Johari Salleh Kata: Sharifah Aini Layak Dianugerahkan Biduan Negara 'AUW!' dikendalikan Juwie (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 18 Jun 2000) |
Ahad
lalu, Juwie bersama rakan-rakan dari pelbagai media
– Huzz (URTV), Rosli
Manah (Utusan Malaysia), Dean (MM), Zieman (The Star) dan Wanda (Hai)
menonton Konsert Sharifah Aini Di Pinggir Kayangan di Auditorium Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Seronok dan terhiburnya hati tak
terkata. Bolehlah diberi taraf first class show. Inilah
konsert paling best Juwie tengok termasuk pilihan pelbagai rentak lagu
iringan Orkestra DBKL. Ada lagu Melayu asli, keroncong, joget,
Arab dan klasik. Bukan senang nak nyanyi lagu klasik ... jika tak
mahir kontrol suara. Silap haribulan ... muzik ke mana ... suara
entah ke mana. Tapi Ani tetap unggul menguasai pelbagai irama lagu.
Juwie tiba-tiba terbayang kisah cinta lama bila Ani nyanyi lagu
Halimun Malam. Nak menitis airmata tapi kontrol gitu. Lagu
Arab yang rancak nyanyian Ani paling dapat sambutan hangat hingga
penonton bertepuk tangan ikut rentak melodinya. Semua lagu
didendangkan dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam memerlukan tenaga
suara yang banyak kerana ia bernada tinggi. Bukan calang-calang
penyanyi boleh menyanyi macam tu. Tapi Sharifah Aini buktikan yang
dia setaraf dengan penghibur Barat yang bijak bermain lenggok suara
bernada tinggi seperti Shirley Bassey dan Whitney Houston.
Dah 31 tahun Ani terus menyanyi dan merakamkan album tanpa henti.
Baktinya kepada masyarakat serta negara menerusi bidang seni termasuk
dunia filem begitu besar. Maka sudah tibalah masanya dia layak
dianuegarhkan Biduan Negara, selepas Allahyarham Puan Sri Saloma (Biduan
Negara pertama). Nak beri gelaran 'Datuk' pun kira Alhamdulillah
sebagai mengenangkan jasanya mengembang dan meperkayakan dunia seni
tanahair. Seeloknya anugerah itu diberikan semasa Ani masih sihat
dan terus aktif. Janganlah nanti bila dah uzur terlantar atau
hayatnya berakhir nanti, barulah nak beri anugerah. Biarlah
anugerah itu diberikan sewaktu matanya dapat menyaksikan sendiri
tangannya menerima anugerah itu dan kakinya masih gagah untuk melangkah
ke pentas menjulang anugerah negara paling berprestij itu.
Bukan
Juwie saja-saja nak pukul canang perkara ini tapi Pengarah Muzik DBKL
yang jugabekas Pengarah Muzik RTM Johari Salleh pun bersetuju dengan
cadangan itu.
Kata Abang Joe (Johari): "Sepatutnya Sharifah Aini dah lebih dari layak
untuk menerima anugerah Biduan Negara. Dia banyak buat sumbangan
dalam dunia seni. Walaupun dah lebih 30 tahun dia menyanyi tapi
dia masih hebat dalam perkembangan dunia hiburan semasa.
She is still a great singer. She is still in her
prime. Memang patut benar dia terima anugerah Biduan
Negara." Konsert Sharifah Aini Di Pinggir Kayangan yang penuh
dengan lagu-lagu budaya Malaysia (campur Arab sikit), perlu diangkat ke
peringkat antarabangsa.
Pihak Kementerian Kesenian dan Pelancongan bolehlah bawa Sharifah Aini
mempromosikan Malaysia di luar negara dengan mendendangkan lagu-lagu
bercirikan budaya kita. Nak suruh nyanyi lagu Mat Salleh pun dia
larat. Rasanya, persauan-persatuan kebajikan di seluruh negara
boleh buat kutipan amal menerusi majlis makan malam dengan mempamerkan
konsert tersebut. Sesuai sekali untuk konsert ala diraja.
Kalau ada majlis rasmi negara, memang sesuai diundang Sharifah Aini
untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu asli. |