sejarah Ringkas perjalanan seni Search

Sumber: Dari inlay CD: TERUNGGUL SEARCH, terbitan/edaran BMG Music, 2004

Sejarah penubuhan SEARCH bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1981.  Ditubuhkan oleh gitaris Zainal RAMPA, SEARCH pada asalnya dianggotai oleh gitaris Hillary Ang, bassist Memet Narou, pemain dram Yazit Ahmad dan tidak mempunyai vokalis tetap.  Diatas cadangan Hillary, seorang anak muda dari Johor Bahru, Suhaimi Abd Rahman atau sepertimana beliau dikenali kini, Amy SEARCH telah dilamar untuk menyanyi dengan SEARCH.  Amy pada masa itu masih lagi bermain dengan band beliau di Johor Bahru, the Titanics bersama-sama Awang BPR. 

Pada masa yang sama SEARCH telah mendapat kontrak untuk membuat persembahan di Red Rooster Pub, salah satu kelab terkemuka di ibukota pada masa itu.  Tampil dengan konsep hard rock, persembahan SEARCH pada awalnya tidak begitu mendapat sambutan dari pengunjung Red Rooster yang masih lagi hangat dengan irama berentak blues dan reggae.  Namun selepas sebulan, lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka seperti 'Mr Crowley' (oleh Ozzy Osbourne), 'Stairway To Heaven' (oleh Led Zeppelin) dan 'Tom Sawyer' (oleh Rush) mula menjadi siulan dan mendapat tempat dihati pencinta mzuik pada masa itu.

Di Red Rooster jugalah SEARCH buat pertama kalinya bertemu dengan salah seorang komposer yang bakal memainkan peranan penting dalam karier mereka, M Nasir.  Kagum, M Nasir telah memberitahu SEARCH yang apabila dia melangkah masuk ke dalam Red Rooster, perkara pertama yang beliau lihat adalah "stars in the making".  Dari Red Rooster, SEARCH berpindah ke Kelab Flamingo kemudian kembali ke Red Rooster.  Klimaks karier mereka sebagai band kelab adalah sewaktu mereka menjadi residen band di Hard Rock Cafĕ di Taman Tun Dr Ismail.  Dalam pada masa itu, Zainal telah disingkirkan dari SEARCH dan tempatnya sebagai gitaris utama sering digantikan oleh samada Man Kidal atau Din.  Sementara itu tempat Memet yang juga telah meninggalkan SEARCH sering digantikan oleh samada Nasir atau Yan (Lefthanded).

Seperti biasa, dengan reputasi sebagai salah satu band paling gah di dalam sirkit kelab malam, maka mencurah-curahlah tawaran untuk merakamkan album, tapi SEARCH bukannya band yang gelojoh dengan populariti.  Sebaliknya, mereka telah menolak tawaran-tawaran yang mereka terima di atas alasan mereka perlukan sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum mereka benar-benar bersedia untuk merakamkan album.  Akhirnya pada tahun 1984, mereka telah menandatangani kontrak untuk merakamkan album bersama Polygram dan diletakkan di bawah jagaan dan pemerhatian M Nasir.

Tahun berikutnya, SERACH tampil dengan album sulung mereka CINTA BUATAN MALAYSIA dan pada masa yang sama, tercapailah impian peminat muzik rock masa itu yang kepinginkan sebuah album rock dari band Malaysia.  Untuk album tersebut, segala part gitar utama dimainkan oleh Man Kidal sementara Yan mengambil peranan sebagai bassist.  Reaksi diterima oleh CINTA BUATAN MALAYSIA adalah pelbagai.  Ada yang gemarkannya dan ada yang menghentam album tersebut, terutama cara penyampaian vokal Amy.  Walaupun tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, CINTA BUATAN MALAYSIA telah membuka satu lembaran baru dalam persada seni tempatan - ia seakan menjadi benih kepada perkembangan muzik rock di Malaysia di mana lagu-lagu seperti 'Balada Pemuzik Jalanan', 'Cinta Buatan Malaysia', 'Isi Dan Kulit' serta 'Kejora' menjadi siulan kebanyakan mat-mat rockers pada masa itu.

Bila album kedua mereka LANGIT DAN BUMI dipasarkan pada tahun 1986, segala persoalan tentang kemampuan SEARCH sebagai kumpulan hard rock pertama di negara ini terjawab dan kebanyakan pengkritik yang menghentam mereka pada awalnya terpaksa menelan balik kata-kata mereka.  Dengan kemasukan semula Hillary dan Nasir, LANGIT DAN BUMI merupakan satu album yang lebih mantap dari semua aspek.  Lagu-lagu seperti 'Rozana', 'Meniti Titian Usang', 'Kau Pergi' dan 'Bisa' menampakkan kematangan mereka sebagai kumpulan terutama sekali petikan gitar Hillary dan kekuatan vokal Amy yang seakan-akan menjadi trademark kepada sound SEARCH. 

Bila masa tiada siapa pun menjangkakan yang SEARCH mampu menghasilkan album yang lebih baik dari LANGIT DAN BUMI, mereka telah mengejutkan ramai orang dengan album ketiga mereka, MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR pada tahun 1987.  Dengan lagu yang lebih bertenaga, muzik yang lebih kemas dan imej yang lebih up-to-date selaras dengan perkembangan muzik rock antarabangsa, MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR terjual lebih banyak dari album-album mereka sebelum ini.  Lagu-lagu seperti 'Fantasia Bulan Madu', 'Pelesit Kota', 'Mentari Merah Di Ufuk Timur', ''Gadisku', 'Gelora Cintaku' dan 'Mat Rock' menaikkan lagi nama SEARCH di arena muzik tempatan.  Tahun berikutnya, SEARCH telah mengerluarkan album keempat mereka DI PINTU SEPI tetapi pada masa yang sama mereka telah terperangkap dengan perbalahan dengan label mereka Polygram sehingga terpaksa diselesaikan di mahkamah.  Sudah jatuh ditimpa tangga, Hillary kemudian menyatakan hasratnya untuk keluar SEARCH.  Menggantikan tempatnya adalah bekas pemain gitar kumpulan Gersang, Kid yang juga merupakan adik kepada Nordin.  Persoalan dikalangan peminat SEARCH masa itu adalah, bolehkah SEARCH bertahan tanpa Hillary yang telah banyak menyumbangkan rif-rif guitar yang berhantu kepada lagu-lagu SEARCH?

