CERIA LEBARAN BERSAMA SHARIFAH AINI oleh Hafeez Harun (Manja, Disember 2002) |
Biarpun 'bersolo' Sharifah Aini tidak kesunyian. Kehadiran lapan orang serta anak kandungnya Aliff Omar, bakal menyerikan lebaran ini. Ikuti Sembang HAFEEZ HARUN dalam kunjungannya ke banglo kak Pah di Petaling Jaya baru-baru ini. Kalau tak betul-betul, memang susah cari rumah kak Pah ni. Zurin, fotografer 'Sentiasa Manja' yang dah lama menetap di KL pun boleh tersesat. Apalagi saya. Kedatangan kami disambut oleh pembantu kak Pah, Umi yang sudah 11 tahun bekerja dengannya. Tak hairanlah bila Aliff, anak lelaki kak Pah hendak ke Medina, Umi yang tersedu-sedu menangis! Kami dibawa langsung ke 'pejabat' kak Pah. Dalam hati bertanya-tanya, "Ini bilik hilangkan stress ke pejabat?" Memang indah dan luas sekali pejabat di mana kak Pah mengendalikan urusan showbiznya. Di sinilah kami duduk berborak. Riuh rendah bilek ini. Sebenarnya selain penulis dan fotografer ada lagi teman-teman rapat kak Pah yang turut hadir.
Bila kita dibawa ke taman untuk bersantap, tahulah kita bahawa Sharifah Aini bukan hanya jaguh di pentas, tapi hebat di dapur. Hai rendang ayamnya beberapa kali ditambah (memang sengaja penulis tak makan tengahari untuk menjamu selera di 'kenduri' ini). Ewah-ewah ada nasi himpit, ketupat, serunding, siap dengan kuah lodeh dan sambal kacang! Macam suasana raya. Selesai makan ada pula biskut dan kek. Berebut-rebut kita makan buah mangga yang dihiris (sampai bertambah 3 kali). Nasib baik stok masih ada! Perbualan dengan Kak Pah berkisar tentang album-albumnya dari yang pertama pada tahun 1970 '(Seri Dewi Malam)' hinggalah ke album 2002 '(Seri Dewi Malam: A Love Story – Kompilasi)'. Album terbaru dan yang ke-75 akan dipasarkan selepas Raya nanti. Kah Pah juga bercerita tentang anak-anak angkatnya, Datuk S (mantan suami keduanya), pasangan hidupnya, rancangannya untuk bersara dan sekali-sekali Kak Pah bernostalgia tentang masa kecilnya. Bila bercakap tentang Hari Raya, Kak Pahlah insan yang cukup bahagia sekali. MANJA: Seronok raya tahun ni ... Sharifah Aini: Anak-anak angkat kak Pah yang seramai lapan orang dan anak kandung Aliff Omar akan bersama-sama beraya. Aliff akan pulang bercuti selama 20 hari di Kuala Lumpur. MANJA: Raya tanpa suami ... Sharifah Aini: Kak Pah dan 5 tahun beraya tanpa suami. Dah biasa. Tapi Kak Pah ada anak-anak disisi. MANJA: Juadah raya Sharifah Aini: Kak Pah yang siapkan sendiri. Tahun ini Kak Pah nak masak laksa Johor, briyani dam, nasi bukhari dan Kak Pah akan letakkan seekor daging kambing yang dimasak istimewa sebagai kepala meja. Ada juga rendang ayam, kuah kacang, serunding, ketupat dan nasi himpit. MANJA: Yang menarik raya tahun ni ... Sharifah Aini: Datuk S akan menjadi tetamu istimewa Kak Pah. Memang walaupun kami dah berpisah, hubungan kami tetap baik kami tetap berkawan. MANJA: Tapi mengapa bercerai? ... Sharifah Aini: Jarak usia kami lebih kurang 20 tahun. (sambil ketawa) "I realise he's getting old and don't have energy. Jangan salah faham ya!". Ialah maksudnya Kak Pah sering ada show. Berkejar ke sana ke mari tapi beliau tidak dapat bersama. Jadi masa kami berdua terbatas. Tapi Kak Pah puji beliau. Beliau ni ialah seorang gentlemen, seorang sahabat 'and he is a great lover' (ketawa besar). MANJA: Orang-orang yang Kak Pah kenang bila raya ... Sharifah Aini: "My grandparents of course. Kak Pah dijaga sejak kecil oleh datuk dan nenek. Hubungan kami memang rapat. Kak Pah amat sayang sekali pada mereka. Kak Pah dah mengalami bermacam-macam dugaan di dunia ini. Kepayahan, kekecewaan dan kepahitan