SHARIFAH AINI BAKAL KAHWIN PAKAR BEDAH JANTUNG?

(Sembang-Sembang dengan Kak Lin; URTV, 1 September 1999)

Gaya Biduanita ... ketika ditemubual

Soalan:  Sebagai penyanyi, Sharifah Aini memang dianggap cukup berjaya kerana mampu mengekalkan populariti selama 30 tahun.  Tetapi dari seghi kehidupan rumah tangga kak Ani pernah bercerai dua kali iaitu dengan Ali Bakar dan Datuk S.  Bagaimanan kak Ani menghadapi dua keadaan yang berbeza ini?

Sharifah Aini:  Okey.  Semua orang tahu saya melalui dua perkahwinan dan dua perceraian.  perkahwinan pertama berdasarkan cinta.  Saya dan Ali ... kami bercinta hampir enam tahun dan kemudian ... kami bersedia untuk menjalinkan ikatan suami-isteri tapi ... perkahwinan itu hanya bertahan selama 10 bulan sahaja.  Saya kahwin dengan Ali tahun 1981.  Sebulan lepas itu I mengandungkan Aliff.  Lepas sahaja pantang ... saya pun minta dia lepaskan.

Soalan:  Kenapa?

Sharifah Aini:  Kita melanggar pilihan keluarga Ali.  Jadi perkahwinan tak ada restu ... bila perkahwinan tak ada restu ... ia menimbulkan berbagai-bagai masalah.  Masalah yang boleh saya handle dan ada satu masalah yang kita rasakan bagaikan sesuatu yang berlaku tetapi kita tak tahu apa sebabnya.  Daripada sayang saya dengan Ali tiba-tiba kami menjadi satu pasangan yang benci membenci antara satu sama lain.  Kita tak tahu ... macama mana benda ni boleh berlaku sedangkan masa kita berkasih ... kita saling sayang menyayangi.  Tapi lepas bernikah saya merasakan satu tekanan perasaan yang hebat.  Saya merasakan Ali berubah.  Saya tak tahu kenapa tapi ... bila saya fikirkan balik semula apa yang berlaku saya percaya ada sesuatu yang tak betul berlaku di belakang perkahwinan kami.  Selepas bercerai ada orang bertanya kenapa kami bercerai ... saya tak pernah menceritakan kepada orang ... I'm not prepared but lately ni selepas saya bercerai kali kedua and I think I want to put the record straight.  After 30 years of my career I want  to break my silence.  Now I tak akan maafkan seseorang yang menyebabkan I bercerai dengan Ali.  Dia harus bertanggungjawab di atas keruntuhan rumahtangga kami.  Saya kenal Ali.  Dia seorang yang penyayang tapi ... kenapa tiba-tiba kasih sayang itu menjadi sesuatu yang hodoh untuk ditelan hingga membuatkan saya merasakan mustahil bagi saya dan Ali untuk meneruskan hubungan kami.  Cumanya out of this bad marriage saya mendapat satu hadiah yang paling bermakna dan istimewa iaitu Aliff.

Soalan:  Macam mana hubungan kak Ani dengan Ali sekarang?

Sharifah Aini:  I know Ali ada anak-anak dan isteri dan saya mengharapkan yang terbaik untuk Ali.  He is also a father of my son.  Kami pernah berkahwin dan pernah tidur sebantal ... I pernah membawa kandungan dia ... benih dia.  Masakan I boleh memusuhi dia.  Bagi I, Ali seorang yang baik.  He's very nice man cuma perubahan itu yang memelikkan.

Soalan:  Bila Kak Ani bercerai dulu terdengar rumours kononnya ia berpunca kerana masalah kewangan. Abang Ali tidak ada pendapatan tetap. Memang sebelum kahwin dia adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat tapi ... bila dah kahwin dia berhenti dari syarikat itu lalu buka perniagaan sendiri. Malangnya, perniagaannya tidak begitu 'menjadi'.

Sharifah Aini:  No ... I don't think so because I think we don't have any problem with money. Pada Kak Ani duit ni kita boleh cari. We worked hard we get the money ... as long as you willing to work. I know Ali is not a richman. Saya kahwin dengan dia walaupun saya tahu dia bukan orang kaya ... kerana bukan itu yang saya cari daripada dia. Tetapi saya bersedia mengahwini dia kerana saya terlalu menyayanginya ketika itu! Saya mahu dia menjadi suami saya dan ayah kepada anak-anak saya. Sampai hari ini saya masih marah dengan seseorang yang menjadikan kami bercerai ... cuba bayangkan kalau I masih dengan Ali ... I think I will have six beautiful children now. Saya memang impikan anak yang ramai.