Segala terjawab apabila album kelima mereka, FENOMENA diedarkan pada tahun 1989.  Bukan saja ianya menjadi album mereka yang paling berjaya dari segi komersil, ianya juga melonjakkan nama SEARCH ke peringkat antarabangsa (Indonesia terutamanya) dan menyaksikan muzik SEARCH merentasi pelbagai kaum.  Terlalu banyak sejarah yang SEARCH lakar bersama album FENOMENA, antaranya jualan paling tinggi bagi artis Malaysia (ianya terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia).  Lagu 'Isabella' telah dirakam semula oleh ramai artis daripada pelbagai negara dan telah dijadikan sebagai inspirasi untuk sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia atas tajuk yang serupa. 

SEARCH membuka tirai dekad 90an dengan album kelima mereka KARISMA.  Walaupun tidak mempunyai lagu-lagu hit sekuat 'Isabella', 'Fenomena' dam 'Gadis Misteri', album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.  Mereka juga telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di New Music Seminar yang telah berlangsung di New York, Amerika Syarikat.  Tahun itu juga SEARCH telah mengeluarkan album kompilasi SEPULUH TAHUN SEARCH.

RAMPAGE, album keenam mereka muncul pada tahun 1992.  Namun sebelum sebarang aktiviti promosi dapat dijalankan, SEARCH bersama-sama kebanyakan kumpulan rock lain telah di'gam' daripada muncul di televisyen dan radio kerana isu rambut panjang.  Di waktu kebanyakan kumpulan rock tunduk dan akur, SEARCH tetap dengan pendirian mereka walaupun terpaksa membatalkan banyak konsert dan aktiviti seni mereka demi mempertahankan maruah muzik rock.  Namun, sampai bila sesiapa boleh bertahan apabila periuk nasi mereka ditutup?  Pada 1 Nov 1992, SEARCH bersama-sama kumpulan Wings terpaksa akur dengan peraturan baru yang mewajibkan artis lelaki berambut pendek.  Upacara pemotongan rambut mereka telah disiarkan secara langsung di slot SELAMAT PAGI MALAYSIA.

Tahun berikutnya SEARCH telah bergabung dengan Wings di dalam album DOUBLE TROUBLE.  Album ketujuh mereka GEMA DI TIMUR JAUH hanya muncul pada tahun 1995, dan walaupun ianya tidak sehangat album-album mereka sebelumnya, di dalam album tersebut terdapat salah satu lagu yang terbaik pernah mereka hasilkan, 'Laila Namamu Teratas'.  Sementara itu album unplugged pertama mereka, GEMA DI TIMUR JAUH: UNPLUGGED mendapat sambutan yang menggalakkan di mana ianya telah terjual lebih dari 100,000 unit.

Menyedari yang fans mereka rindukan sound SEARCH yang lama, SEARCH kembali dengan album kelapan mereka ROCK 'N' ROLL PIE pada tahun 1996.  Sekali lagi album tersebut kurang mendapat sambutan.  Satu-satunya lagu dari album tersebut yang mendapat perhatian peminat adalah 'Seroja'.  Tahun 1997, menyaksikan SEARCH mengeluarkan album live kedua mereka ROCK N' ROLL PIE LIVE N' LOUD yang dirakamkan sewaktu konsert aniversari mereka yang ke 15 di Stadium Merdeka pada tahun sebelumnya.

Selepas bersama-sama dengan SEARCH selama 16 tahun, Amy menyatakan hasratnya untuk keluar dari SEARCH pada tahun 1998 diikuti oleh Nasir tidak lama selepas itu.  Meneruskan perjuangan, tempat Nasir telah digantikan dengan pendatang baru, Fauzi dan tempat Amy telah digantikan sementara oleh Awie.  Namun, bagi kebanyakan peminat SEARCH, Amy adalah SEARCH, tanpa beliau, SEARCH hanya tinggal nama.  Umpama retak menanti belah, Din, Kid dan Fauzi telah mengambil keputusan untuk keluar dari SEARCH pada tahun 1999, meninggalkan hanya Yazit sendirian.  Pantang menyerah sebelum kalah, Yazit menggagahkan diri untuk terus mengibarkan nama SEARCH  bersama ahli-ahli baru, gitaris Shah (dari kumpulan Slam), bassist Kamarul Izham Ahmad Badri (Zam) dan vokalis Ismail Mohd Ali (Moq).  SEARCH generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, SELEPAS BANJIR.

Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama SEARCH telah dibekukan dan untuk meneruskan legasi SEARCH, sebuah kumpulan baru RAMPAGE telah ditubuhkan.  Pembekuan SEARCH merupakan satu kehilangan besar bagi peminat muzik rozk tempatan.  Sepanjang karier mereka, SERACH merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana sesebuah rock band patut wujud.  Tidak berkompromi, sentiasa meneroka dan mencari elemen-elemen baru untuk muzik mereka, sentiasa mahukan yang terbaik dan paling penting sekali SEARCH memahai apakah erti sebenar muzik rock 'n' roll dan sebab itu ratusan ribu peminat mereka hingga ke hari ini masih lagi memegang kata-kata hikmat Amy - "Rock will never die!"  Dan di atas kata-kata hikmah yang sama, Amy, Kid, Din, Nasir telah menghidupakn semula SEARCH bersama pemain dram yang baru Lola (dari kumpulan XPDC) pada penghujung tahun lepas.  Bak kata Amy sewaktu sidang akhbar di atas penyatuan semula SEARCH hujung tahun lepas: "Perjuangan kami masih belum selesai."