hidup. Mereka tahu apa yang Kak Pah lalui. Peristiwa-peristiwa inilah yang menjadikan Kak Pah seorang insan yang tabah dan tak lupa memberi kebaikan pada orang lain. Sebab itulah Kak Pah banyak mengambil anak-anak angkat. Baru-baru ini, Kak Pah ada mengambil 2 orang lagi anak angkat dari Cambodia. MANJA: Ramai sangat anak angkat ... Sharifah Aini: Kak Pah ingin sekali memberi kasih sayang pada anak-anak angkat yang Kak Pah jaga. Kak Pah rasa ini adalah amanah yang Tuhan berikan pada Kak Pah. MANJA: Kak Pah berusia 47 tahun tapi tetap kelihatan jelita, rahsianya Sharifah Aini: Kak Pah berpandangan positif tentang kehidupan. Kak Pah tak takut dengan proses penuaan. Kak Pah fikir Kak Pah akan masih kelihatan baik 15 tahun dari sekarang. Dulu, zaman nenak-nenek kita, 'growing old' adalah sesuatu yang menakutkan. Tapi orang-orang sekarang melihat ini sebagai satu yang indah. Ialah dulu nenek-nenek kita dengan sirih, tembakau dan rambut disiput. Kak Pah suka sekali berkongsi petua kecantikan dengan para pembaca 'Manja'. Salah satunya ialah membasuh muka dengan air mineral. Pagi, petang dan malam. Macam mana penat sekalipun selepas show, Kak Pah mesti nak bersihkan muka selama sejam atau sejam setengah. Maklumlah selepas show, stage make up tebal. Mana nak buka bulu mata lagi. Kak Pah teringat satu tukilan yang mengatakan – "From the time you were born until the age of 20, you have the face that you were born with. But after that until you are old, you have the face you deserved." Maknanya kalau kita jaga muka kita, kesannya berpanjangan! (sambil ketawa) Maklumlah Kak Pah kan single, jadi banyak masa untuk diri sendiri. MANJA: Dengar-dengar anda akan bersara dalam masa 3 tahun lagi? Mengapa 3 tahun? Sharifah Aini: Memang benar. Tapi sebelum mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni, Kak Pah akan adakan satu konsert yang gah. Kak Pah kena merancang. MANJA: Masih banyak permintaan. Mengapa nak bersara? Sharifah Aini: Kak Pah begitu 'excited' sekali dengan bisnes baru, seni gubah hadiah dan pemberian bunga "Pods and Petals". 'This is my precious baby now.' Kak Pah ingin ke merata dunia nak cari bahan-bahan yang sesuai untuk bisnis baru ini. Selain itu, anak Kak Pah Aliff, belajar di Madinah untuk menjadi Hafiz al-Quran. Lagipun dapatkah masyarakat Melayu kita menerima artis yang dah berumur masih lagi menyanyi? 'I have to be realistic'. Kak Pah dah buat keputusan. Kak Pah juga ingin hidup macam orang-orang biasa. Kak Pah nak bebas ke mana sahaja. Even to Chow Kit. I want to enjoy life and even get married! MANJA: Album kenangan sebelum berundur ... Sharifah Aini: Memang ada. Kak Pah akan habiskan sebanyak 2000 jam di studio. Ini merupakan 'big production'. Ada yang nak menajanya. Kosnya sekitar 1.5 hingga 2 juta. Tigapuluh buah lagu dirakamkan dengan iringan orkestra. Ada asli, deli, ghazal, zapin, gurindam, syair dan banyak lagi. Kak Pah akan rakamkan semula lagu seperti 'Bunga Tanjung' dan 'Burung Pungguk'. Yang menarik ada 'live instrument' seperti rebana, gendang, akrodian dan banyak lagilah. Kalau semuanya berjalan lancar, album ini akan diedarkan sekitar Julai tahun hadapan. Diharapkan album ini dapat membakar semangat generasi muda kita untuk mencintai lagu-lagu dan budaya Melayu. Sekarang ini ramai yang tidak suka dengar lagu-lagu asli sebab apa yang ada boleh dikatakan 'cheap production'! 'It's just a programming.' Kita tak boleh menikmati susunan muzik yang indah. Sebab itulah Kak Pah nak buat betul. Kak Pah rasa setelah 35 tahun dalam bidang seni ini, sia-sia kalau Kak Pah tak merealisasikan projek ini. |