Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara Sharifah Aini

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

SETANGKAI TAK SEBAU

('Cover Version' Versi Sharifah Aini vs Versi Internasional Pelbagai Bahasa)

(Pertama kali diperdengarkan 22 November 2007)

Playlist SETANGKAI TAK SEBAU mengimbau semula rakaman lagu-lagu 'cover version' yang pernah dirakamkan oleh Sharifah Aini.   Sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik ini, terutamanya di era 70an Sharifah Aini turut merakamkan lagu-lagu saduran terutamanya nyanyian kumpulan Abba.  Ketika itu trend merakamkan lagu-lagu saduran memang bukan sesuatu yang luarbiasa.  Bukan sahaja lagu Inggeris yang menjadi pilihan tetapi juga lagu Hindi, Arab dan Jepun.  Selain itu lagu-lagu Indonesia juga berpengaruh di era tersebut, Sharifah Aini juga tidak terkecuali mengabadikan lagu-lagu tersebut menerusi albumnya dan lagu-lagu rakaman rakan seperjuangan, mendiang Broery Marantika menjadi pilihan.  Antaranya ialah lagu Hapuslah Air Matamu, Cemburu, Jatuh Cinta, Senandung Rindu, Semua Pergi, Hati Yang Terluka dan terakhir Biar Bulan Bicara (live version).

Sharifah Aini juga banyak merakamkan lagu-lagu 'cover version' versi tempatan termasuk lagu Melayu Klasik, tradisional atau Pop.  Cuba hayati lagu-lagu seperti Patah Hati, Kasihnya Ibu, Halimun Malam, Fatwa Pujangga dan banyak lagi, saya amat yakin versi dendangan Sharifah Aini adalah yang terbaik walaupun ramai penyanyi lama dan baru yang telah merakamkan semula lagu-lagu tersebut.  Sharifah Aini juga telah membuat kejutan apabila lagu Seksa yang dirakamkannya pada tahun 1995 mendapat sambutan hebat walaupun lagu asal nyanyian kumpulan UK's, baru sahaja setahun usianya.  Lagu tersebut disusun semula muziknya oleh S Atan dan diberi sentuhan ciri-ciri keMelayuan.

Terdapat juga ramai penyanyi baru yang telah merakam semula lagu-lagu kak Pah.  Ternyata aura Sharifah Aini terlalu kuat dan secara jujurnya saya mendapati setakat ini tidak ada seorang penyanyi pun yang berjaya melepasi 'piawaian' vokal kak Pah.



Senarai lagu:

  Nary (Ya Habeba) (Sharifah Aini)
      (2000, lirik Ahmed  Shatta / Sharifah Aini)

  Nary (Ya Habeba) (Amr Diab)
      (
1998, Hassan Donia / Ahmed Shatta)

  Irama Cintaku (Sharifah Aini)
      (1975, lirik Sharifah Aini)

  My Melody Of Love (Bobby Vinton)
      (1974,
Henry Mayer / Bobby Vinton
)

  Malam Gelisah (Sharifah Aini)
      (2003, lirik Sharifah Aini)

  Noche De Ronda (versi baru, Luis Miguel) 
      (1997, Agustin Lara
)

  Surat Dari Seberang (Sharifah Aini)
     
(1977, lirik Sharifah Ai
ni)

  Kimi No Hato Ni Hi O Tsukete
  
    (versi asal, Shinya Aizaki, 1975
)

  Kau Tahu Mana Kau Pergi (Sharifah Aini)
      (1976, lirik Sharifah Aini)

  Do You Know Where You're Going To (theme from 'Mahogany')
    
 (Diana Ross)
      (
1975, Michael Masser / Gerry Goffin)

  Keluhan Hatiku (Sharifah Aini)
      (1977, lirik Sharifah A
ini)

  Akher Eyam El Syafieh (Fairuz)
      (
Rahbani Brother)

  Singgahlah Sayang (Sharifah Aini)
      (1975, lirik Sharifah Aini
)

  Hasta Ma�ana (Abba)  
     
(1974, Benny Anderson / Bjorn Ulvaeus / Stig Anderson)

  Kirimkan Kasihmu (Sharifah Aini featuring Ignatius 'Sweet September')
      (1983, lirik Sharifah Aini)

  Save Your Love (Renĕe and Renato)
      (1982, Johnny Edward / Sue Edward)

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu (Sharifah Aini)
      (1979, lirik Haron Abdulmajid)

  Bhool Gaya Sab Kuch (Julie I Love You) (Kishore Kumar & Lata Mangeshkar)
      (1975, film � J
ulie)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu Internasional pelbagai bahasa yang
dirakam semula oleh Sharifah Aini dalam versi Melayu.

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)