RAI HARI IBU BERSAMA KAK PAH (Berita Minggu: Bi-Pop, 18 Mei 2008) |
Tuah wajah seiras ibu, Mohd Syafiq Yahya dan ibunya, Zaliha Ahmad menerima kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan Wajah Seiras Ibu sekaligus melayakkannya makan malam secara eksklusif bersama Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah. Pertandingan Wajah Seiras Ibu dianjurkan portal hiburan berbahasa Malaysia, www.murai.com.my yang diuruskan Multimedia Interactive Technologies (MIT), sebuah anak syarikat Astro All Asia Netwroks plc. Pertandingan Wajah Seiras Ibu diadakan melalui laman web murai.com.my selama dua minggu dan menerima beratus penyertaan. Sebanyak 20 penyertaan terbaik dipaparkan dalam murai.com.my dan GengMurai diberi peluang untuk mengundi calon Wajah Seiras pilihan mereka. Setakat ini, murai.com.my menerima sebanyak dua juta pengunjung sebulan. Selain makan malam eksklusif bersama Kak Pah, Mohd Syafiq yang menghantar gambar bersama ibunya, Zaliha Ahmad juga menerima hadiah sumbangan Pods & Petals GiftLab dan makan malam eksklusif tajaan Hotel Palace of the Golden Horses. Hadir pada majlis yang berlangsung Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor ialah Ketua Editor murai,com.my, Roslen Fadzil dan Datuk Sharifah Aini. Roslen berkata, Wajah Seiras Ibu adalah pertandingan secara online yang memberi peluang kepada GengMurai memberikan hadiah berupa kejutan istimewa kepada ibu tersayang sempena Hari Ibu. Uniknya pertandingan ini hanya dibuka penyertaannya kepada anak lelaki yang mempunyai wajah seiras ibu. "Pemenang Wajah Seiras Ibu dijanjikan satu majlis makan malam eksklusif bersama seorang selebriti terkenal tanahair namun murai.com.my merahsiakan identiti selebriti berkenaan iaitu Datuk Sharifah Aini sehinggalah majlis berlangsung pada Ahad lalu untuk memberikan kejutan kepada ibu pemenang. Kami memilih Datuk Sharifah Aini sebagai selebriti yang memberikan kejutan kepada ibu pemenang Wajah Seiras Ibu kerana beliau juga mempunyai anak lelaki dan wajah anaknya iaitu Aliff Ali adalah seiras wajahnya," kata Roslen. www.murai.com.my adalah portal hiburan yang berkonsep interaktif yang memberikan wadah untuk berinteraksi kepada pelayar portal laman web www.murai.com.my mensasarkan kepada semua peminat dunia hiburan tempatan dalam lingkungan usia 17 hingga 35 tahun yang lazimnya mempunyai pendedahan dengan perkembangan dunia Internet yang semakin berkembang pada masa kini. Melalui www.murai.com.my kami salurkan berita terkini dan sensasi seperti dunia hiburan, maklumat artis tempatan, gosip panas, muzik, filem serta rencana yang disiarkan setiap hari.
Selain itu, orang
ramai boleh menjadi ahli GengMurai dan berpeluang membina rangkaian
untuk menjalin persahabatan serta berkongsi maklumat mengenai dunia
hiburan malah berinteraksi dengan sidang pengarang www.murai.com.my,
GengMurai dan artis tempatan.
Artikel lain yang berkaitan:
Hanya SMS Pengubat Rindu
(Harian Metro
– Sabtu, 17 Mei 2008) |