Soalan:  Kak Ani menyesal dengan apa yang terjadi?

Sharifah Aini:  Kerana ada pengkhianat dan kekacauan ... yes! I bukan mencari orang untuk disalahkan ... tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Selama ni I tak buka mulut and I think some how biarlah ... kalau dia buat to me ... I serahkan bulat-bulat pada Allah. Tuhan akan balas.

Soalan:  Bila Kak Ani kahwin buat kali kedua?

Sharifah Aini:  Kak Ani tak merancang untuk berkahwin terlalu cepat. Tetapi masa dalam edah Kak Ani bertemu dengan seorang yang lebih tua daripada Kak Ani and then he's a very sweet man, caring and I thought this man can give me emotional stability and kasih sayang dan I tak akan hadapi masalah. Because this is the man who doesn't care about the world want to say about him or about me. And ... I found somebody who is strong in character who's not going to be affected what people got to say about me yang baik ataupun yang jahat. So to me this is the kind of man I want. So of course I have to pay the price because he happen to be a married man. And orang kata kenapa Sharifah Aini kahwin senyap-senyap. Of course I got to married quietly because... pada I ... I dah melukakan hati dua orang wanita because dia ada dua isteri lain. Jadi buat apa I nak bising-bising malukan dia dalam surat khabar. Saya harus menghormati dan menjaga hati semua orang dan kerana I think I love my husband very much ... saya tidak harus menimbulkan masalah padanya. Masa Kak Ani kahwin dengan Datuk, Kak Ani sayang Datuk so buat apa Kak Ani nak timbulkan masalah, so Kak Ani cuba menjaga nama baiknya bukannya beritahu dunia kami dah nikah kerana yang penting Allah tahu. To me yang pentingnya I bernikah.

Soalan:  Bila Kak Ani kahwin dengan Datuk?

Sharifah Aini:  Enam bulan selepas edah, Kak Ani bernikah dengan Datuk pada tahun 1982 di luar negara. Tapi pada tahun 1991 kami bercerai. We were separated mulanya kemudian kami ambil keputusan bercerai. Selepas bercerai, Datuk cuba memenangi hati Kak Ani semula ... kerana walaupun dah bercerai Datuk masih date dengan Kak Ani. Kami mula berjumpa semula, dia hantar bunga pada Kak Ani dan dia tulis sepucuk surat cinta yang paling indah meluahkan perasaannya yang kesunyian tanpa Kak Ani di sisi dan betapa pentingnya Kak Ani dalam hidup dia. So Kak Ani tak ada peluang nak date dengan orang lain. Dia pandai ... dia kawal Kak Ani yang mana akhirnya Kak Ani sedar masih ada perasaan sayang pada dia. Jadi kami bernikah semula pada akhir 1991. Pernikahan ini telah menimbulkan cakap-cakap orang kononnya itulajh pertama kali kami bernikah. Sebenarnya tidak ... waktu itu kami bernikah buat pertama kali di sini dan dihadiri oleh 150 kawan dan saudara-mara. Tapi ... bila Kak Ani terlantar di Pantai Medical Centre pada 1995 kerana penyakit paru-paru berair dan Kak Ani berada dalam keadaan kritikal tiba-tiba Kak Ani terfikirkan nasib Kak Ani. Kalau sesuatu terjadi pada Kak Ani siapa yang nak jaga anak-anak Kak Ani. Kat mana Kak Ani nak cari Datuk. Sejak itulah Kak Ani mula fikirkan tentang diri Kak Ani apakah erti perkahwinan ini kalau Kak Ani sukar untuk menjejaki Datuk.

Soalan:  Kerana itu Kak Ani ambil keputusan bercerai dengan Datuk?

