Tiket Konsert Laku Macam Goreng Pisang Panas

'Sejenak Bersama Huzz' dikendalikan Huzz  (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 11 Jun 2000)

 

 

PANAS panas macam pisang goreng panas!  Itulah pengakuan Pegawai Perhubungan di EMI Malaysia Normaheran bila bertandang ke pejabat URTV minggu lalu.  Masa berbual dengan Huzz, Normaheran mengaku tiket Konsert Di Pinggir Kayangan Sharifah Aini yang ditunda ke 10 dan 11 Jun (dari tarikh sebenarnya 19 dan 20 Mei) semakin laku.  Malah mengejutkan syarikat terkenal YTL telah membeli sebanyak 150 tiket untuk mendapatkan tempat duduk bagi tiket RM200 dn RM100.

Ramai juga orang bising dan tanya (terutama yang dah membeli tiket lebih awal sebelum konsert ditunda) kenapa sampai bertukar tarikh tu?  Peminat ada menanyakan Huzz apakah Kak Pah sakit?  Lepas tu ada pulak tanya betul ke pihak orkestra DBKL tak habis latihan malah mengejutkan ada mengaku kononnya waktu dia pergi nak tengok latihan cuma Kak Pah macam tiang kayu kena tunggu orkestra datang latihan.  Lepas tu ada yang datang lambat dan buat Kak Pah naik darah!

"Saya Alhamdulillah dimurahkan rezeki dan kesihatan, tentang orkestra tu saya no komen," begitulah kata Sharifah Aini bila ditanya.  "Yang penting latihan dan berjalan sekarang dan saya tak sabar menantikan tarikh bermakna untuk konsert saya.  Jangankan peminat saya sendiri sebenarnya sedih bila terpaksa menunggu tarikh ditundakan itu."

Kawan-kawan wartawan yang sempat mengintai latihan Kak Pah mengatakan memang best konsert Kak Pah kali ini.  Lagu-lagunya sedap, semua irama lagu Melayu ada asli, zapin, inang dan joget tak ketinggalan klasik Arab dan Hindi walaupun liriknya dah dimelayukan.  Antaranya ialah Halimun Malam, Kenang Daku Dalam Doamu, Zapin, Hiburkan Hatiku, Fatwa Pujangga, Ku Curah Kasih Dalam Lagu, Inikah Balasannya, Inikah Manusia, Keroncong Hanya Engkau, Bunga Tanjung, Bunga Labu, Teratai, Seroja, Burung Pungguk, Di Malam Persandingan, Jauh Di Mata di mana kesemuanya lebih 25 buah lagu.  Yang best tu Huzz dapat tahu bukan orang Melayu saja nak datang menonton, yang berbangsa Cina oun suka nak nonton dan jangan tak tahu inillah konsert pertama untuk pementasan lagu-lagu irama klasik Melayu kita.

Maklumlah baru-baru ini Kak Pah menjayaklan satu konsert di mana bangsa lain semua dah tengok dan menyukainya.  Sementara itu kepada peminat yang nak mendapatkan tiket untuk dua malam konsert itu boleh teruslah menghubungi Cik Junita Kardiana Sonia (amboi nama) di talian 037547016 / 037551787.  Jangan lupa kita jumpa pukul 8 malam pada 10 dan 11 Jun nanti untuk sama-sama menonton konsert itu di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Pada yang dah beli sebelum tarikh ditunda boleh gunakan tiket itu lagi.