'Show Sharifah Aini Best' – Arab

'Sejenak Bersama Huzz' dikendalikan Huzz  (Mingguan Malaysia: Pancaindera,  21 Januari 2001)

 

 

Dalam sibuk orang beraya dengan musim rumah terbuka yang tak habis-habis, Sharifah Aini yang menyepi sejak balik umrah akhir tahun lalu khabarnya aktif menyanyi semula.  "You, tahu Huzz malam Sabtu lalu saya jayakan show bersama Kak Pah di Lake Club, Kuala Lumpur.  Masa tu majlis Hari Raya yang diadakan oleh ahli-ahli kelab tersebut.  Dua jam Kak Pah menyanyi non-stop.  Masih power!  Pada saya tak ada penyanyi yang boleh menyanyi selama itu non-stop, lagu Melayulah, Inggerislah dalam pelbagai irama," kata komposer dan penyanyi bernama Arab waktu Huzz jumpa dia dan isterinya pada majlis rumah terbuka 'tailor' baju Salikin, Isnin lalu.

Masa Huzz berbual dengan Kak Pah di rumahnya, dia mengatakan: "Masa balik umrah hari tu Kak Aini rehat sekejap, lepas raya dah kembali busy sebab tawaran menyanyi datang bertimba-timba balik."  Sharifah Aini juga menafikan dia ada membuat majlis berbuka puasa seperti mengundang kawan, wartawan atau juruhebah kerana tahun lalu dan raya ini dia berehat lepas balik umrah.

Hmm ... dengar cerita ada program TV nak bawa Kak Pah pusing dunia?  Rakamannya nak dibuat tahun ni untuk stesen di Singapura.  Jadi hos sambil menyanyi lagi.