Sharifah Aini:  Kak Ani ambil masa dua tahun selepas sakit untuk memikirkan semua itu. Kak Ani merasakan ... mungkin juga pada fikiran Kak Ani perbezaan umur yang besar antara kami menimbulkan masalah. Berbagai-bagai perkara lain lagi yang terjadi. Jadi selepas Kak Ani merasa jauh hati ... Kak Ani pergi Mekah bawa anak-anak dan pembantu rumah. Kak Ani beritahu Datuk biarlah Kak Ani cari ketenangan di sana. Mulanya Kak Ani rancang nak duduk di Mekah dua bulan kerana Kak Ani ada mak cik di sana dan ada kawan di Jeddah. Tapi dalam pada Kak Ani berada di Mekah, Datuk tiap-tiap hari telefon suruh balik. Dia beritahu Kak Ani yang dia sayangkan Kak Ani tapi ... masa tu hati Kak Ani dah jauh. Kak Ani tak marah dia... Kak Ani masih sayang dia, tapi rasa Kak Ani perpisahan ni baik untuk Kak Ani dan dia. Selepas 16 tahun kahwin tiba-tiba Kak Ani kata awak mesti balik sekian-sekian waktu ... dah terlambat rasanya sebab selama ni Kak Ani tak pernah bagi dia jadual. Dia nak balik dia balik ... dia nak pergi, dia pergi. Saya tak pernah membebankan dia ... sebab apa? Sebab terlalu sayanglah jadi begitu ... Kak Ani jadi bodoh. Pada Kak Ani orang yang disayang tu kena jaga betul-betul. Jadi saya mesti buat dia gembira. Saya sayangkan Datuk. Dia memang seorang lelaki yang baik. Bagi Kak Ani ... Datuk bukan hanya suami tetapi dia juga adalah kekasih, sahabat, guru yang baik dan juga pengkritik yang baik. Dengan Datuk semua Kak Ani dapat. Dia juga seorang bapa yang selalu menasihatkan Kak Ani ... yang mematangkan Kak Ani ialah Datuk. Maknanya perkahwinan ini mengisi segala kekosongan. I've got everything. Kebaikan dia terlalu banyak dan di hari-hari terakhir perkahwinan kami ... Kak Ani lebih merasakan Kak Ani inginkan kebebasan kerana Kak Ani merasakan apalah gunanya satu perkahwinan bila your own husband is not there ... sedangkan Kak Ani tak nak memaksa dia kerana Kak Ani tak mahu ungkit hak Kak Ani kerana dah terlambat. Bila di Mekah, Kak Ani banyak beristihara ... Kak Ani memohon pada Allah. Kak Ani tahu perceraian memang tidak digalakkan dalam Islam tapi ... Kak Ani memohon pada Allah kalau dia adalah jodoh terbaik untuk Kak Ani kekalkan tapi kalau ianya tidak mendatangkan kebahagiaan untuk Kak Ani berilah petunjuk pada Kak Ani. Bila balik dari Mekah hati Kak Ani tenang. I met my husband dan minta dia lepaskan Kak Ani. Sebenarnya Kak Ani pun sayangkan dia kerana dia bahagi Kak Ani kehidupan yang baik, dia seorang penyayang tapi ... mungkin ada rahmat di sebalik perceraian. Tapi ini tidak bermakna Kak Ani tak sayang dia ... sekarang kami masih jumpa untuk lunch dan bercakap tentang masalah sebab semasa dengan Datuk, Kak Ani ada dua orang anak angkat di sini dan dua anak angkat yang sedang belajar di Jordan University mengambil jurusan undang-undang Islam dan hafiz Quran. Jadi bila Datuk dah lepaskan Kak Ani ... Kak Ani rasa adalah perlu beritahu pada masyarakat yang Kak Ani sebenarnya bukan isteri orang kerana tak mahu mendatangkan fitnah dan memalukan Datuk kalau orang nampak Kak Ani jalan dengan orang lain.

Soalan:  Sudah berapa lama bercerai?

Sharifah Aini:  Dah hampir dua tahun. Kak Ani tak pernah membenci Datuk ... pada Kak Ani orang yang paling bermakna dalam hidup Kak Ani ialah Datuk dan Ali. Because Ali menghadiahkan Kak Ani anak dan Ali adalah cinta pertama Kak Ani. Datuk my second love ... dan perkahwinan kita bertahan sampai 16 tahun. Sekarang Kak Ani hidup untuk anak-anak ... dan merekalah nyawa dan nafas untuk Kak Ani meneruskan hidup. Merekalah bintang ... merekalah bulan ... merekalah matahari ... hujan dan ribut.

