DISKOGRAFI Page 4-7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS

Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya.

AKU DAN DIA - SHARIFAH AINI & UJI RASHID (2013)

Code CD: 9999284432

AKU DAN DIA Sharifah Aini & Uji Rashid

(EMI-Warner Music, 2013)

CD 1: Sharifah Aini

  Permintaan Terakhir

  Pujaan Hatiku

  Beban Asmara

  Pengertian

  Engkau Pendusta

  Rahsia Hati

  Mama

  Tinggallah

  Penyakit Cinta

  Percayalah

  Cinta Dan Rumahtangga

  Ku Pohon Keredhaanmu

  Pertemuan

  Burung Pungguk (versi 1978)

  Harum Dalam Kenangan

  Hatiku Di Curi Lagi

  Aku Dan Malam

  Cintaku Cintamu

CD 2: Uji Rashid

  Menanti Hari Esok

  Bintang Malam

  Di Pangkuan Kasih

  Penggodaan

  Mengapa Derita Yang Di Cari

  Kenangan Rindu

  Joget Mengatur Langkah

  Aku Tertipu

  Kasih Ibu (Mesra Ibu)

  Penawar Di Hati

  Dino

  Curahan Hati

  Impian Semalam

  Jikalau Abang Merindu

  Mengapa Berjauhan

  Kau Penggoda

  Di Tinggal Mama

  Kenangan Yang Tak Ku Lupakan

Sharifah Aini dan Uji Rashid dipertemukan semula dalam album kompilasi AKU DAN DIA yang menampilkan lagu-lagu popular dan terbaik di zaman kemuncak mereka.  Sebelum ini mereka digabungkan dalam CD kompilasi DEW SUKMA.  Walaupun tajuk album ini AKU DAN DIA dan kedua-duanya pernah merakam semula lagu klasik 50an 'Aku Dan Dia' tapi sayangnya lagu tersebut tidak disenaraikan.  Sharifah Aini merakam lagu ini dalam versi pop keroncong untuk EP ketiganya AKU DAN DIA (1971) manakala Uji Rashid mengalunkannya dalam rentak pop tradisional dan dimuatkan dalam LP KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU (1977).  Apa yang menarik tersenarainya dua buah lagu Sharifah Aini untuk filem PERMINTAAN TERAKHIR yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD.  Lagu tersebut ialah 'Permintaan Terakhir' & 'Cintaku Cintamu'.

HIT SENTIMENTAL - SHARIFAH AINI (2013)

Code CD: 99960023962

 

HIT SENTIMENTAL
(EMI-Warner Music, 2013)

CD 1:

  Mengharap Cintamu

  Malam

  Yang Mula Dan Akhir

  Hatiku Sudah Patah

  Kau Yang Bernama

  Cinta Dari Pandangan Mataku

  Airmata Seorang Insan

  Kenangan (1984)

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Seribu Mawar

  Jangan Putarkan Lagu

  Tak Mungkin Berpaling

  Dekatlah Padaku

  Kau Ku Sayang

  Kenangan Lalu

  Selamalamanya

  Kau Tahu Mana Kau Pergi

CD 2:

  Inilah Laguku

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu

  Sebuah Ilusi

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Menaruh Harapan

  Sampai Hati

  Ku Berjauh Hati

  Bangkitnya Seorang Kekasih

  Kau Runtuhkan Istana Cinta

  Janji Di Malam Pertama

  Apa Kesudahannya

  Kasih

  Kau Menguji Hatiku

  Laguku Malam Ini

  Getaran Jiwa

  Tiada Maaf Bagimu

  Rindu Menghiasi Kamar Cinta

Ada empat buah lagu yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD disenaraikan dalam album kompilasi ini iaitu 'Kenangan' & 'Kau Ku Sayang' (album asal CAHAYAKU), 'Sebuah Ilusi' (album KASIH) dan 'Kau Menguji Hatiku' (album MALAM).