Diskografi search

(menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Search termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasi mereka ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)

  CINTA BUATAN MALAYSIA - Search (LP - Polygram Records, 1985)

Album pengenalan kumpulan Search dari Johor Bahru ini walaupun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi ia telah membuka lembaran baru kepada perkembangan muzik rock di Malaysia.  Peminat-peminat muzik Rock mana mungkin dapat melupakan lagu-lagu Search daripada album ini seperti, 'Kejora', 'Isi Dan Kulit' dan 'Cinta Sepi'.

Senarai lagu;

Isi Atau Kulit Cinta Buatan Malaysia Cinta Sepi Cinta Pertama Sirih Gambir Balada Pemuzik Jalanan Kejora Nombor Jiwa Jiwa Luka Musafir

Format CD untuk album ini hanya dirilis pada tahun 1996 dan Universal Music merilis semula pada tahun 2016 dan tahun berikutnya dirilis untuk edisi Limited Gold Disc.

  LANGIT DAN BUMI - Search (LP - Polygram Records, 1986)

Album kedua kumpulan Search menaikkan populariti mereka apabila lagu 'Kejora', 'Isi Dan Kulit' dan 'Cinta Sepi' menjadi popular. 

Senarai lagu;

Musnah Meniti Titian Usang Langit Dan Bumi Rozana Tumbuk Rusuk Pasti Bisa Mencari Sebuah Nama Pada Satu Kedudukan Kau Pergi

Format CD untuk album ini hanya dirilis pada tahun 1996 dan Universal Music merilis semula pada tahun 2016 dan tahun berikutnya dirilis untuk edisi Limited Gold Disc.

  MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR - Search (LP - Polygram Records, 1987)

Lagu hits dari album ini, 'Fantasia Bulan Madu' telah mencanakkan populariti kumpulan Search yang sebelumnya dianggap sebagai kumpulan yang  'biasa-biasa' saja.  Jualan album ini juga jauh lebih baik daripada 2 album Search yang pernah diterbitkan.  Lain-lain lagu hit daripada album ini ialah 'Mentari Merah Di Ufuk Timur', 'Gadisku', 'Gelora Cintaku' dan 'Pelesit Kota'. 

Senarai lagu;

Pelesit Kota Fantasia Bulan Madu Gelora Cintaku Gadisku Bunga Pesona Pembakar Perasan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Serigala Segalanya Mat Rock Mentari Merah Di Ufuk Timur

Format CD untuk album ini hanya dirilis pada tahun 1996 dan Universal Music merilis semula pada tahun 2017 untuk edisi limited Gold Disc.

  DI PINTU SEPI - Search (Kaset - Polygram Records, 1988)

DI PINTU SEPI, sebuah album kompilasi yang turut memuatkan empat buah lagu yang tidak pernah dirilis sebelumnya.  Ia diterbitkan sebelum kumpulan Search meninggalkan syarikat rakaman mereka Polygram Records.  Perbalahan Search dengan syarikat rakaman Polygram berkenaan isu kontrak rakaman telah membawa mereka ke mahkamah.

Senarai lagu;

Di Pintu Sepi (lagu baru) Setelah Hujan (lagu baru) Rozana Meniti Titian Usang Musafir Kepala Angin (lagu baru) Cinta Sepi Kejora Kau Pergi Gadis Ayu (lagu baru)

DI PINTU SEPI buat pertama kalinya dirilis dalam format CD pada tahun 2015 oleh Universal Music.

  BERPALING - Search (Kaset - Polygram Records, 1988)

Seperti album DI PINTU SEPI, album BERPALING juga merupakan album kompilasi tetapi turut memuatkan tiga buah yang tidak pernah dirilis dalam mana-mana album kumpulan Search sebelumnya. 

Senarai lagu;

Berpaling (lagu baru) Mungkinkah Tertawa (lagu baru) Fantasia Bulan Madu Bisa Gadisku Kau Akan Tahu (lagu baru) Mentari Merah Di Ufuk Timur Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Balada Pemuzik Jalanan Musnah

BERPALING buat pertama kalinya dirilis dalam format CD pada tahun 2015 oleh Universal Music.     

  KOLEKSI TERBAIK - Search (Kaset - Polygram Records, 1988)

Senarai lagu;

Fantasia Bulan Madu Meniti Titian Usang Musafir Gadisku Kau Pergi Rozana Kejora Mentari Merah Di Ufuk Timur Bisa Cinta Sepi

  KOLEKSI TERBAIK vol 2 - Search (Kaset - Polygram Records, 1988)

Senarai lagu;

Gadis Ayu Kau Akan Tahu Isi Atau Kulit Gelora Cintaku Pasti Berpaling Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Balada Pemuzik Jalanan Serigala Segalanya Musnah

  FENOMENA - Search (Kaset - BMG Pacific & Go Search, 1989)

FENOMENA bukan sahaja menjadi album terbaik kumpulan Search tetapi juga merupakan album terbaik dalam sejarah persada muzik tanahair.  Lagu 'Isabella' menjadi lagu hit sepanjang zaman dan telah mencipta fenomenanya sendiri sehingga membawa Search menjadi cukup terkenal di Nusantara terutamanya di Indonesia.  'Isabella' juga telah menempa kejayaan sebagai juara lagu di ANUGERAH JUARA LAGU 1989 dan bertambah hebat apabila Search memenangi kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.  Kehebatan 'Isabella' juga telah membawa kumpulan Search menjadi bintang filem untuk filem ISABELLA (tahun 1990).

Senarai lagu;

Fenomena Purnama Isabella Derap Komando Ku Taklukkan Dunia Menara Kesesatan Bencana Pawana Songsang Gadis Misteri

Buat pertama kali FENOMENA telah dirilis dalam format CD oleh BMG Pacific & Go Search pada tahun 1990 dengan susunan trek lagu seperti versi kaset tetapi telah memasukkan dua buah lagu dari album LIVE (BMG Pacific & Go Search. 1989) - 'Mencari' (Instrumental) dan 'Malam'.

Pada tahun 2017 telah dirilis dalam format Limited US Edition dan untuk tahun 2019 iaitu sempena Ulangtahun ke 30 album FENOMENA ia telah dirilis dalam format Gold Disc Edition dengan susunan trek lagu yang sama seperti dalam versi asal (kaset); tiada penambahan lagu.