Soalan:  Apakah dengan perceraian itu Kak Ani serik untuk kahwin lagi?

Sharifah Aini:  Kalau Kak Ani kata tak ndak kahwin lagi ... Kak Ani bohong. Saya percayakan cinta dan impian ... pada Kak Ani kasih sayang ni adalah sesuatu yang indah dalam hidup. Saya tak yakin saya boleh hidup tanpa cinta. Kasih sayang antara perempuan dengan lelaki lain, kasih sayang antara suami isteri lain, kekasih lain tetapi ia tetap cinta. Kak Ani percaya pada institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Saya tak tahu bila ... tapi saya tahu saya akan kahwin lagi satu hari nanti.

Soalan:  Apakah Kak Ani dah jumpa orang yang berkenan di hati?

Sharifah Aini:  Jumpa belum. Tapi pilihan tu memang ada. Kak Ani tak sangka di umur awal 40-an ni masih ada yang meminati Kak Ani. Ramai orang berkata bila perempuan dah kahwin dunia untuknya dah habis. No! Jangan berfikiran begitu kerana itu salah. Bukanlah sesuatu yang salah bila anda jatuh cinta, untuk hidup bahagia atau jatuh cinta dengan lelaki lain ... kerana perasaan cinta itu terlalu indah. Kak Ani percaya dan memerlukan lelaki dalam hidup. Anak-anak akan membesar dan akan tinggalkan kita, tapi ... kasih sayang antara dua insan yang bernama suami-isteri itu akan kekal abadi. Sebab saya mahu melalui hari tua dengan seorang lelaki bernama suami yang menyayangi saya. Saya mahu menghadapi hari tua yang tenang, penuh kasih sayang dan melawat anak-anak bersama suami seperti pasangan kekasih.

Soalan:  Walaupun dah tiga kali berkahwin dan cerai Kak Ani masih harapkan seorang lelaki bergelar suami di sisi Kak Ani?

Sharifah Aini:  No ... I consider dua kali perkahwinan dan perceraian. Perceraian tak mengubah cara Kak Ani berfikir tentang kasih sayang dan perceraian tidak membuatkan Kak Ani takut untuk bercinta lagi. Bagi Kak Ani kasih sayang mesti ada tapi ... Kak Ani selalu minta pada Tuhan kalau boleh janganlah Kak Ani jadi isteri kedua atau ketiga dalam hidup orang lain.

Soalan:  Dalam usia begini apakah Kak Ani rasa berpeluang untuk menjadi isteri seperti yang Kak Ani harapkan tu?

Sharifah Aini:  Pada Kak Ani perjalanan hidup ini memang Allah dah tentukan dan Kak Ani selalu redha. Seboleh-bolehnya Kak Ani mahukan seorang suami yang tak ada isteri. Kalau duda ada anak pun tak apa, kalau isteri mati tak ada anak lagi bagus. Tapi ... kalau jodoh Kak Ani di situ juga ... Kak Ani kalah. Kak Ani terima. Kak Ani ada nafsu ... Kak Ani ada keinginan takkan nak berterusan hidup begini. Kak Ani nak besarkan anak dalam keadaan yang stabil. Kak Ani ni bukan sahaja ibu tunggal tapi ... ada anak dara. Macam mana kalau Kak Ani beritahu mereka buat itu salah ini salah tapi ... Kak Ani pergi dating. Kak Ani tak ndak hidup dalam keadaan macam tu. I want to be in love and I want to get married and I want to have a nice family. Tapi ... saya takkan mencari.

Soalan:  Dari sumber yang layak dipercayai, kami dapat tahu Kak Ani sekarang dah ada seseorang yang amat disayangi - seorang doktor pakar bedah jantung dari New York City berkelulusan dari Universiti Harvard.  Kak Ani mengenalinya sejak 6 bulan lalu melalui seorang kawan.  Betul ke?

Sharifah Aini:  Betul!  Tapi ... kali ini Kak Ani lebih berhati-hati.  Buat masa ni Kak Ani gembira hidup seorang sebab Kak Ani rasa seronok hidup bebas dan Kak Ani takkan berkahwin dalam waktu terdekat ini.  Kalau adapun I still want to take my own sweet time.  Bila dah ready ... saya akan kahwin.  Tapi ... mungkin dalam masa setahun ni ... memang Kak Ani tak mahu kahwin dulu.  Memang dia meminati Kak Ani tapi ... Kak Ani akan pastikan kalau betul-betul dia nak jadi Muslimin yang baik, itu bagus tapi bukan kerana nak kahwin dengan Kak Ani.