LAGU LAGU PUJAAN - SHARIFAH AINI (2014)

Code CD: 3785622

LAGU LAGU PUJAAN
(EMI-Universal Music, 2014, terbitan asal EMI, 1980)

  Suara Hati

  Seri Dewi Malam

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Impian Tercapai

  Percayalah

  Teratai

  Dondang Sayang

  Kisah Yang lalu

  Kekasih Pujaan

  Yang Mula Dan Akhir

Pada September 2013, Universal Music telah mengambil alih syarikat EMI Music (Malaysia) dan projek terawal mereka menerbitkan siri '24-BIT REMASTERED' (sebuah teknologi mastering 24-bit dengan tahap kualiti audio yang terbaik).  Bagaimanapun album yang terpilih adalah produk yang pernah EMI keluarkan melalui siri KOLEKSI LAGU-LAGU TERBAIK MAT JIMAT & MURAH HATI, cuma kulit album sahaja yang ditukar.  Kulit album yang digunakan untuk siri '24-BIT REMASTERED' agak mengelirukan termasuklah album Sharifah Aini LAGU LAGU PUJAAN yang menggunakan kulit album EP SERI DEWI MALAM.

Sila lihat format asal, piringhitam LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN.

KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK - SHARIFAH AINI (2014)

Code CD: 3785630

KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK
(EMI-Universal Music, 2014, terbitan asal EMI, 1985)

  Rahsia Hati

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Sayangku (I Do)

  Pengorbanan

  Forever And Ever

  Tiada Maaf Bagimu

  Bayangan

  Seri Dewi Malam (versi 1980)

  Bila Muzik Bergema

  Woman In Love

  Hiburkanlah Hatiku

  Sri Kedah / Sri Siantan

  Malam

  Penyakit Cinta

  I'd Never Find Another You

  Keresahan

Sebuah lagi album Sharifah Aini yang terpilih untuk siri '24-BIT REMASTERED' ialah KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK.  Bagaimanapun CD ini pernah diterbitkan menerusi SIRI MURAH HATI.  Agak mengelirukan apabila kulit album RAHSIA HATI telah digunakan untuk album koleksi ini.

Sila lihat format asal, kaset KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK.

SEIRING SEJALAN BERSAMA DATUK SHARIFAH AINI (2014)

Code CD: 3797282

SEIRING SEJALAN BERSAMA DATUK SHARIFAH AINI
(EMI-Universal Music, 2014)

CD 1:

  Seiring Dan Sejalan (duet Broery Marantika)

  Kirimkan Kasihmu (duet Ignatius 'Sweet September')

  Gelora (duet Ali Ahmed Anwar)

  Perasaan Hati (duet Broery Marantika)

  Manis Manis (menampilkan A Kadir)

  Mak Inang Melayu (duet Sudirman)

  Serampang Laut (duet Heman Tino)

  Adat Lama Jangan Di Lupa (duet M Sani)

  Inang Palembang (duet Heman Tino)

  Dapat Sudah Tempat Bermanja (duet M Sani)

  Joget Si Pinang Muda (duet M Sani)

  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (duet M Sani)

  Jangan Adik Angan Angan (duet M Sani)

CD 2:

  Di Alam Fana Cintamu (duet Shamrin Fotograf)

  Sabarlah Sayang (menampilkan M Nasir)

  Cik Minah Sayang (duet Heman Tino)

  Kau Datang (duet Ignatius 'Sweet September')

  Rindu (iringan Orkestra DBKL)

  Bisikan Hati Di Pagi Raya (duet Hail Amir)

  Pasangan Bahagia (duet M Sani)

  Mengapa Riang Ria (duet M Sani)

  With You I'm Born Again (duet Joe Chandran)

  Reunited (tidak diketahui pasangan duet Sharifah Aini)

  Endless Love (duet Ali Ahmad Anwar)

  You (Too Phat menampilkan Sharifah Aini)

AL FATIHAH ... setelah sebulan pemergian Biduanita tersohor Sharifah Aini ke pangkuan Ilahi pada 5 Julai lalu, Universal Music telah mengeluarkan album SEIRING SEJALAN BERSAMA DATUK SHARIFAH AINI, sebuah album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu duet Sharifah Aini.  Bagaimanapun album ini sebenarnya telahpun diedarkan oleh Warner Music dengan tajuk MEMORI HIT SEIRING SEJALAN (2009).  Tetapi dibawah label Universal Music, album ini telah diberi pakej baru dan menggugurkan beberapa lagu duet Sharifah Aini bersama artis Warner Music iaitu Latiff Ibrahim (Duniaku Duniamu) dan SM Salim (Biar Ku Pergi).  Penampilan istimewa Sharifah Aini untuk lagu 'Yaladan' bersama Fadzil Ahmad, juga digugurkan.