  LIVE - Search (Kaset - BMG Pacific & Go Search, 1989)

Album ini dirakam secara langsung dari KONSERT KESYUKURAN SEARCH di Stadium Negara, Kuala Lumpur – March 1989.  Album rakaman langsung ini turut memuatkan 2 buah lagu baru rakaman studio, 'Mencari' (instrumental) dan 'Malam' dan sesi temuramah yang dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi, Azmil Mustapha.  'Malam' adalah lagu asal kumpulan Kembara.   

Senarai lagu;

Bencana Isabella Songsang Temuramah Derap Komando Fenomena Pawana Mencari (instrumental) (lagu baru) Malam (lagu baru) Drum Solo Mencari Kesesatan Purnama Temuramah Gitar Solo Gadis Misteri   Temuramah

Album LIVE buat pertama kali diterbitkan dalam format CD pada 2017 dengan menggunakankan tajuk album LIVE '89 tapi sayangnya penerbitan album tersebut telah menggugurkan dua buah lagu rakaman studio tersebut dan sesi temuramah.  

  KARISMA - Search (CD - BMG Pacific & Go Search, 1990)

Senarai lagu;

Melastik Ke Bintang Melayar Bahtera Orang Timur Dunia Milik Kita Emanuelle Memandu Nafsu Teguh Manusia Reptilia Paranoid Orait Mama Sutera Atau Rayon

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula KARISMA tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  SEPULUH TAHUN - Search (Kaset - BMG Pacific & Go Search, 1991)

Album koleksi sempena Ulangtahun ke 10 kumpulan Search dalam persada muzik tanahair turut memuatkan 2 buah lagu baru; 'Manusia Oh Manusia' dan 'Cinta Kita' (tajuk asal 'Fantasia Bulan Madu') nyanyian solo Amy Search berduet dengan penyanyi Indonesia, Inka Christie.

Senarai lagu;

Cinta Kita (Amy featuring Inka Christie) (lagu baru) Manusia Oh Manusia (lagu baru) Mencari (instrumental) Malam Ku Taklukkan Dunia Emanuelle Teguh Gadis Misteri Derap Komando Fenomena Melastik Ke Bintang Isabella

Buat pertama kali pada tahun 1996, album ini telah dikeluarkan dalam format CD dan dirilis sekali lagi pada tahun 2017.

  LAGU LAGU KOLEKSI - Search (CD - Polygram Records, 1991)

Senarai lagu;

Fantasia Bulan Madu Rozana Cinta Sepi Mentari Merah Di Ufuk Timur Meniti Titian Usang Setelah Hujan Gadisku Kau Pergi Kejora Musafir Bisa Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Pada tahun 2019, Universal Music & PMP Entertainment telah merilis semula album ini bersama dengan sebuah lagi album kompilasi kumpulan Search, LAGU LAGU SEARCH KOLEKSI 2 (Polygram Records, 1993) sebagai mini boxset (2 CD dalam 1 Boxset).

  rampage - Search (CD - Go Search & BMG Pacific, 1992)

Senarai lagu;

Neo Romantik Asli Dan Tulus Berbagai Wajah Metropolitan Analogi 0.1 Feel The Pain Nigina Sederhana Bertopeng Cinta Nirmala

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula RAMPAGE tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

DOUBLE TROUBLE - Search & Wings  DOUBLE TROUBLE - Search & Wings (CD - Go Search / Fly Wings & BMG Pacific, 1992)

Kehebatan Wings dan Search membuahkan idea untuk menggabungkan mereka didalam sebuah album.  Kolaborasi vokal Awie dan Amy menjadikan lagu 'Gemuruh' menjadi hit dalam album DOUBLE TROUBLE ini.

Senarai lagu;

Intro (Jamming) (Search & Wings) Gemuruh (Search & Wings) Kau Masih Berdegil (Wings) Akhirnya (Search) Gema Di Inderaloka (Wings) Nazar (Search) Cakap Memang Murah (Search) Malam Gelisah (Wings) Seribu Satu Natijah (Kerana Dia) (Search) Mabuk Tujuh Lautan (Wings) Ikutkan Saja (Search & Wings)

Album ini dirilis semula dalam format CD tetapi tidak dicatat tahun penerbitannya dan pada tahun 2018 dirilis oleh Sony Music untuk edisi Limited Gold Disc.

  lagu lagu search koleksi 2 (CD - Polygram Records, 1993)

Senarai lagu;

Berpaling Gadis Ayu Kau Akan Tahu Fantasia Bulan Madu Rozana Cinta Sepi Mentari Merah Di Ufuk Timur Meniti Titian Usang Gadisku Kau Pergi Kejora Musafir Bisa Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Pada tahun 2019, Universal Music & PMP Entertainment telah merilis semula album ini bersama dengan sebuah lagi album kompilasi kumpulan Search, LAGU LAGU KOLEKSI (Polygram Records, 1991) sebagai mini boxset (2 CD dalam 1 Boxset).

  terbaik - Search (CD - BMG & Go Search, 1994)

Album ini bukan album kompilasi biasa kerana ini agak istimewa apabila Search merakam semula 7 lagu hit mereka dengan susunan muzik yang baru.  Kesemua lagu yang terpilih untuk diberi nafas baru adalah rakaman terawal ketika Search menjadi artis rakaman Polygram sebelum menyertai BMG.  Lagu-lagu tersebut ialah 'Setelah Hujan', 'Fantasia Bulan Madu', 'Bisa', 'Kau Pergi', 'Mentari Merah Di Ufuk Timur', 'Meniti Titian Usang', dan 'Kau Akan Tahu'.

Senarai lagu;

Setelah Hujan (versi baru) Fantasia Bulan Madu (versi baru) Isabella Nigina Seribu Satu Natijah Teguh Melayar Bahtera Bisa (versi baru) Malam Asli Dan Tulus Kau Pergi (versi baru) Mentari Merah Di Ufuk Timur (versi baru) Meniti Titian Usang (versi baru) Kau Akan Tahu (versi baru)

  REMIX - Search (CD - Polygram Records, 1994)

Album REMIX hanya memuatkan 5 buah lagu kumpulan Search yang telah diadun semula muziknya (porgrmming).

