SHARIFAH AINI BAWA HATI KE BUKIT FRASER

(Mingguan Malaysia: Pancaindera, 13 Ogos 2000)

Apapun tanggapan insan terhadap cinta, yang pasti keinginan supaya takdir menyebelahi diri dalam dunia cinta adalah impian semua.  Sebagai insan, kita barangkali sering berharap agar cinta akan mendakap diri dengan satu keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Dan itulah juga sebenarnya yang diharapkan oleh biduanita negara, Sharifah Aini tentang cinta.

"Saya sering mengimpikan cinta yang mampu memberikan chemistry yang paling dalam dan sempurna dan kemudian ia mampu berkekalan sehingga akhir hayat,'' akuinya jujur.  Namun, takdir yang berlaku terhadap impian insan yang bernama Sharifah Aini selalunya adalah di sebaliknya.  "Saya sering berharap rasa kesal kerana membuat pilihan tidak akan terlintas dalam diri.  "Namun yang terjadi ialah takdir sendiri yang memutuskan perhubungan yang sedia ada,'' katanya.

Siapa sangka, rabak hati yang demikian parah rupa-rupanya telah mendorong Sharifah Aini membawa hati baru-baru ini.  Dengan memandu kereta Mercedes sport dua pintu, Sharifah Aini kelihatan meredah subuh pagi menuju ke kaki Bukit Fraser baru-baru ini.  Malah, kereta Mercedes dengan nombor pendaftaran 1000 Mawar yang dipandu Sharifah Aini dilihat meluncur laju di sepanjang Lebuh Raya Damansara dan Rawang. Mungkinkah itu cara Sharifah Aini menenangkan hati? Sebenarnya, apa yang dilakukan Sharifah Aini itu adalah 'lakonan' untuk penggambaran klip video lagu Seribu Mawar.

Menurut Sharifah Aini, untuk menjayakan klip video itu, pihak EMI dengan kerjasama penerbit iaitu Kuasatek Pictures telah menyewa helikopter khas untuk mengambil sudut dari atas ketika dia sedang memandu.  Dengar khabarnya, sewa untuk kegunaan satu jam helikopter itu mencecah angka RM5,000 dan klip video yang diarahkan oleh Badaruddin Azmi itu berlatar belakangkan kawasan Fraser Hill, Jejantas Sungai Buluh dan Lebuh Raya Damansara dan Rawang.  Selain Sharifah Aini, turut berlakon dalam klip video lagu Seribu Mawar itu ialah Erma Fatima dan Rosyam Noor.

GAYA RANGGI ... Sharifah Aini disamping kereta Mercedes dengan nombor pendaftaran 1000 MawarSHARIFAH AINI bersedia untuk berlepas membawa diri ke Bukit FraserKOMITED ... Sharifah Aini tekun ketika menjalani rakaman klip video 1000 Mawar

Artikel lain yang berkaitan:

  Sharifah Aini Dijadikan Macam Cher (URTV – 1 September 2000)

  Sharifah Aini Makin Ligat (Berita Minggu: Bi Pop – 13 Ogos 2000)