

|
|
|
|
|
DI PINTU SEPI
–
Search
DI PINTU SEPI ialah sebuah album kompilasi yang turut memuatkan 4 buah lagu yang tidak pernah dirilis oleh Polygram Records dalam mana-mana album kumpulan Search. Lagu-lagu tersebut adalah lebihan lagu-lagu yang dirakam untuk album MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR iaitu sebelum Search meninggalkan syarikat tersebut. |
|
|
MENTARI MERAH DI
UFUK TIMUR
–
Search
Album studio ketiga kumpualn Search ini diedarkan sekitar Februari 1987 dan menjadi album terakhir mereka bersama Polygram Records apabila mereka membuat keputusan meninggalkan Polygram pada penghujung 1987. Bagaimanapun terdapat baki beberapa lagu dari sesi rakaman album ini yang kemudiannya dimuatkan dalam dua album kompilasi Search, DI PINTU SEPI (4 lagu) dan BERPALING (3 lagu). |
|
|
LANGIT DAN BUMI
–
Search
|
|
|
CINTA BUATAN
MALAYSIA
–
Search
Setelah 4 tahun ditubuhkan, akhirnya kumpulan Search berjaya menghasilkan album studio mereka yang pertama, CINTA BUATAN MALAYSIA. Sambutan genre muzik rock yang mereka perkenalkan mendapat sambutan hangat. Album ini turut menampilkan lagu saduran, 'Sirih Gambir' (lagu asal 'You Really Got Me' nyanyian The Kinks) dan 'Nombor' (lagu asal 'Tokyo' nyanyian Earthshaker). Dua buah lagu iaitu 'Cinta Pertama' dan 'Jiwa Jiwa Luka' adalah nyanyian Yan @ Amran Marsiman selainnya oleh vokal utama, Amy @ Suhaimi Abdul Rahman. 'Jiwa Jiwa Luka' kemudiannya dirakam semula oleh M Nasir dengan susunan muzik yang baru, lirik yang berbeza dan dikenali dengan tajuk lagu 'Rupa Tanpa Wajah' untuk album runut bunyi LAGU LAGU DARI FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN (1986). |