Senarai lagu;

Fantasia Bulan Madu Pelesit Kota Mentari Merah Di Ufuk Timur Rozana Langit Dan Bumi

  GEMA DI TIMUR JAUH - Search (CD - BMG Pacific & Go Search, 1995)

Album studio ini dirakam setelah tiga tahun kumpulan Search sepi tanpa lagu-lagu baru.  Bersempena kehadiran album ini, Search telah mengadakan KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH di Stadium Shah Alam dan diikuti KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH LIVE UNPLUGGED di Life Centre Kuala Lumpur.

Senarai lagu;

Laila Namamu Teratas Cintaku Hilang Bisanya Menuju Puncak Hello Kawan! Pinball Superhero Honky Tong Kosong Jeritan Rindu Roket Bersalah Atau Tidak No Way! Andai Ku Miliki Semalam

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula GEMA DI TIMUR JAUH tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  'UNPLUGGED' GEMA DI TIMUR JAUH - Search (CD - BMG Music & Go Search, 1995)

Album 'Unplugged' ini telah dirakam dari KONSERT GEMA DI TIMUR JAUH LIVE UNPLUGGED dan merupakan album live versi Unplugged pertama kumpulan Search.  Hanya lagu 'Hilang Dalam Terang' dirakam dalam studio.

Senarai lagu;

Kejora Rozana Isabella Fantasia Bulan Madu Bisa Gadisku Nirmala Melayar Bahtera Laila Namamu Teratas Hilang Dalam Terang (lagu baru)

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula 'UNPLUGGED' GEMA DI TIMUR JAUH tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  ROCK 'N' ROLL PIE - Search (CD - BMG Music & Go Search, 1996)

Rock ‘N’ Roll Pie merupakan album terbitan sendiri kumpulan Search dan diterbitkan sempena ulangtahun ke 15 penubuhan kumpulan Search.

Senarai lagu;

Panggung Khayalan Seroja Rock 'N' Roll Pie Melintasi Batas Satu Bangsa Satu Arah Kereta Merah Mengundur Waktu Diari Habil & Qabil Nantikan Gerimis Mata Kucing

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula ROCK 'N' ROLL PIE tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  ROCK 'N' ROLL PIE live 'n' loud - Search (CD - BMG Music & Go Search, 1997)

Album yang lagu-lagunya adalah rakaman langsung dari 'Konsert Rock ‘N’ Roll Pie Search' yang telah berlangsung selama 2 jam tanpa henti dan disaksikan 15,000 peminat Search.  Ia adalah konsert sempena 15 tahun penglibatan Search bergelumang di dalam persada muzik tanahair.  Ini juga kali pertama Search muncul di stadium yang kaya dengan sejarah, kenangan dan lagenda, Stadium Merdeka pada tahun 1996.

Senarai lagu;

Diari Habil & Qabil Pawana Pelesit Kota Seroja Gelora Cintaku Isi Atau Kulit Rock 'N' Roll Pie Medley Hits: Isabella, Fenomena, Meniti Titian Usang, Kejora, Gadisku, Rozana & Fantasia Bulan Madu Pasti

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula ROCK 'N' ROLL PIE LIVE 'N' LOUD tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  DOUBLE TROUBLE 2 - Search & Wings (CD - Go Search / Fly Wings & BMG Music, 1998)

Di atas kejayaan album DOUBLE TROUBLE, Search dan Wings sekali lagi berkolaborasi bagi menghasilkan DOUBLE TROUBLE 2.  Bagaimanapun tiada sebuah lagu pun yang menggabungkan dua vokal terhebat seperti album sebelumnya.  Cuma yang agak menarik, apabila dua buah lagu rock klasik yang dirakam oleh Search ketika di bawah label Polygram Records telah diberi nafas baru; 'Di Pintu Sepi' dan 'Balada Pemuzik Jalanan'.  Manakala versi asal 'Blues Ular Sawa' nyanyian Wings dengan menampilkan Mus sebagai vokal utama telah diberi versi baru oleh Wings dengan penampilan vokal asal kumpulan tersebut, Awie.   

Senarai lagu;

Di Pintu Sepi (Search) Masalah Berganda (Wings) Suratku Untukmu (Search) Terharu (Wings) Ku Cuba (Search) Blues Ular Sawa (Wings) Balada Pemuzik Jalanan (Search) Penunggu (Wings) Yale Yale (Search) Gelora Membara (Wings)

  BIKIN WILAYAH - Search * Awie (CD - BMG Music, 1998)

BIKIN WILAYAH adalah album kumpulan Search tanpa penyanyi asal mereka Amy.  Atas mempunyai misi perjuangan yang sama terhadap muzik rock, Awie adalah calon yang sesuai sebagai penyanyi undangan bagi memantapkan album ini.

Senarai lagu;

Mancis Dah Basah Bayangan Baiduri Zen (Bikin Wilayah) Setia Dalam Kacamu Ichiban Kanta Biru Ghairah Malam 15 Mutiara Embun Penghujung Jalan Nur Nilam Sari

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula BIKIN WILAYAH tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  SELEPAS BANJIR - Search (CD - BMG Music, 1999)

SELEPAS BANJIR merupakan album studio terakhir yang diterbitkan di bawah nama kumpulan Search sebelum diumumkan bubar pada tahun 2001.     Hanya Yazid satu-satunya anggota asal kumpulan Search yang kekal untuk produksi album ini.  

Senarai lagu;

Selepas Banjir Setanggi Ranjang Malam Cintaku Karya Tuhan Millenium Sakral Pergilah Cadar Tak Berganti Zingaro Blues Jaga Jaga Panakea Kejoraku Bersatu

Album yang ada dalam simpanan Admin adalah CD rilisan semula SELEPAS BANJIR tetapi tiada dicatat tahun rilisan semula.

