pawana Songsang Gadis Misteri Edisi CD Emas ini diterbitkan sempena ulangtahun ke 30 album terlaris search FENOMENA. Sebelum ini FENOMENA pernah diterbitkan dengan pelbagai versi tetapi dengan penambahan beberapa track lagu tetapi untuk edisi terhad ini ia mengekalkan 10 track asal dengan mastering terkini. Album studio ke 4 dan merupakan album pertama kumpulan Search setelah keluar dari Polygram telah diedarkan pada awal tahun 1989 bukan saja diiktiraf sebagai album terbaik Search tetapi juga merupakan salah sebuah album rock terbaik dalam industri muzik tanahair. 'Killer album' ini bukan saja menjadi fenomena di Malaysia tetapi juga menempah kejayaan hingga ke Indonesia. Terlalu banyak kejayaan yang dicapai Search melalui album ini antaranya lagu hit utama 'Isabella' telah memenangi hadiah utama sebagai Juara Lagu, persembahan terbaik dan lirik terbaik untuk ANUGERAH JUARA LAGU 1989 terbitan TV3. Search juga meraih populariti dari undian peminat apabila dianugerah sebagai Penyanyi Berkumpulan Popular dalam Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1989 anjuran Berita Harian (kini dikenali sebagai ANUGERAH BINTANG POPULAR). Populariti lagu 'Isabella' juga telah membawa kumpulan Search ke layar perak. Amy memegang watak utama untuk filem kerjasama Indonesia-Malaysia yang juga menggunakan tajuk 'Isabella' yang diterbitkan pada tahun 1990.
|
|
BERPALING
–
Search Berpaling (lagu baru) Mungkinkah Tertawa (lagu baru) Fantasia Bulan Madu Bisa Gadisku Kau Akan Tahu (lagu baru) Mentari Merah Di Ufuk Timur Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Balada Pemuzik Jalanan Musnah
|
|
DI PINTU SEPI
–
Search Di Pintu Sepi (lagu baru) Setelah Hujan (lagu baru) Rozana Meniti Titian Usang Musafir Kepala Angin (lagu baru) Cinta Sepi Kejora Kau Pergi Gadis Ayu (lagu baru)DI PINTU SEPI ialah sebuah album kompilasi yang turut memuatkan 4 buah lagu yang tidak pernah dirilis oleh Polygram Records dalam mana-mana album kumpulan Search. Lagu-lagu tersebut adalah lebihan lagu-lagu yang dirakam untuk album MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR iaitu sebelum Search meninggalkan syarikat tersebut. |
|
MENTARI MERAH DI
UFUK TIMUR
–
Search
Pelesit Kota Fantasia Bulan Madu Gelora Cintaku Gadisku (dipetik dari filem 'Rozana Cinta ... '87) Bunga Pesona Pembakar Perasan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Serigala Segalanya Mat Rock Mentari Merah Di Ufuk Timur Album studio ketiga kumpualn Search ini diedarkan sekitar Februari 1987 dan menjadi album terakhir mereka bersama Polygram Records apabila mereka membuat keputusan meninggalkan Polygram pada penghujung 1987. Bagaimanapun terdapat baki beberapa lagu dari sesi rakaman album ini yang kemudiannya dimuatkan dalam dua album kompilasi Search, DI PINTU SEPI (4 lagu) dan BERPALING (3 lagu). |
|
LANGIT DAN BUMI
–
Search
Musnah Meniti Titian Usang Langit Dan Bumi Rozana Tumbuk Rusuk Pasti Bisa Mencari Sebuah Nama Pada Satu Kedudukan Kau Pergi |
|
CINTA BUATAN
MALAYSIA
–
Search Isi Atau Kulit Cinta Buatan Malaysia Cinta Sepi Cinta Pertama Sirih Gambir Balada Pemuzik Jalanan Kejora Nombor Jiwa Jiwa Luka Musafir Setelah 4 tahun ditubuhkan, akhirnya kumpulan Search berjaya menghasilkan album studio mereka yang pertama, CINTA BUATAN MALAYSIA. Sambutan genre muzik rock yang mereka perkenalkan mendapat sambutan hangat. Album ini turut menampilkan lagu saduran, 'Sirih Gambir' (lagu asal 'You Really Got Me' nyanyian The Kinks) dan 'Nombor' (lagu asal 'Tokyo' nyanyian Earthshaker). Dua buah lagu iaitu 'Cinta Pertama' dan 'Jiwa Jiwa Luka' adalah nyanyian Yan @ Amran Marsiman selainnya oleh vokal utama, Amy @ Suhaimi Abdul Rahman. 'Jiwa Jiwa Luka' kemudiannya dirakam semula oleh M Nasir dengan susunan muzik yang baru, lirik yang berbeza dan dikenali dengan tajuk lagu 'Rupa Tanpa Wajah' untuk album runut bunyi LAGU LAGU DARI FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN (1986). |