DATUK SHARIFAH AINI NAK ANAK LAGI? oleh Huzz (URTV, 1 Februari 2011) |
ANAK . . . JANGAN BERIKAN TEKANAN KEPADA SITI BIDUANITA negara, Datuk Sharifah Aini tidak bersetuju kalau ramai pihak tak henti nak bertanyakan Datuk Siti Nurhaliza, bilakah nak dapat anak? Soalan semacam itu, katanya, bimbang boleh memberikan tekanan kepada Siti. "Saya tak mahu dia tertekan. Saya nak Siti bertenang menantikan rezeki anak. Saya gembira bila Siti kuat semangat dan tak putus asa. Itu sikap baik.
Tentang Siti dan anak, katanya, "Aapapun ada keyakinan yang kuat di hati, Insya Allah sampai masa Siti pasti akan melahirkan anak. Daripada kita asyik nak tanya bila beliau nak dapat anak ... lebih baik kita mendoakan beliau. Doa yang baik-baik terhadap orang lain itu satu amalan mulia. Sebelum mengerjakan haji dan semasa di Mekah saya tak lupa menodakan Siti agar dimurahkan rezeki anak. Bukan saja beliau tapi doa saya juga buat kawan-kawan artis lain yang masih menantikan saat untuk berbadan dua. Begitulah, semasa Siti menyambut hari lahir ke-32, saya mendoakan usianya panjang, bakatnya terus berkembang dan dia akan dapat rezeki anak," ujarnya. Tambah beliau, "Kalau Siti dah ada tanda nak jadi ibu ... saya antara orang yang paling gembira. Saya nak pergi menziarahinya. Saya akan berkongsi petua menjadi ibu kepada beliau. Saya anggap Siti bukan saja sebagai kawan sesama artis, tetapi dia tu sudah macam anak sendiri." Kata Sharifah Aini lagi, "Terima kasih, Siti mengundang saya ke majlisnya. Dia berikan kad di malam Anugerah Juara Lagu 25, masa kami di belakang pentas. Tapi apakan daya, malam majlis diadakan, ada pulak kawan dari Kuwait yang bercuti ke sini, nak menziarahi saya di rumah. Jadi tak dapat saya ke majlis Siti. Saya mengirimkan salam dan doa kepada Siti. Saya gembira melihat kebahagiaan Siti disisi suaminya yang loving. Saya mendoakan mereka berdua, kekal duania akhirat." NAK AYU MACAM SITI DAN RAMPING MACAM ZIANA ZAIN
Kata Sharifah Aini, "Bila tengok kedua-dua mereka, hati kecil saya mengusik, seronoknya kalau pinggang boleh seramping Ziana Zain dan wajah seayu Siti. Kedua mereka memiliki daya tarikan tersendiri. Saya suka tengok penampilan mereka pada malam itu." Lalu Huzz mengatakan, Sharifah Aini pun apa kurangnya ... bertahan cantik dengan warna baju merah menyala lagi. Ramai memuji suaranya masih power. Bercerita tentang bakat, katanya, "Saya berbangga dengan Ziana dan Siti yang berjaya melangkaui masa dalam perjalanan seni. Nak jadi penyanyi ... bakat, suara dan pesona kena ada. Mereka boleh dicontohi ... tapi jangan ada yang baru ni, nak meniru suara mereka. Untuk rancangan Mentor, saya nak mendidik penyanyi baru untuk punya identiti sendiri. Jangan ada yang nak menjadi Sharifah Aini, Siti, Ziana atau penyanyi lain yang dah sedia ada. Kalau yang lelaki ... jangan nak tiru suara Jamal Abdillah, Nash atau M Nasir. Kita boleh jadikan kejayaan artis popular sebagai teladan tapi jangan tiru macam mereka. Mentor bukan rancangan tiru suara artis atau memburu iras atau kembar artis popular." IMAN DAN TAQWA ITU PAKAIAN
Huzz bertanyakan Sharifah Aini apa rasanya selepas mengerjakan haji iaitu rukun Islam ke lima? "Aduh rasa lapang dada, rasa ringan bahu! Kalau mati pun pejamlah mata ini. Saya dah buah apa yang diwajib ... mengerjakan haji di Tanah Suci. Kepada peminat semua, kalau ada kemampuan, pergilah buat haji dulu. Lagi bagus, kalau pergi masa muda. Alhamdulillah ... dapat mengerjakan haji dengan selamatnya. Paling menggembirakan bila saya dapat mengerjakan haji dengn anak lelaki saya, Aliff. Bila duduk seorang diri di rumah, saya bersyukur, dipanjangkan usia dan diberi rezeki buat haji. Inilah takdir Allah. Syukur. Alhamdulillah. Semasa di sana, ada ramai jemaah yang datang menemui saya. Ada jemaah wanita memeluk saya. Ada nak bergambar. Mengejutkan, ada memberitahu saya dia nak minta ampun dan maaf, dia berdosa dengan saya. Saya melayan mereka dengan baik sebagai hamba Allah. Syukur apa yang saya harapkan semasa di sana, termakbul. Terus terang saya beritahu ... saya dah pergi banyak tempat di dunia, tapi tak sama rasa tenang dan aman macam berada di Mekah dan Madinah." |