Pegawai Bank Jatuh Cinta, Sharifah Aini Masuk Hospital

'Sejenak Bersama Huzz' dikendalikan Huzz  (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 13 August 2000)

 

 

Oppp ... sudah bocor rahsia.  Kata seorang peminat setia Sharifah Aini dari utara, sekarang ni ada seorang pegawai eksekutif sebuah bank di Pulau Pinang tengah mabuk cinta dan rela nak kahwin Sharifah Aini.  Pegawai ini handsome orangnya, bergaya dan masih bujang.  Usia pulak baru 30 tahun.  Orang kampung Siti Nurhaliza lagi you!  "Dia sudah menemui biduanita ini dan sudah membuat pengakuan tentang cintanya.  Malah dia bersedia menerima Sharifah Aini.  Kalau Huzz nak tahu Kak Pah dah jumpa pun dengannya!" kata yang mengadu.

"Betul, dia (M) minat habis dengan saya.  Saya terkejut ketika saya menyanyi di Konsert Pinggir Kayangan sebelum ini dia yang duduk di depan mengucapkan ucapan 'I love you' berkali-kali, kata Kak Pah bila Huzz bertanyakan hal ini dengannya.  Malah Kak Pah semacam tak menduga ada lelaki lebih muda dan bujang sudi menyebutkan perkataan cinta padanya yang sudah dua kali gagal perkahwinan dengan dua lelaki dalam hidupnya.  Setakat ini kami cuma berkawan, saya sudi melayannya sebagai kawan dan peminat," akui Kak Pah.

Sharifah Aini kini ligat promosi album Seribu Mawar di sana sini.  Sampaikan dia masuk hospital gara-gara penat sehari menyiapkan klip video judul lagu Seribu Mawar.  Habis saja shooting dia terpaksa dikejarkan ke hospital bila mengalami sesak nafas waktu pulang ke rumah.  "Saya dimasukkan ke hosital Pantai Medical Centre," akui Kak Pah.

Hinggakan Huzz dapat tahu semasa konsertnya di Dewan MPSA Shah Alam tiga hari lalu, dia terpaksa menggunakan khidmat seorang doktor dari Hospital Pantai Medical untuk stand by di konsert terbitan RTM itu.  Sakit deman pun Kak Pah ni tetap gagahkan diri.  Nama pun anak seni, demi peminat Kak Pah gagah berdiri menyanyi dan menyanyi tanpa mengenal jemu menghiburkan peminat hingga M yang membesar dengan lagu Kak Pah kini demam asmara.  Mungkinkah banker ini dihatinya atau ada insan baru lain?   Ehem ehem nantilah tunggu siapa sebenarnya di hati Kak Pah kita sekarang!  Mungkin banker tu cuma peminat setia!