Sila lihat format asal, CD MEMORI HIT SEIRING SEJALAN.

ABADI DALAM KENANGAN 1953-2014 - DATUK SHARIFAH AINI (2014)

Code CD: 4701392

ABADI DALAM KENANGAN 1953-2014

(EMI-Universal Music, 2014)

CD 1: Suka Duka Bersama

  Masa (1988)

  Mawar Putih Untuk Mama

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Cinta Dari Pandangan Mataku

  Jatuh Cinta

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Semuanya Kerana Hadirmu

  Tiga Malam

  Tiada Maaf Bagimu

  Yang Sangat Ku Sayang

  Mengharap Cintamu

  Seribu Mawar

  Seroja

  Semua Pergi

CD 2: Kenangan Terindah

  Nantilah Daku

  Seri Dewi Malam (versi 1981)

  Di Lambung Ombak Asmara

  Ingatan Manis Di Bulan September

  Kuda Ku Lari

  November

  Kau Racun Hidupku

  Di Pinggir Kayangan

  Biar Masa Menentukan

  Pertemuan

  Masih Ingat Masih Setia

  Terbang Helang

  Penyakit Cinta

  Airmata Kasih

  Jauh Di Mata

Oktober 2014, sebuah lagi album kompilasi terbaru Sharifah Aini berada di pasaran.  Tentulah keistimewaan 'ABADI DALAM KENANGAN: Suatu Penghormatan Kepada ... Biduanita Negara' adalah sebagai mengenang ke atas pemergiaan Biduanita Tersohor Sharifah Aini.  Walaupun seleksi lagu-lagunya adalah 'kitaran semula' tetapi ini merupakan album pertama Sharifah Aini di bawah label Universal Music yang menyenaraikan susunan trek lagu yang berbeza.

DATUK SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE (2014)

Code CD: 4703779

DATUK SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE
(EMI-Universal
Music, 2014, terbitan asal EMI-Warner Music, 2009)

CD 1:

  Forever And Ever

  Woman In Love

  One Way Ticket

  I Don't Want To Lose Your Love

  You Decorated My Life

  Rasa Sayang (menampilkan Patrick Teoh)

  I Know I'll Never Love This Way Again

  Endless Love (duet Ali Ahmed Anwar)

  All My Love

  I Have A Dream

  Could It Be Magic

  Midnight Blue

  I Don't Care What The People Say

  Goodbye My Love Goodbye

  Kisses In The Rain

  Hello

  Raining In My Heart

  Just When I Needed You Most

  Groovy Kind Of Love

  Dreams Of You

CD 2:

  Casablanca

  Chiquittita

  Single Girl

  Will You Still Love Me Tomorrow / A Little Bit More

  I Only Have Eyes For You

  Reunited (tidak diketahui pasangan duet Sharifah Aini)

  Sorry Doesn't Always Make It Right

  He Is Beautiful To Me

  Without You

  I'd Never Find Another You

  Fire

  I Know

  Love You Inside Out

  Why Me

  Traces

  Angel Of The Morning

  With You I'm Born Again (duet Joe Chandran)

  Lotta Love

  You Make Me Feel Like Woman

  Don't Play That Song

Baru saja sebulan album ABADI DALAM KENANGAN berada di pasaran, sebuah lagu album kompilasi Datuk Sharifah Aini, SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE diedarkan oleh Universal Music.  Album ini juga pernah diterbitkan oleh EMI dengan kerjasama Warner Music pada tahun 2009.  Cuma kulit albumnya ditukar tetapi susunan trek lagu-lagunya kekal seperti produksi asal.

Sila lihat format asal CD DATUK SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE.

