sharifah aini bagaikan tahu kematian semakin dekat 'Abadi Dalam Kenangan' oleh Bahyah Mahmood (URTV Edisi 866, 01-15 Ogos 2014) |
Seluruh keluarga jadi cemas kerananya. Begitu juga kawan-kawan rapat memang tak senang hati, lebih-lebih lagi bila diberitahu, "tak boleh tengok dia, tak boleh jumpa dia, hanya anak-anak dan keluarga terdekat saja yang boleh jumpa. Tak boleh masuk beramai-ramai, kena bergilir-gilir dua orang sahaja." Doktor pun tak benarkan pelawat terlalu sibuk nak tengok, jadi susah nak merawat pesakitnya. BAM pun kenalah menunggu hari demi hari, hanya bertanya khabar Aini dengan orang-orang rumahnya. Masuk hari ketiga Noor Kumalasari telefon, "Apa khabar Kak Pah, Noor ingat nak pergi tengok dia lah," jawab BAM: "Bolehlah kita tengok dia, kita pergi bersama-sama. Kak BAM belum lagi jenguk dia di IC. Esok hari Sabtu kita pergi waktu tengahari, Okey?" begitulah janji kami berdua.
BAM terus hubungi Noor Kumalasari ..." Noor, kita tak payah nak tunggu esok, sekarang juga kita kena pergi hospital, Ani tengah nazak, nanti kita tak sempat jumpa dia, Noor kejutkan Wan, suami Noor, kita pergi sekarang juga." Sesaat kemudian Noor telefon ... "Kak Bayah, kita pergi sekarang berempat dengan Wan dan abang Mad. Wan tak bagi Noor drive malam-malam buta, dia bimbang, sekarang ni tengah hujan pulak." Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Hujan turun tidak berapa lebat sangat. Noor memecut keretanya ... boleh tahan laju juga melalui highway Duke yang sepi di tengah malam. Putaran lagu-lagu lama di Radio Klasik menggamit kenangan. Kiranya bolehlah hilang mengantuk. Ketika hampir tiba di Hospital Pakar Damansara itu, tiba-tiba Deejay Radio Klasik buat pengumuman berita sedih pilu Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia jam 1.26 pagi sebentar tadi.
BAM tatap puas-puas wajah Aini, tentu rindu nanti. Ku cium pipinya dan dahinya. Sedih dan sebak hati ini takkan dapat melihat lagi, takkan dapat berjumpanya lagi. Ku tutup matanya rapat-rapat, ku kesat airmatanya yang berlinang basah di bulu matanya. Apa yang membuatkan kau terkilan Aini? Apa yang membuat kau sebak hati ... ? Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tempatkanlah Sharifah Aini di SyurgaMu. Belum puas lagi berdoa di sisi jenazah dan belum puas menatap wajah Aini buat kali terakhir, sudah tiba waktunya jenazah nak dibawa ke bilik mayat. Sementara menunggu selepas Subuh, jenazah akan terus dibawa ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, di sanalah jenazah dimandi dan dikafankan. AL FATIHAH ... buat Sharifah Aini. Semoga RohMu aman di sana. Bagaikan dia tahu Maut semakin dekat menghampirinya, menghitung hari demi hari yang berlalu. AINI sempat mencoretkan luahan yang tersirat di hatinya. Renung-renungkanlah: "Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan djiemput oleh Nya. Jika telah ditakdirkan oleh Allah SWT sampai masanya untuk saya pulang ke Rahmatullah, jika ditakdirkan ujian penyakit yang Allah SWT berikan ini, berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah dengan hati yang damai, saya tenang dan redha dengan apa yang ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam husnul Khotimah. Doakanlah kesejahteraan saya. Sedekahlah saya Al Fatihah dan ingatkanlah saya dalam doa anda. InsyaAllah, kita semua akan menjadi keluarga semula di syurga." BERSAMBUNG Artikel lain yang berkaitan (sambungan, Bahagian Akhir):
|