  ROCKESTRA - Search (CD - Universal Music, 2001)

Rockestra adalah album koleksi rakaman live yang dilancarkan oleh Search sebelum menggemparkan industri muzik tanahair dengan pengumuman pembubaran kumpulan ini pada 16 Januari 2001.  Album ini menghimpunkan lapan rakaman live iaitu sebuah lagu dari album Rock N' Roll Pie Live N' Loud (Pawana / Pelesit Kota) dan selebihnya dari 'Unplugged' Gema Di Timur Jauh.  Kesemua lagu rakaman live tersebut mengekalkan vokal Amy, manakala muziknya telah dirakam dan diadun semula dengan memasukkan bunyi gitar elektrik berserta bunyian muzik orkestra.  Turut dimuatkan 3 buah lagu live yang tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana album kumpulan Search; 'Bencana', 'Menara Kesesatan' dan 'Panggung Khayalan'

Senarai lagu;

Pawana / Pelesit Kota Bencana Kejora Menara Kesesatan Gadisku Melayar Bahtera Panggung Khayalan Bisa Nirmala Rozana Fantasia Bulan Madu

CD ini dirilis semula pada tahun 2021 (Digipack) oleh Go-Search & MJ Valley Entertianment.

  THE GREATEST HITS - Wings & Search (CD - NSR, 2001)

Album koleksi ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rakaman kumpulan Search dibawah label Polygram (keucali lagu 'Isabella') dan Wings dibawah label ASP.

Senarai lagu;

Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search) Taman Rashidah Utama (Wings) Isabella (Search) Misteri Mimpi Syakila (Wings) Cinta Sepi (Search) Biarkan Berlalu (Wings) Gadisku (Search) Intan Ku Kesepian(Wings) Rozana (Search) Belenggu Irama (Wings) Kejora (Search) Anugerah (Wings) Meniti Titian Usang (Search) Hikayat Penuh Ranjau (Wings) Fantasia Bulan Madu (Search)

  THE GREATEST HITS VOLUME II - Wings & Search (CD - NSR, 2001)

Album koleksi ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rakaman kumpulan Search dibawah label Polygram dan Wings dibawah label ASP.

Senarai lagu;

Isi Atau Kulit (Search) Hukum Karma (Wings) Pelesit Kota (Search) Peronda Jaket Biru (Wings) Langit Dan Bumi (Search) Inspirasi Taming Sari (Wings) Mat Rock (Search) Jerangkap Samar (Wings) Serigala Segalanya (Search) Sekeping Kertas Bermaruah (Wings) Musnah (Search) Fotostat (Wings) Pasti (Search) Sembunyi (Wings)

  BEST OF SEARCH - Search (CD - Universal Music, 2001)

Album koleksi ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rakaman kumpulan Search dibawah label Polygram sahaja.

Senarai lagu;

Fantasia Bulan Madu Kejora Rozana Isi Atau Kulit Langit Dan Bumi Balada Pemuzik Jalanan Cinta Buatan Malaysia Cinta Pertama Sirih Gambir Musnah Pasti Bisa Tumbuk Rusuk Musafir

  #1 - Search (CD - BMG Music & Go Search, 2002)

Senarai lagu;

Isabella Fantasia Bulan Madu Gadis Misteri Fenomena Mentari Merah Di Ufuk Timur Langit Dan Bumi Isi Atau Kulit Seroja Kejora Pawana Teguh Laila Namamu Teratas Di Pintu Sepi Setelah Hujan Nirmala Rozana

  BEST OF THE BEST SEARCH & IKLIM (CD - Rock Records & Universal Music, 2002)

Senarai lagu;

CD1: Isabella (Search) Suci Dalam Debu (Iklim) Meniti Titian Usang (Search) Gerhana Cinta Luka (Iklim) Setelah Hujan (Search) Hakikat Sebuah Cinta (Iklim) Kau Pergi (Search) Mahligai Seribu Mimpi (Iklim) Rozana (Search) Satu Kesan Abadi (Iklim) Fantasia Bulan Madu (Search)

CD2: Bukan Aku Tak Cinta (Iklim) Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search) Mimpi Yang Pulang (Iklim) Bisa (Search) Budi (Iklim( Cinta Sepi (Search) Selamat Tinggal Penderitaan (Iklim) Gadisku (Search) Bulan Jatuh Ke Riba (Iklim) Kejora (Search)

  ROCK 'N' ROLL PIE & gema di timur Jauh - Search (CD - BMG Music & Go Search, 2003)

Ini ialah Edisi 2 dalam 1 bagi kedua-dua album; ROCK 'N' ROLL PIE dan GEMA DI TIMUR JAUH yang diletakkan dalam satu 'slipcase'.

Senarai lagu;
CD1 Rock 'N' Roll Pie:
Panggung Khayalan Seroja Rock 'N' Roll Pie Melintasi Batas Satu Bangsa Satu Arah Kereta Merah Mengundur Waktu Diari Habil & Qabil Nantikan Gerimis Mata Kucing

CD2 Gema Di Timur Jauh: Laila Namamu Teratas Cintaku Hilang Bisanya Menuju Puncak Hello Kawan! Pinball Superhero Honky Tong Kosong Jeritan Rindu Roket Bersalah Atau Tidak No Way Andai Ku Miliki Semalam

  FENOMENA 2003 - Search (CD - BMG Music & Go Search, 2003)

FENOMENA 2003 diterbitkan sempena ‘reunion’ Search era 2000 sebagai penawar untuk peminat Search yang begitu setia menanti kemunculan semula Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit.  14 tahun dahulu album ini dianggap sebagai sebuah album 'magic' kumpulan Search kerana kehadiran album FENOMENA (1989) menenggelamkan keriuhan album-album rock tempatan yang lain ketika itu yang cuba mencari pengaruh masing-masing.  Album FENOMENA 2003 telah melalui pelbagai proses termasuk ‘digital restoration’ dan ‘remastering 24-bit’ manakala 3 lagu untuk versi 2003, 'Fenomena', 'Purnama' dan 'Menara Kesesatan’ telah diadun semula dengan memasukkan gitar tambahan oleh Kid & Din.

