KENAPA SHARIFAH AINI GEMUK!

'Syhhh' dikendalikan Bahayah 'BAM' Mahmood  (URTV, 1 Julai 1990)

 

 

Memang ramai yang bertanyakan: Mengapa Sharifah Aini makin subur?  Dia tak jaga badan ke?

Malahan Sharifah Aini sendiri tau dan sedar tubuh badannya semakin montel.  Memang ramai kawan-kawan yang menegur dan suruh dia kuruskan badan.

"Sebenarnya Aini tak boleh buat apa-apa.  Badan ni naik bukannya kerana Aini ni kuat makan.  Tapi kerana Aini makan pil.  Dan pil itu mesti dimakan untuk selama 5 bulan lagi, Ani sendiri pun risau makin sehari makin berat!" ujarnya berterus-terang.

Sharifah Aini memang sudah beberapa kali menjalani pembedahan di bahagian perut dan di bawah perut seharusnya rawatannya itu dijalankan dengan menggunakan alat elektrik, tapi kerana tak mahu kena 'karan' selalu, Aini memilih cara lain iaitu makan pil.  Tapi, risikonya, pil itu boleh menambahkan berat badannya.

Bagaimanapun sebelum bertambah montel lagi, Aini sekarang berusaha cara lain yang dapat menurunkan berat badannya.  Album barunya tak lama lagi akan siap dan beredar di pasaran, tentulah Aini akan muncul dan ligat untuk promosi album barunya ini.  Kerana album baru, Aini berazam tidak mahu kelihatan montel!