EKSKLUSIF DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA RTM (2014)

Code CD: HSP 01477-2

EKSKLUSIF DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA RTM
(RTM-Life Records, 2014) 

  Seri Dewi Malam (Osman Ahmad)

    Versi asal nyanyian Normadiah

  Burung Pungguk (Sheikh Omar Bagushir)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Teratai (Lily Suhairy)

    Versi asal nyanyian Rubiah

  Empat Dara (Atan Penambang / Ahmad Jusoh)

    Versi asal nyanyian S Radziah

  Sayang Musalmah (Tradisional / Salim Sheikh Mohammad)

  Medley - Kau Tinggi Di Awan Biru & Tiada Maaf Bagimu (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Medley - Hapuslah Airmatamu & Setulus Cintamu

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini / Rahmat Zaki)

  Biarlah Bulan Bicara (Harry Tasman)

    Versi asal nyanyian Broery Marantika

  Forever And Ever (Stylianos Vlavianos / R Constandinos)

    Versi asal nyanyian Demis Roussos

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu (Copyright Control / Harun AbdulMajid)

    Versi asal nyanyian Kishore Kumar & Lata Mangeshkar 'Bhool Gaye Sab Kuch' dari filem JULIE, 1975)

  Di Malam Pernikahan (Rabhani Brothers / Yusnor Ef)

    Versi asal nyanyian Fairuz 'Nihna Wel Qamar Jiran'

  Medley - Surat Dari Seberang, Jangan Tinggalkan Daku & Ingatan Manis Di Bulan September (Copyright Control / A Riyanto / Don Black)

    Versi asal nyanyian Aizaki Shinya 'Kimi No Hato Ni Hi O Tsukete' & Muchsin 'Jangan Tinggalkan' & 'September'

  Bunga Tanjung (Ahmad Jaffar)

    Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma

  Irama Cintaku (Bob Morgan-Henry May / Sharifah Aini)

    Versi Inggeris nyanyian asal Bobby Vinton 'My Melody Of Love'

Eksklusif Datuk Sharifah Aini Bersama Orkestra RTM merupakan album yang cukup bermakna kerana ianya adalah persembahan terakhir Sharifah Aini bersama Orkestra RTM sebelum jatuh sakit.  Konsert ini dirakam pada April 2012 yang berlangsung di Angkasapuri. Ia diterbitkan khas oleh RTM bagi mengenang perjuangan empat dekad Allahyarham dalam dunia nyanyian.  Penghasilan album itu turut mendapat kerjasama syarikat rakaman Life Record Sdn Bhd.  Sebagai bonus, DVD Konsert 'Live' tersebut juga disertakan dengan CD eksklusif ini.

SIRI BINTANG PUJAAN - DATUK SHARIFAH AINI (2014)

Code CD: 3799325

SIRI BINTANG PUJAAN
(EMI-Universal Music, 2014)

CD 1:

  Seri Dewi Malam (versi 1970)

  Beban Asmara

  Kekasih Pujaan

  Bayangan

  Tangisan Di Malam Hari

  Percayalah

  Jangan Putarkan Lagu

  Hiburkanlah Hatiku

  Patah Hati

  Menaruh Harapan

  Penyakit Cinta

  Hadiahku Di Hari Bahgiamu

  Woman In Love

  Mengharap Cintamu

  Seksa

  Cik Minah Sayang (duet Herman Tino)

CD 2:

  Kau Racun Hidupku

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu

  Inikah Balasannya

  Forever And Ever

  Kau Pergi Tanpa Pesan

  Dekatlah Padaku

  One Way Ticket

  Kasihnya Ibu

  Rindu Menghiasi Kamar Cinta

  Angel Of The Morning

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Kenang Daku Dalam Doamu

  Terbang Helang

  Tinggallah

  Tarikan Nafas Ku Yang Terakhir

  With You I'm Born Again (duet Joe Chandran)

KASIH - SHARIFAH AINI (2015)

Code CD: 4766897

KASIH

(EMI-Universal Music, 2015, terbitan asal EMI, 1987)

  Sabarlah Sayang

  Mengharap Cintamu

  Di Rundung Sepi

  Jangan Tinggalkan Daku

  Hanya Dongeng Sandiwara

  November

  Sebuah Ilusi

  Impian

  Tiga Malam

  Kasih

KASIH terbitan M Nasir diedarkan ketika industri muzik tanahair dilanda fenomena muzik rock.  KASIH menyenarai banyak lagu menarik dan agak 'lari' dari lagu-lagu Sharifah Aini di era 80an ataupun era 70an.  Ia merupakan kolaborasi terawal M Nasir dan Sharifah Aini.  Tidak dinafikan album ini merupakan salah satu produksi terbaik dan terbukti aura Sharifah Aini yang bergantung kekuatan vokalnya mampu berkerjasama dengan ramai penerbit termasuk M Nasir yang ketika itu menjadi rebutan syarikat rakaman untuk penerbitan album bergenre rock.  Sebelum ini Sharifah Aini pernah bekerjasama dengan Kassim Masdor, Ahmad Nawab, Reggie Verghese, S Atan dan Fauzi Marzuki.  Setelah lama menunggu, akhirnya KASIH diterbtikan dalam format CD.