Senarai lagu;

Fenomena 2003 Purnama 2003 Isabella Derap Komando Ku Taklukkan Dunia Menara Kesesatan 2003 Bencana Pawana Songsang Gadis Misteri

  terunggul - Search (CD - BMG Music, 2004)

Senarai lagu;

CD1: Fenomena Melastik Ke Bintang Derap Komando Melayar Bahtera Emanuelle Neo Romantik Bencana Pawana Menuju Puncak Panggung Khayalan Diari Habil & Qabil Honky Tong Kosong Paranoid Kau Kan Tahu

CD2: Isabella Gadis Misteri Teguh Nigina Kau Pergi (versi 1994) Laila Namamu Teratas Meniti Titian Usang (versi 1994) Fantasia Bulan Madu (versi 1994) Mentari Merah Di Ufuk Timur (versi 1994) Nirmala Bisa (versi 1994) Setelah Hujan (versi 1994) Seroja Malam

  LAGENDA ROCK - Search (CD - Universal Music, 2004)

Senarai lagu;

Isi Atau Kulit Menteri Merah Di Ufuk Timur Gelora Cintaku Fantasia Bulan Madu Kejora Cinta Buatan Malaysia Rozana Bisa Langit Dan Bumi Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Gadisku Cinta Pertama Balada Pemuzik Jalanan Meniti Titian Usang Cinta Sepi Kau Pergi

  GOTHIK MALAM EDAN - Search (CD - Neo Gendang & Life Records, 2006)

Pada tahun 2019, GOTHIK MALAM EDAN kemudiannya dirilis semula untuk Edisi Terhad CD Gold oleh Pawana Music & Go Search pada tahun 2019.

Senarai lagu;

Memoria Anna Gothik Malam Edan Ampun Yin & Yang Gurindam Cinta Khayam Lara Tari Pencinta Irama Marakas Menawan Raga Penjaga Rahsia Nyata Dan Maya Di Sebalik Tabir Album Gothik Malam Edan (Bonus VCD)

  KONSERT ROCK SEARCH EVOLUSI 2004 - Search (CD - Music Valley, 2007)

Senarai lagu;

CD1: Fantasia Bulan Madu Bencana Langit Dan Bumi Pawana Peleset Kota Isabella Laila Namamu Teratas Di Pintu Sepi Isi Atau Kulit Menuju Puncak

CD2: Diari Habil & Qabil Fenomena Gadis Misteri Serigala Segalanya Melastik Ke Bintang Menara Kesesatan Cakap Memang Murah Rozana Pasti

  live in jb 2009: city of 'rock N roll' - Search (CD - Sony Music, 2009)

Dirakam secara langsung semasa jelajah 'Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru' di Johor Bahru pada 9 Mei 2009 yang merupakan 'kampung halaman' ahli kumpulan itu.

Senarai lagu;

CD1: Paranoid & Balada Pemuzik Jalanan (medley) Setelah Hujan Laila Namamu Teratas Langit Dan Bumi Pelesit Kota Medley: Gadis Misteri/Gadisku/Gadis Ayu

CD2: Gothik Malam Edan Guitar Solo & Fenomena Bencana & Drum Solo Isi Atau Kulit Isabella Fantasia Bulan Madu Medley: Mat Rock & Pasti

  TERUNGGUL: DOUBLE TROUBLE - Search & Wings (CD - Sony Music, 2011)

Album koleksi ini menyenaraikan kesemua lagu-lagu daripada dua album studio kolaborasi Search dan Wings; DOUBLE TROUBLE (1996) & DOUBLE TROUBLE 2 (1998).  Lagu-lagu tidak mengikut susunan trek lagu album asal.   

Senarai lagu;

CD1: Gemuruh (Search & Wings) Gema Di Inderaloka (Wings) Seribu Satu Natijah (Kerana Dia) (Search) Terharu (Wings) Cakap Memang Murah (Search) Mabuk Tujuh Lautan (Wings) Di Pintu Sepi (Search) Malam Gelisah (Wings) Balada Pemuzik Jalanan (Search) Blues Ular Sawa (Wings)

CD2: Ikutkan Saja (Search & Wings) Suratku Untukmu (Search) Kau Masih Berdegil (Wings) Yale Yale (Search) Gelora Membara (Wings) Ku Cuba (Search) Masalah Berganda (Wings) Akhirnya (Search) Penunggu (Wings) Nazar (Search)

  SEARCH 30 TAHUN (CD - Sony Music, 2014)

Senarai lagu;

CD1: Isabella Fantasia Bulan Madu (versi 1994) Mentari Merah Di Ufuk Timur (versi 1994) Meniti Titian Usang (versi 1994) Laila Namamu Teratas Gadis Misteri Nur Nilam Sari Seroja Teguh Malam Bersalah Atau Tidak Andai Ku Miliki Semalam Cintaku Hilang Bisanya Bayangan Baiduri Kejoraku Bersatu

CD2: Nigina Bisa (versi 1994) Sutera Atau Rayon Nirmala Emanuella Pawana Neo Romantik Diari Habil & Qabil Kanta Biru Rock 'N' Roll Pie Fenomena Melayar Bahtera Purnama Nyata Dan Maya Gothik Malam Edan

  Siri bintang pujaan - Search (CD - Universal Music, 2015)

Album koleksi ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rakaman kumpulan Search dibawah label Polygram.

Senarai lagu;

CD1: Isi Atau Kulit Kepala Angin Gadisku Fantasia Bulan Madu Kejora Cinta Buatan Malaysia Langit Dan Bumi Gadis Ayu Di Pintu Sepi Mentari Merah Di Ufuk Timur Pelesit Kota Setelah Hujan Gelora Cintaku Sirih Gambir Pembakar Perasaan Pasti

CD2: Cinta Sepi Rozana Nombor Bisa Serigala Segalanya Mat Rock Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Pada Satu Kedudukan Musnah Tumbuk Rusuk Musafir Kau Pergi Mencari Sebuah Nama Meniti Titian Usang Balada Pemuzik Jalanan Bunga Pesona

  lagenda hits - Search & Wings (CD - Sony Music, 2015)

Senarai lagu;