Soalan:  Bila agaknya kak Ani akan kahwin dengan doktor pakar bedah jantung ini?

Sharifah Aini:  (Ketawa) Bercinta pun belum macam mana nak kahwin?  Tapi ... dia memang berusaha keras untuk memenangi hati Kak Ani.  Malah dia sudah membawa keluarga dan adik-beradiknya bertemu dengan kak Ani sepanjang enam bulan kita berkenalan.  Tapi ... Kak Ani belum bersedia.  Dia berbangsa Jerman dan menetap di Amerika Syarikat.

Soalan:  Kenapa Kak Ani tiba-tiba berminat dengan bangsa asing?

Sharifah Aini:  Kak Ani rasa itu agaknya yang sesuai.  Kak Ani tidak membenci Melayu tapi saya sudah melalui dua perkahwinan dengan orang Melayu mungkin kak Ani tak sesuai dengan orang Melayu.  Mungkin kak Ani salah.  Silapnya bukan suami-suami ... Kak Ani sentiasa melakukan kesilapan.  Perkahwinan kedua memang salah Kak Ani kerana Kak Ani execute my right as the second wife or third wife ... kerana apa?  Kerana sayang.  Tapi ... kalau Kak Ani jatuh cinta dengan bangsa asing dan dia sayangkan Kak Ani ... Kak Ani tak akan tinggalkan agama kerana cinta.

Soalan:  Kalau Kak Ani ditakdirkan bertemu jodoh dengan doktor pakar itu apakah Kak Ani bersedia meninggalkan Malaysia?

Sharifah Aini:  I will go where love takes me.  Kak Ani akan ikut ke mana sahaja suami Kak Ani berada  Bukan bererti Kak Ani tinggalkan negara.  Kak Ani melakukan berbagai-bagai pengorbanan pada perkahwinan kedua kak Ani kerana cinta, tapi ... akhirnya apa yang Kak Ani dapat?  Kalaupun terpaksa tinggalkan negara kerana cinta I think it's worth it.  Because some how Kak Ani kena memikirkan kebahagiaan kak Ani juga.  Takkan selama-lamanya Kak Ani nak menyanyi dan berada di sini dipuja kerana kak Ani perlu memikirkan keperluan peribadi kak Ani.  Sebab saya adalah seorang wanita yang normal.  Sihat tubuh badan dan fikirian.  Kak Ani inginkan satu rumahtangga yang bahagia, stabil dan I want to enjoy my future.  Tapi walaupun berada di tanah asing, Kak Ani akan bawa budaya Melayu dan agama Islam ke mana saja Kak Ani pergi.

Soalan:  Sepanjang enam bulan berkenalan dengan dia apakah dia menepati lelaki impian Kak Ani?

Sharifah Aini:  (Ketawa) Mungkin ... Dia kacak, tinggi dan berpendidikan tinggi and very loving man.  Tapi ... banyak benda yang kak Ani kena timbangkan, setakat ini kita jumpa sekejap-sekejap.  Tapi ... dia buat saya bahagia dan merasai dihargai.  Tapi ... at the moment Kak Ani belum bersedia lagi.  Dia memang sentiasa berusaha memenangi hati Kak Ani.

Soalan:  Andainya Kak Ani berkahwin dengan dia apakah dia dapat membuatkan Kak Ani melupakan dua lelaki sebelum ini yang pernah singgah dalam hidup Kak Ani?

Sharifah Aini:  Em ... em ... No.  Sekalipun Kak Ani berkahwin dengan orang lain tak ada siapa dapat datang antara Kak Ani dengan Datuk atau antara Kak Ani dengan Abang Ali.  Kerana mereka bedua ini terlalu istimewa dalam hidup saya.

Soalan:  Mungkin lelaki yang menjadi suami Kak Ani akan merasa kurang selesa kerana walaupun sudah menjadi isterinya, Kak Ani masih ingatkan Datuk dan Abang Ali.