Sila lihat format asal, piringhitam KASIH.

NADA PESONA - DATUK SHARIFAH AINI (2016)

Code CD: 4783203

NADA PESONA
(EMI-Universal Music, 2016)

CD 1:

  Kau Tahu Mana Kau Pergi

  Hatiku Di Curi Lagi

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu

  Pertemuan

  Hatiku Hatimu

  Pandangan Ku Tentang Hidup

  Lukisan Perasaan

  Nantilah Daku

  Rahsia Hati

  Mawar Putih Untuk Mama

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Tiada Maaf Bagimu

  Penyakit Cinta

  Cinta Dan Rumahtangga

  Hiburkanlah Hatiku

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) (versi 1980)

CD 2:

  Impian

  Hatiku Sudah Patah

  Masa (1988)

  Bangkitnya Seorang Kekasih

  Kenangan Indah (Yang Menyayat)

  Jatuh Cinta (tetapi dicatat sebagai lagu 'Mengapa')

  Seribu Mawar

  Serba Salah

  Kasih

  Sebuah Ilusi

  Sebelum Rindu Tercalar

  Ku Berteduh Di Sebalik Cintamu

  Rindu Menghiasi Kamar Cinta

  Resah Bersalam

  Di Pinggir Kayangan

  Yayadan

Nota: Seramai 10 artis telah dipilih untuk penerbitan CD NADA PESONA.  Selain Sharifah Aini, artis-artis lain yang terpilih ialah Sheila Majid, Sudirman, P Ramlee, Alleycats, Kembara, Ella, Search, Anita Sarawak dan Rafeah Buang.

KAU YANG BERNAMA - SHARIFAH AINI (2016)

Code CD: 4786563

kau yang bernama

(EMI-Universal Music, 2016, terbitan asal EMI, 1986)

  Kau Racun Hidupku

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Ku Berteduh Di Sebalik Cintamu

  Tidak Seperti Dulu

  Debu Debu Cinta

  Biarkan Begini

  Yang Sangat Ku Sayang

  Permata Cinta

  Airmata Kasih

  Kau Yang Bernama

KAU YANG BERNAMA diterbitkan oleh komposer Ruslan Imam.  Manakala A Riyanto seorang tokoh muzik terkemuka Indonesia didatangkan khas ke EMI Malaysia sebagai komposer undangan untuk menerbitkan 3 buah lagu iaitu dua lagu baru ciptaan A Riyanto, 'Kau Racun Hidupku' dan 'Hatiku Melekat Di Hatimu' dan sebuah lagu rakaman semula 'Yang Sangat Ku Sayang'  Terkini, KAU YANG BERNAMA juga telah diterbitkan dalam format CD.

Sila lihat format asal, piringhitam KAU YANG BERNAMA.

ALBUM HARI RAYA - Various Artist (2016)

Code CD: 5700259

ALBUM HARI RAYA Various Artist

(EMI-Universal Music, 2016, terbitan asal EMI, 1981)

  Ucap Selamat Hari Raya (Gaya Zakry)

  Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)

  Nikmat Hari Mulia (Aziz Ahmad & Zaleha Hamid)

  Senandung Hari Raya (Rosemaria, DJ Dave & Gaya Zakry)

  Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)

  Di Pagi Aidilfitri (Rosemaria)

  Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)

  Mekar Kasih Dikuntum Melati (DJ Dave)

  Pulang Di Hari Raya (Noor Kumalasari)

  Kepulangan Yang Di Nanti (Aman Shah)

Kerana sesuatu sebab, Sharifah Aini hanya tampil dengan lagu raya lamanya 'Hari Yang Mulia' walaupun kulit album raya ini telah sempurna siap dengan menampilkan beliau bersama artis EMI Malaysia lainnya.  ALBUM HARI RAYA juga pernah diterbitkan dalam format CD pada tahun 1998 tetapi trek lagunya telah ditambah dengan dua lagu raya lain, 'Manusia Miskin Kaya' (Eddy NorAli) dan 'Suara Takbir' (DJ Dave).

Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM HARI RAYA.

DELI AIDILFITRI - Various Artist (2016)

Code CD: 5700274

DELI AIDILFITRI Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino

(EMI-Universal Music, 2016, terbitan asal EMI, 1984)

  Dialog (Nona Asiah & anak anak)

  Inang Aidilfitri (Zaleha Hamid & Sudirman)

  Embun Menitik (Sharifah Aini)

  Siti Payung (Zaleha Hamid)

  Inang Palembang (Sharifah Aini & Herman Tino)

  Seri Tambak (Nyiur Gading) (Sudirman)

  Seri Kedah (Zaleha Hamid)

  Dodoi Si Dodoi (Herman Tino)

  Tudung Saji (Sharifah Aini & Sudirman)

  Senandung Cina (Herman Tino)

  Burung Putih (Sharifah Aini)

  Mak Inang Pulau Kampai (Sudirman)

  Joget Hari Raya (Zaleha Hamid & Herman Tino)

Trilogi siri ALBUM MELAYU DELI terbitan EMI diakhiri dengan album raya DELI AIDILFITRI.  Uniknya album ini apabila kesemua lagu raya sama ada ciptaan baru dan tradisional diberi sentuhan irama Deli.  Malah lirik lagu tradisional juga telah diubahsuai dan disuntik dengan elemen raya kecuali lagu 'Burung Putih' nyanyian Sharifah Aini & Seri Tambak (Nyiur Gading) nyanyian Sudirman.  Album ini masih mengekalkan S Atan sebagai penerbit.  Kini, setelah 32 tahun barulah kita dapat menikmati album raya bergenre Asli & Deli dalam format CD.

Sila lihat format asal, piringhitam DELI AIDILFITRI.

PILIHAN SENTIMENTAL EMAS - SHARIFAH AINI (2017)

Code CD: 5764080

PILIHAN SENTIMENTAL EMAS
(EMI-Universal Music, 2017 / terbitan asal EMI, 1988)

  Mengharap Cintamu

  Tiada Maaf Bagimu 

  Malam

  Hati Seorang Kawan Baru

  Bayangan

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Hadiahku Di Hari Bahgiamu

  Debu Debu Cinta

  Putus Kasih

  Yang Sangat Ku Sayang

  Kau Yang Bernama

Sila lihat format asal, kaset PILIHAN SENTIMENTAL EMAS.

BERGEMBIRA DI HARI RAYA - Various Artist (2017)

Code CD: 5765742

 

bergembira di hari raya Various Artist

(EMI-Universal Music, 2017, terbitan asal 1977)

  Bisikan Hati Di Pagi Raya (Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini & Ali Abdul Rahman)

  Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)

  Dialog (Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Doa Di Hari Mulia (Uji Rashid)

  Dialog (Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)

  Dialog (Sharifah Aini, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Selamat Hari Raya (Saloma)

  Dialog (Sharifah Aini & Ali Abdul Rahman)

  Suasana Hari Raya (Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Menjelang Hari Raya (DJ Dave)

  Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave & Ali Abdul Rahman)

  Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Selamat Hari Raya (Sharifah Aini, Uji Rashid & Hail Amir & DJ Dave)

Album raya paling berjaya dalam sejarah muzik tempatan.  Ia bukannya album raya yang mengandungi seratus peratus lagu baru tetapi amat menarik apabila diselang-selikan dengan dialog DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Ali Abdul Rahman bertandang ke rumah Sharifah Aini.  Penerbit dan susunan muzik album ini ditangani oleh komposer Ahmad Nawab.  Untuk format CD, album ini sering dirilis semula dengan pelbagai edisi.  Terbaru, untuk edisi 2017 album raya ini muncul dengan pakej yang lebih menarik kerana kulit album yang serupa dengan album asal kecuali ditambah dengan nama artis utama yang menjayakan album ini.

Sila lihat format asal, piringhitam BERGEMBIRA DI HARI RAYA.