Saya sedang berusaha
untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori
/ tema yang berlainan. Sementara menunggu playlist terbaru,
sila nikmati playlist Sharifah Aini
'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada. Semoga terhibur.
(Kesemua playlist hanyalah
untuk di 'streaming' sahaja.)
HATI YANG
TERLUKA: IRAMA
DARI SEBERANG
(Koleksi
Rakaman Semula 16 Lagu Lagu Indonesia)
(Pertama kali
diperdengarkan 11 April
2008)
Demam
muzik Indonesia membadai industri muzik tempatan. Itulah
fenomena yang berlaku ketika ini. Pengaruh kuat ke
atas peminat sebelah sini, menyebabkan ramai artis tempatan sama
ada berkumpulan mahupun solo mula terikut-ikut mendominasi muzik
seberang demi untuk menguasai pasaran tempatan yang sememangnya
kecil ini. Pada awalnya memang terasa
keunikan irama dari seberang ini tetapi bila dah terlalu banyak
dibawa masuk (kerana sifat keterbukaan kita) kemudian penggiat
industri kita juga menggunakan acuan yang sama, malah ada
penyanyi tempatan yang menggunakan khidmat komposer seberang untuk menerbitkan
lagu/album mereka, saya amat yakin peminat akan mula bosan dan
trend ini akan berakhir juga.
Fenomena
ini juga pernah melanda di era 70-an dan awal 80an tetapi ketika
ia lebih dikuasai oleh artis solo seperti Broery
Marantika, Emillia Contessa, Tetty Kadi, Muchsin, Titiek Puspa,
Titiek Sandhora, Hetty Koes Endang dan ramai lagi, manakala artis
berkumpulan Favourite's Group, D'Lloyd, Koes Plus dan the Mercy's. Populariti
lagu-lagu mereka turut mempengaruhi artis tempatan termasuk Sharifah Aini. Lagu-lagu Indonesia favourite kak
Pah yang dirakamkan, kebanyakannya daripada versi Broery
Marantika untuk kategori pop (kak Pah tersangat minat dengan
Broery ke?),
manakala S Effendy untuk lagu-lagu berciri keMelayuan. Yang istimewanya walaupun lagu yang dirakamkan sememangnya sudah
popular, peminat tempatan tetap menerima versi kak Pah yang
memang tersendiri.
Pihak EMI Malaysia juga
telah mengundang komposer ternama Indonesia A Riyanto (sama
hebat dengan Ahmad Nawab) untuk menerbitkan sendiri 3 buah lagu
ciptaannya yang dikhas untuk Sharifah Aini. Maka
terhasillah dua lagu original A Riyanto yang memang diminati
sehingga hari ini Kau Racun Hidupku dan Hatiku Melekat Di
Hatimu yang dimuatkan dalam album KAU YANG BERNAMA (1986) disamping
lagu cover version Yang Sangat Ku Sayang
(dipopularkan oleh Rano Karno & Hetty Koes Endang). Yang pasti kak Pah telah menempa sejarah tersendiri kerana berpeluang bekerjasama
dengan komposer ternama Indonesia seperti yang diidam-idamkan
kebanyakan artis tempatan.
Dengarkan playlist
hati yang terluka: IRAMA
DARI SEBERANG
yang menghimpunkan
koleksi 16 lagu popular nyanyian penyanyi Indonesia yang dirakam
semula oleh Sharifah Aini dengan versi tersendiri.
Senarai lagu:
Kau Racun Hidupku
(original track)
(1986, A Riyanto)
Tiga Malam
(versi asal Lilis Suryani)
(1987, Lilis Suryani
)
Pra
(Sebelum Ajal/Hidup)
(versi asal Hetty Koes Endang)
(1982, Bagyo M
)
Mama
(versi asal Titiek Puspa)
(1977, Titiek Puspa)
Pertemuan
(versi asal Elvy Sukaesih)
(1983, Bambang SL)
Yang Sangat Ku Sayang
(versi asal Jamal Mirdad)
(1986, A Riyanto)
Janji
(versi asal Ellya M Harris)
(1982, Ellya M
Harris)
Jatuh Cinta
(versi Broery Marantika)
(1976, Rinto
Harahap)
Semua Pergi
(versi Broery Marantika)
(2003, Boe Kent Malaiholo)
Kau Telah Di Sampingku
(versi asal Tiar Ramon)
(1974, CC / Dondo)
Hati Seorang Kawan
Baru
(versi asal Jamal Mirdad)
(1984, A Riyanto)
Tarikan Nafas Ku Yang Terakhir
(versi asal Tetty Kadi)
(1973, Hamiedan AC)
Pengertian
(versi Emillia Contessa)
(1976, Ellya M Harris)
Hati Yang Terluka
(versi asal Broery Marantika)
(2000, A Riyanto)
Hatiku Melekat Di Hatimu
(original track)
(1986, A Riyanto)
(semua lagu di laman web ini
adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar
untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan
daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD
original)