Sharifah Aini:  Ingatan dan kasih sayang itu berbeza.  Maknanya bukannya kasih sayang yang akhirnya Kak Ani akan balik kepada mereka tapi ... ingatan terhadap kasih sayang yang pernah kami jalin bersama.  Mereka ini pernah tidur sebantal dengan Kak Ani ... masakan Kak Ani dapat melupakan mereka.  Siapa saja suami saya dia tak patut risau kerana perasaan terhadap bekas suami dan suami sekarang is different kerana saya mahu hidup dengan suami sekarang dan saya tak mahu hidup dengan kisah silam saya.  Tetapi itu tidak bermakna saya tak boleh ingatkan kisah silam dan cinta lama saya.  They are lucky because I don't hate them.  I don't hate Ali or Datuk.

Soalan:  Bagaimana lelaki idaman Kak Ani?

Sharifah Aini:  Kalau ditakdirkan dan pintu jodoh masih terbuka untuk Kak Ani ... lelaki idaman Kak Ani, mesti berumur dalam lingkungan 40-an, honest man, seksi, romantik, boleh bergantung hidup ... dia mesti sayang Kak Ani dan mahu menjaga anak-anak Kak Ani bersama serta orangnya mesti tinggi ... kerana Kak Ani rasakan lebih selamat bila berada dalam pelukan mereka yang tinggi.

Soalan:  Persepsi lelaki seksi bagi Kak Ani, macam mana?

Sharifah Aini:  Seksi bukan hanya pada rupa tapi cara bercakap.  Kak Ani sukakan lelaki yang smart dan intelligent ... I love man yang genius.  Romantik ni pula ... ialah dalam keadaan Kak Ani dah ada anak, Kak Ani suka dia bawa Kak Ani keluar ... husband yang bawa kita evening drive.  Kemudian berhenti di mana-mana untuk makan malam dan sambil berjalan berpegangan tangan, berpelukan.  Saya rasa itu tak salah kerana dia suami you dan you isteri dia, kenapa perlu malu.  Orang lelaki yang sentiasa memuji kecantikan isterinya.

Soalan:  Setelah melalui dua perkahwinan, apakah pengalaman yang Kak Ani dapat?

Sharifah Aini:  Ia membuatkan Kak Ani semakin tabah dan berani menghadapi hidup ini.  Saya dan kahwin dua lelaki dan daripada kedua-duanya saya mendapat pengalaman yang berlainan.  Saya kahwin dengan lelaki muda (Ali) dan saya juga berkahwin dengan lelaki lebih berumur dari saya (Datuk).  Saya belajar banyak daripada dua perkahwinan ini.

Soalan:  Setelah gagal dua perkahwinan ... apakah bila kahwin buat kali ketiga nanti Kak Ani akan tinggalkan dunia seni?

Sharifah Aini:  No! Don't forget masa Kak Ani kahwin dengan Datuk I am Sharifah Aini the singer begitu juga masa kahwin dengan Ali ... I am Sharifah Aini the singer. Mereka bukan kahwin dengan Sharifah Aini the lawyer, the doctor atau the clerk. Mereka harus terima hakikat itu. Jadi kalau ada yang ingin mengahwini Kak Ani dan beri syarat-syarat tertentu agar meninggalkan dunia seni ... Kak Ani tak akan terima. Melainkan selepas perkahwinan kami, dia sakit dan Kak Ani perlu menjaganya ... Kak Ani akan tinggalkan dunia seni untuk bersama suami kerana suami adalah yang utama dalam hidup saya.

Soalan:  Apa impian Kak Ani bila tua nanti?

Sharifah Aini:  Impian bila tua? Kak Ani tak ndak tua (ketawa). Okey.  Impian kak Ani ingin hidup dalam sebuah perkahwinan yang aman dan membahagiakan.  Kak Ani ingin hidup disamping suami yang boleh memberi segala-galanya kepada Kak Ani ... emotionally, sexually, materially dan alangkah bahagianya kalau saya boleh ke mana saja yang saya mahu bersama suami seperti ke Mekah duduk dua bulan atau tiga bulan kemudian balik dan pergi lagi bersama.  Kak Ani mahu mengelilingi dunia bersama suami dan menjenguk anak-anak.  Kak Ani mahu menjalani hidup hari-hari tua yang bahagia.  Saya impikan Sharifah Aini pada hari tua ... walaupun dah umur 50 atau 60 tapi masih seperti 40-an ... sihat, cantik dan bahagia disamping suami tercinta.