CD1 Search: Andai Ku Miliki Semalam Bisa Fantasia Bulan Madu Nirmala Laila Namamu Teratas Melayar Bahtera Meniti Titian Usang Nur Nilam Sari Seroja Setelah Hujan Gadis Misteri Teguh Isabella Menteri Merah Di Ufuk Timur

CD2 Wings: Biarkan Berlalu Misteri Mimpi Syakila Taman Rashidah Utama Sejati Potret Monalisa Aku Pun Tahu Di Ambang Wati Ranjang Mawar Bernafas Dalam Lumpur Lena Di Ulit Intan Semalam Yang Hangat Biru Mata Hitamku Bazooka Penaka Ranggi Metropolis

  SEARCH 1989-1996 (CD - Sony Music, 2015)

Senarai lagu;

CD1: Fenomena Melastik Ke Bintang Derap Komando Melayar Bahtera Emanuelle Neo Romantik Bencana Pawana Menuju Puncak Panggung Khayalan Diari Habil & Qabil Honky Tong Kosong Paranoid Kau Kan Tahu

CD2: Isabella Gadis Misteri Teguh Nigina Kau Pergi Laila Namamu Teratas Meniti Titian Usang Fantasia Bulan Madu Mentari Merah Di Ufuk Timur Nirmala Bisa Setelah Hujan Seroja Malam

  panggung khayalan - Search (CD - Universal Music, 2015)

Album koleksi ini dihasilkan bersempena dengan KONSERT PANGGUNG KHAYALAN kumpulan Search yang diadakan pada 24 Oktober 2015 di Komleks Sukan Educity, Nusajaya, Johor Bahru.

Senarai lagu;

CD1: Panggung Khayalan Di Pintu Sepi Isabella Pelesit Kota Gelora Cintaku Kejora Seroja Cinta Sepi Isi Atau Kulit Fantasia Bulan Madu Langit Dan Bumi Kepala Angin Rozana Kau Pergi Menteri Merah Di Ufuk Timur

CD2: Teguh Berpaling Pasti Pembakar Perasaan Mungkinkah Tertawa Kau Akan Tahu Bisa Mencari Sebuah Nama Laila Namamu Teratas Gadisku Fenomena Pawana Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Setelah Hujan Meniti Titian Usang

  NADA PESONA - Search (CD - Universal Music, 2016)

Album koleksi ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu rakaman kumpulan Search dibawah label Polygram.

Senarai lagu;

CD1: Di Pintu Sepi Berpaling Kepala Angin Isi Atau Kulit Pelesit Kota Balada Pemuzik Jalanan Cinta Buatan Malaysia Cinta Pertama Musnah Pembakar Perasaan Serigala Segalanya Langit Dan Bumi Bunga Pesona Kau Akan Tahu Gadis Ayu Pasti

CD2: Fantasia Bulan Madu Mentari Merah Di Ufuk Timur Cinta Sepi Kejora Meniti Titian Usang Kau Pergi Gadisku Setelah Hujan Rozana Bisa Musafir Mencari Sebuah Nama Sebatang Tongkat Untuk Berdiri Mungkinkah Tertawa Jiwa Jiwa Luka Gelora Cintaku

  KATHARSIS - Search (CD - Pawana Music / NSR, 2017)

KATHARSIS dihasilkan setelah kumpulan Search menyepi 11 tahun tanpa sebarang album baru.  CD KATHARSIS telah dicetak untuk 4 jenis reka bentuk kulit muka dan warna CD (biru, hijau, merah jambu dan merah).  KATHARSIS juga telah diterbitkan untuk edisi istimewa 'Super Jewel Box' Limited Tour Edition yang hanya terjual di Konsert Gegaran 2 Disember 2017.   Sebagai bonus Video muzik Sidang Kangaroo disertakan untuk digunakan dengan PC atau Mac.

Senarai lagu;

Gagalista Sidang Kangaroo Nama Yang Kau Lupa Mitos Atau Nyata Henjut Sulalatussalatin Jubah Pengatin Apologia Embun Bebas Liar

  KArisma / gothik malam edan - Search (CD - Pawana Music / Go Search, 2020)

Boxset Edisi Terhad (Gold Disc, Collector Series) yang mengandungi set casing 2 CD diletakkan dalam satu kotak slipcase.  Kedua-duanya adalah CD terbitan semula yang diterbtikan semula, eksklusif untuk boxset ini.  Dibuat di Amerika Syarikat.

Senarai lagu;
CD1 Karisma:
Melastik Ke Bintang Melayar Bahtera Orang Timur Dunia Milik Kita Emanuelle Memandu Nafsu Teguh Manusia Reptilia Paranoid Orait Mama Sutera Atau Rayon

CD2 Gothik Malam Edan: Memoria Anna Gothik Malam Edan Ampun Yin & Yang Gurindam Cinta Khayam Lara Tari Pencinta Irama Marakas Menawan Raga Penjaga Rahsia Nyata Dan Maya Di Sebalik Tabir Album Gothik Malam Edan (Bonus VCD)

  APOLOGIA RAW - Search & Awie (CD - Pawana Music / Go Search, 2020)

Album ini diterbitkan bersempena persiapan KONSERT APOLOGIA SEARCH & AWIE pada 28 Mac 2020 anjuran Imaginex yang telah ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan virus Coivd-19.  Lagu-lagu adalah rakaman sesi latihan di studio Al Pamalo dan menampilkan Awie sebagai penyanyi utama.  Album 'jamming' APOLOGIA RAW diterbitkan sendiri oleh Search & Awie.  Album ini telah dikeluarkan dalam dua edisi iaitu edisi Standard CD dan Gold CD.  Senarai trek lagu adalah sama kecuali edisi Standard, trek lagu kedua hanya menampilkan lagu 'Bayangan Baiduri'.

Senarai lagu;

CD Standard Edition: Rock 'N' Roll Pie Bayangan Baiduri Pelesit Kota Nur Nilam Sari (versi asal dari album BIKIN WILAYAH, 1998)

CD Gold: Rock 'N' Roll Pie Medley: Bayangan Baiduri & Gothik Malam Edan Pelesit Kota Nur Nilam Sari (versi asal dari album BIKIN WILAYAH, 1998)

..Diskografi & Playlist Search