MAK DATIN, PUAN SRI & TOH PUAN JANGAN BIMBANG ...

Luahan Rasa Sharifah Aini (Bahagian 2)  (Mangga, Januari 2000)

Kalau aku fikir-fikirkan ... mahu sahaja aku tinggalkan dunia seni ini ... kemas beg pakaian, bawa anak-anak aku ... dan pergi jauh dari sini ...  Masa kan aku boleh berbuat demikian ... 30 tahuntahun terbaik dalam hidup aku ... aku habiskan dalam dunia seni ...  Aku telah membuat persembahan AMAL ... sebanyak 3,800 lebih pertunjukan yang langsung tidak aku ambil walau seringgit pun ... dari pelbagai badan AMAL ... inilah jariahku ... My Investment untuk akhirat, Insya-Allah.

Aku mula menyanyi dari umurku 8 tahun ... aku mula beramal dengan suaraku dari umurku sekecil itu ... Kini umurku awal empat puluhan ... alhamdulillah !!!  Aku masih di sini.  Ya memang benar aku menyanyi mencari rezeki untuk hidup ...  Anak-anak yang membesar ... tapi aku tidak bertuhankan duit dan menggunakan suaraku untuk menjadi kaya raya ... hingga lupa value ... aku anak seni ... aku sudah lali dengan kemiskinan dan kedaifan hidup ... mataku tidak bertukar warna menjadi merah kerana duit ... dan tamak kerana duit .... hingga hilang perhitungan antara Bakti & Amal ... dan mencari rezeki.

Seperkara lagi yang terlalu ketara ... Ini melalui pengalamanku sendiri ... Aku tidak tahu ... kenapa sesetengah wanita memusuhiku aku ... apa dosa besar yang telah aku lakukan ...  Adakah kerana aku pernah menjadi isteri ketiga kepada seorang kenamaan ... jadi mereka takut yang aku akan mengambil pula suami mereka ...?  Aduh !!! ... berjuta wanita di dunia ini yang menjadi isteri kedua ... ketiga ...  Apakah kerana aku ini anak seni ... kerana aku SHARIFAH AINI ... tapi apa bezanya dengan wanita VIP lain yang menikahi suami orang ...?  Tidak ada wanita di dunia ini yang mahu kasih sayangnya dibahagi-bahagikan ...

Soalnya di sini ... aku ini hamba ALLAH ... aku akur kehendak Tuhan ... aku telah mengorbankan 16 tahun yang terbaik dalam hidupku ... menjadi isteri ketiga ... aku tidak pernah sekali menayang gambar suamiku di dada akhbar dan majalah ... aku mengambil sikap beralah ... semata-mata menjaga hati kedua isterinya yang lain ... hati anak-anak dan cucunya.  Aku tidak langsung menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri ...  Aku tidak langsung mengamalkan hak aku sebagai salah seorang isteri yang dinikahi ... I never execute my right as a wife ... no demand ... nothing ...  Aku juga mempunyai hak untuk memberitahu dunia dan mengenalkan suamiku kepada dunia.  Tapi !!! Atas sifat timbang rasa ... aku tidak langsung memperdulikan permintaan penyokongku ... Aku yang dinikahi oleh Dato' S adalah milik masyarakat ... aku penghibur ... aku anak seni ... tetapi aku tahu di mana batasku ... supaya tidak menyakiti dan melukai perasaan orang lain.

Sekarang aku keseorangan lagi ... kini dua tahun kami berpisah ... alhamdulillah ... aku menjalani hidup seorang ibu tunggal ... aku kini lebih gembira ... tenang ... dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan kami anak beranak ... all my life ... I have worked so hard ... for everybody.  Ya ... memang benar aku bernikah dengan orang kaya ... tetapi aku tidaklah sekaya mana .. aku tetap menyanyi ... mungkin aku ni BODOH ...  Aku terlalu takut kepada azab Allah ...  Aku tidak seperti wanita lain ... yang akan mengheret suami ke mahkamah ... kerana keadilan menuntut berjuta-juta ringgit ... dalam proses ... habis cerita dalam bilik tidur semua keluar ... aku tersepit dalam satu keadaan yang ALLAH sahaja tahu keperitannya.  Memang aku BODOH ... cukup BODOH ... !!! Aku serahkan kepada ALLAH YA KARIM ...

Memang ... jika adalah lagi jodoh menungguku ...  Aku tidak sekali-kali bercakap ni... membelakangkan kuasa Allah ... aku tidak mahu bernikah dengan suami orang ...  Biarlah dijodohkan aku dengan orang luar ... sekalipun berbangsa asing ... akan aku didik suamiku ... menjadi Muslim yang soleh ... Insya-Allah sama-sama bersembahyang jemaah ... setiap tahun ke Mekah ... insya-Allah ... semoga Tuhan temukan aku dengan jodoh yang terbaik untukku dan anak-anakku.

Kepada wanita yang memusuhi kaum seperti aku ... jauhkan daripada sifat berburuk sangka ... cemburu kepada kelebihan orang lain ... baik dari rupa paras ... dan kejayaan ...  Kepada isteri orang-orang kenamaan ... bila aku berada di pentas ... mataku berkilau dengan cahaya spot light ... aku dah tak nampak orang ... aku terlalu ghairah untuk menghibur ... tak ada masa nak pandang muka lelaki-lelaki ... yang menontonku.  Aku pun jarang sangat turun ke bawah pentas ... I'm just not interested ...  Bila aku di pentas nyanyian, aku bukan mencari jodoh atau mencari lelaki untuk dijadikan bakal suami ... aku menghibur dengan kerana Allah ... kerana aku dijemput dan mahu beramah mesra dengan peminat-peminatku ...

Usahlah membingungkan kepala anda .... Mak Datin ... Puan Sri ... Toh Puan ... memikirkan yang SHARIFAH AINI nak mengambil suami anda ... jangan terlalu ghairah dengan sikap buruk sangka anda ... dan melemparkan pandangan seperti aku ni berhutang berjuta ringgit ... ataupun melemparkan pandangan yang sinis bagaikan aku ni madu si-anu.  Oh!  Pleasee ... I will take my own sweet time ... I'm not in the hurry to get married again ... I need my space ... I love my singing ... I love my life & enjoying my new freedom ...  Jangan memfitnah dan mengaibkan orang di khalayak ramai.  Tak baik buat begitu.  Selagi Allah memberikan keizinanku untuk terus BERSENI ... aku akan berada di sini ... insya-allah ...

Jutaan terima kasih dia atas DOA peminat-peminatku semua ...  Allah sahaja yang membalas budi baik anda, di mana sahaja anda berada ...  Marilah kita sama-sama berdoa ... semoga negara kita aman dan makmur ... hidup harmoni ... saling menghormati ... sayang menyayangi ... percaya mempercayai, tidak kira kaum atau bangsa ... dan warna kulit ...  There's not much love going around now days ... It is so frightening ...  Orang tua tidak lagi dilayani dengan perasaan hormat ... orang miskin dipandang rendah ... ada di antara orang kaya di dunia semakin tamak dan bakhil.  Tidak mengindahkan kesusahan orang lain di sekeliling mereka.  Terlalu banyak kezaliman berlaku di mana-mana.  Terlalu banyak orang yang mementingkan diri sendiri ... AMIN.

ANAK SENI - SHARIFAH AINI

BAHAGIAN 1: LUAHAN RASA SHARIFAH AINI