Sharifah Aini Dapat Bayaran Lumayan

'Sejenak Bersama Huzz' dikendalikan Huzz  (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 11 Februari 2001)

 

 

Wow ... wow ...  Huzz diberitahu seseorang bahawa biduanita negara Sharifah Aini Syed Jaafar yang dah 32 tahun menyanyi tu telah mendapat lampu hijau daripada sebuah syarikat rakaman untuk membayarnya dengan harga yang lebih umphh dan lebih ahhh hebatnya (bayaran lumayan) dengan syarat dia mesti mahu terus menyertai mereka!   "You tu asyik skop cerita Siti dan Nasir dapat bayaran mahal.  Ha jangan tak tahu Kak Pah kita tu pun apa kurangnya!  You tahu ... member telah membuat rundingan dengan tiga orang atas syarikat itu, Kak Pah setuju sambung kontrak kalau bayarannya dihebatkan lagi.  Maklum Kak Pah dah menyanyi lebih 32 tahun dengan syarikat tu.  Kot mereka sedar Kak Pah aset besar mereka, jadi mereka mahu Kak Pah sambung kontrak lagi.  Cubalah you risik dengan Kak Pah hal ini.  Member sekarang pun banyak show.  Malah baru-baru ini baru balik bercuti dari luar negara," begitulah yang didakwa-dakwi oleh seorang kawan Huzz.

Hmmm ... bila Huzz jumpa saja Kak Pah di Hospital Besar Melaka ketika dia datang menjenguk Amir U.K's (kerana kemalangan jalan raya minggu lalu) terus Huzz tanya Kak Pah hal itu.  Kak Pah terkejut dengar soalan Huzz.  “Isyy siapa bagi tahu ni.  Kak Pah tak nak nanti orang di EMI tu (syarikat rakaman berkenaan) kata cerita ni datang dari mulut Kak Pah!  Well ... Kak Pah boleh beritahu pada Huzz, memang Kak Pah dah berbincang untuk sambung kontrak.  Empat bulan Kak Pah ambil masa berbincang.  At this time memang Kak Pah boleh kata lega dengan tawaran dibuat.  Tapi berapa Kak Pah dibayar tu rahsialah,” katanya ketawa.

Tapi tengok air mukanya dia happy bukan main bila bercakap bab ini.  Happy yang lain daripada biasa.  Huzz akui kalau benarlah apa yang didakwa iaitu harga untuk Kak Pah tu mengatasi standard Siti atau M. Nasir yang bayarannya 7 angka (bukan puluh ribu, bukan ratusan ribu tapi juta-juta), maka bertambahlah jutawan seni kita.  Kalau benar dia setuju nak sambung kontrak dengan syarikat EMI Malaysia, maknanya dia cipta sejarah artis terlama duduk dalam syarikat rakaman, sejarah bukan saja di Malaysia malah dunia you!  Gagah, tabah dan bersemangat sungguh anak Melayu (keturunan arab) Johor ni ya!  Hai kerajaan negeri Johor bila lagi nak bagi Kak Pah tu pangkat Datuk?  Bila lagi nak bagi laluan bikin konsert tribute di Johor?  Kak Pah berkali-kali dah bikin ‘big concert’ di KL, bila lagi di Jay Bee (Johor Bahru)?

Dalam pada tu Huzz tanya bagaimana dengan album koleksi 'Laguku Untukmu' yang di pasaran sekarang!  Maklumlah album Seribu Mawar khabarnya terus mendapat sambutan baik.  Di radio lagu Nur El-Ain kerap berputar.  Katanya: “Kalau you tanya Kak Pah tentang album koleksi 'Laguku Untukmu’ Kak Pah tak mahu komen.  Di situ ada sedikit kekecewaan bila ada pihak di EMI yang sesuka hati pilih lagu nak bikin koleksi, tak rujuk langsung dengan Kak Pah.  Dalam tanda tangan kontrak baru nanti, kak Pah nak dapatkan banyak kerjasama termasuk kalau nak buat album, tak kiralah koleksi ke apa, rujuklah dengan artis.  Kak Pah juga meminta banyak hak-hak yang sepatutnya seseorang artis tu dapat!”

Hmmm kita tunggu sajalah satu majlis yang pasti akan dibuat oleh EMI untuk penghibur bernama Sharifah Aini menyambung kontrak.  Harap majlis itu dibuat di satu tempat istimewa!  Yelah bagaikan ulang tahun ‘perkahwinan’ ke-32.  Dah lama ‘berumah tangga’ dengan syarikat tu ... takkan tak boleh diadakan di tempat yang sesuai seusia 'hidup bersama'.  Tak gitu?'