Johari Salleh Kata: Sharifah Aini Layak Dianugerahkan Biduan Negara

'AUW!' dikendalikan Juwie  (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 18 Jun 2000)

 

 

Ahad lalu, Juwie bersama rakan-rakan dari pelbagai media – Huzz (URTV), Rosli Manah (Utusan Malaysia), Dean (MM), Zieman (The Star) dan Wanda (Hai) menonton Konsert Sharifah Aini Di Pinggir Kayangan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).  Seronok dan terhiburnya hati tak terkata.  Bolehlah diberi taraf first class show.  Inilah konsert paling best Juwie tengok termasuk pilihan pelbagai rentak lagu iringan Orkestra DBKL.  Ada lagu Melayu asli, keroncong, joget, Arab dan klasik.  Bukan senang nak nyanyi lagu klasik ... jika tak mahir kontrol suara.  Silap haribulan ... muzik ke mana ... suara entah ke mana.  Tapi Ani tetap unggul menguasai pelbagai irama lagu.

Juwie tiba-tiba terbayang kisah cinta lama bila Ani nyanyi lagu Halimun Malam.  Nak menitis airmata tapi kontrol gitu.  Lagu Arab yang rancak nyanyian Ani paling dapat sambutan hangat hingga penonton bertepuk tangan ikut rentak melodinya.  Semua lagu didendangkan dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam memerlukan tenaga suara yang banyak kerana ia bernada tinggi.  Bukan calang-calang penyanyi boleh menyanyi macam tu.  Tapi Sharifah Aini buktikan yang dia setaraf dengan penghibur Barat yang bijak bermain lenggok suara bernada tinggi seperti Shirley Bassey dan Whitney Houston.

Dah 31 tahun Ani terus menyanyi dan merakamkan album tanpa henti.  Baktinya kepada masyarakat serta negara menerusi bidang seni termasuk dunia filem begitu besar.  Maka sudah tibalah masanya dia layak dianuegarhkan Biduan Negara, selepas Allahyarham Puan Sri Saloma (Biduan Negara pertama).  Nak beri gelaran 'Datuk' pun kira Alhamdulillah sebagai mengenangkan jasanya mengembang dan meperkayakan dunia seni tanahair.  Seeloknya anugerah itu diberikan semasa Ani masih sihat dan terus aktif.  Janganlah nanti bila dah uzur terlantar atau hayatnya berakhir nanti, barulah nak beri anugerah.  Biarlah anugerah itu diberikan sewaktu matanya dapat menyaksikan sendiri tangannya menerima anugerah itu dan kakinya masih gagah untuk melangkah ke pentas menjulang anugerah negara paling berprestij itu.  Bukan Juwie saja-saja nak pukul canang perkara ini tapi Pengarah Muzik DBKL yang jugabekas Pengarah Muzik RTM Johari Salleh pun bersetuju dengan cadangan itu.

Kata Abang Joe (Johari): "Sepatutnya Sharifah Aini dah lebih dari layak untuk menerima anugerah Biduan Negara.  Dia banyak buat sumbangan dalam dunia seni.  Walaupun dah lebih 30 tahun dia menyanyi tapi dia masih hebat dalam perkembangan dunia hiburan semasa.  She is still a great singer.  She is still in her prime.  Memang patut benar dia terima anugerah Biduan Negara."  Konsert Sharifah Aini Di Pinggir Kayangan yang penuh dengan lagu-lagu budaya Malaysia (campur Arab sikit), perlu diangkat ke peringkat antarabangsa.

Pihak Kementerian Kesenian dan Pelancongan bolehlah bawa Sharifah Aini mempromosikan Malaysia di luar negara dengan mendendangkan lagu-lagu bercirikan budaya kita.  Nak suruh nyanyi lagu Mat Salleh pun dia larat.  Rasanya, persauan-persatuan kebajikan di seluruh negara boleh buat kutipan amal menerusi majlis makan malam dengan mempamerkan konsert tersebut.  Sesuai sekali untuk konsert ala diraja.  Kalau ada majlis rasmi negara, memang sesuai diundang Sharifah Aini untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu asli.