SHARIFAH AINI SEMAKIN CANTIK KERANA TELUR IKAN?

oleh Huzz  (Mangga, April 2003)

Apa yang akan membuat peminat-peminat biduanita Sharifah Aini terkejut ketika menatap foto-foto terbarunya yang ada di dalam buku cenderahati album terkini beliau berjudul Syahdu?  Hmmm tentu ramai akan mengatakan wajahnya dah lain sangat!

Foto-foto yang anda saksikan di Mangga ini diantara yang termuat dalam kulit album itu.  Mangga ialah majalah pertama mendapat gambar-gambar ini di atas keizinan Sharifah Aini sendiri.  Sewaktu Huzz ke rumah beliau, Huzz menatap wajah-wajah terbaru itu dalam komputer di rumahnya.  Waktu itu albumnya belum dipasarkan lagi.

"Gambar ini pihak EMI Malaysia berikan kepada Kak Aini untuk dirujuk.  Kak Aini ialah penerbit bersama untuk album terbaru Kak Aini berjudul Syahdu (dipasarkan 12 Mac 2003) ni.  You tahu Kak Aini betul-betul work hard bukan saja terhadap muzik dan lagu-lagu album ini tapi segala macam susun letak untuk lay out kulit album pun nak diambil tahu.  Jadi dia orang pun akan hantarkan sebarang perkembangan wajah kulit album melalui internet," katanya.

Kalau peminat nak tengok banyak lagi wajah baru Kak Pah yang cun melecun dan bertambah cantik sekarang ni ... kena beli CD dan kaset kerana p[ihak EMI Malaysia menyediakan sebuah buku cenderhati dengan 16 halaman muka surat pelbagai pose cun Kak Pah!  Serta tunggu Mangga bulan depan ada foto eksklusif khas untuk anda.

Bila menatap wajah gambar-gambar terbaru Kak Pah ... beliau sendiri bersuara dengan mengatakan: "Jangan sampai peminat nanti buat fitnah sudahlah.  Mesti ada orang ingat Kak Aini menjalani pembedahan plastik pulak!  Walhalnya Kak Aini tak keluar negara nak lakukan pembedahan pun.

"Okey ... memang Kak Aini ada buat perubahan pada bibir Kak Aini menggunakan warna coklat.  Bentuknya tetap sama macam dulu.  Kak Aini tak minat bentuk kening halus atau bulat.  Biarlah ianya mengikut bentuk asal yang ada," katanya.

Tapi bila Huzz menanyakan produk mekap apa dipakai yang menambahkan pada seri wajahnya yang berkulit gebu dan halus cantik itu, katanya: "Just untuk pengetahuan you.  Buat apa ditulis, nanti bagi free publisiti pada produk tu semua.  Okey tentang kulit wajah ya Kak Aini tak nafikan pernah masukkan sel telur ikan dalam wajah.  Sel-sel itu didatangkan dari Switzer;and yang mana harganya pun boleh tahan.  Ianya untuk menyegarkan wajah.  Sel telur ikan itu halal dan tak salah dalam agama."

Kalaulah ada produk kecantikan atau sabun mengambil you jadi model baru mereka ... mahu tak?  Maklum, tentu mana-mana produk akan mencari Kak Pah ... bayangkan dalam usia atas 40 ... dia masih cantik dan bergetah lawa!  Ramai nak tahu apa dia pakai dan makan?  "Itu boleh dirundingkan.  Namun selain mengamalkan penjagaan wajah ... Kak Aini sangat menitikberatkan soal tidur.  Mesti cukup 10 jam.  Banyak minum air suam.  Kalau minum kopi atau tea, Kak Aini dah tak mahu gulanya atau sikit saja gulanya.

"Tak dinafikan ... sekarang sejak beberapa bulan lalu Kak Aini sudah ada kelas senaman aerobbik.  Jadi kalau ada kawan berkata kenapa nampak kurus ... itu bukan sedut lemak.  Kalau ada tanya kenapa muka nampak kurus sikit dan lain ... itu kerana dah kurus dan ada perubahan pada solekan," katanya.  Apapun kalau tanpa solekan ... Sharifah Aini tetap cantik macam perempaun Arab.

Okey kepada semua peminat ... jangan lupa dapatkan album terbaru Sharifah Aini ... terdapat banyak lagu sedap.  Antaranya, 'Leraikanlah', 'Kalam Jauhari', 'Cinta Alaika' dan 'Qasidah Di Jabal Rahmah'.