PENGHARGAAN KHAS UNTUK PENYANYI GIGIH (Utusan Malaysia: Sabtu, 11 November 2000) |
Dalam persembahan tersebut, para pelajar akan menyampaikan 10 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Sharifah Aini sepanjang penglibatannya dalam bidang seni suara. Antara lagu yang akan dipersembahkan ialah Bunga Tanjung, Hapuslah Airmatamu, Tiada Maaf Bagimu, Rindu Serindu Rindunya, Terbang Helang, Semuanya Kerana Hadirmu, Resah Bersalam dan Seribu Mawar. Menurut Jurucakap ICOM, acara ini diadakan khusus bagi menghargai perjuangan Sharifah Aini di dalam bidang seni suara. "Sebagai generasi baru, kami amat berbangga dengan pencapaiannya di dalam bidang seni. Kerana itu, melalui persembahan ini, kita dapat menghayati lagu-lagu dendangannya dan sekali gus mengkaji pendekatan yang telah dilakukannya untuk terus bertahan sehingga sekarang.'' jelasnya. Sharifah Aini yang turut diundang sebagai tetamu istimewa malam ini juga tidak akan menghampakan peminatnya apabila turut bersedia menyumbangkan sebuah lagu Nour El Ain. Kepada pelajar-pelajar di ICOM juga, persetujuan Sharifah Aini untuk turut hadir dan kesudiannya menyanyi bersama mereka dianggap sebagai satu penghormatan yang amat besar. "Ia juga akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup kami kerana dapat menyanyi bersama penyanyi kesayangan ramai itu,'' jelas jurucakap itu lagi. Artikel lain yang berkaitan: Sharifah's Change Of Scenery (New Straits Times – Friday, November 17, 2000) Persembahan Penghargaan Sharifah Aini (Harian Metro – Isnin, 6 November 2000) |