
| 
 
 SAYA TAK ADA GIMIK oleh Abie Abdullah (Harian Metro: Khamis, 1 March 2001)  | 
					
| 
 
 
Konsert itu akan diadakan di dua tempat di Johor Bahru 
iaitu Hotel Puteri Pan Pacific pada 13 April dengan jualan meja berharga RM2,000 
hingga RM50,000 sebuah dan terhad kepada 50 meja sahaja.  Pada 14 April pula, 
persembahan ini 'beralih' pula ke Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru 
dengan tiket RM15, RM25, RM50 dan RM100. Sharifah atau 
    Kak Pah yang kelihatan anggun dengan kurung hitam bercetak bunga lavender 
    dalam majlis itu berkata, dia berasa seronok dan gembira dipanggil untuk 
    sama-sama membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik  "Saya hanya mampu menyumbangkan bakti saya menerusi bakat yang dianugerahkan 
    Allah.  Walaupun sebelum ini saya banyak buat persembahan amal tetapi ia 
    dibuat secara tertutup.  Jadi untuk persembahan kali 
    ini, saya akan cuba memberi yang terbaik bagi peminat-peminat saya.  Mengenai 
    pengisian konsert itu, kedua-dua persembahan itu akan berlangsung 1 jam 45 
    minit dan mungkin lebih.  Terpulang kepada keadaan.  Saya 
    seorang penghibur yang fleksibel dan tak mengira jumlah lagu yang akan 
    dinyanyikan nanti asalkan peminat terhibur.  Begitu juga pada malam kedua di 
    stadium tertutup, saya berasa dah begitu lama saya tak berjumpa dengan 
    peminat dan inilah peluangnya," katanya. 
Menurut 
    Kak Pah, harga tiket yang dikenakan adalah amat berpatutan kerana selain 
    berhibur, mereka juga menderma kepada golongan yang bernasib baik.  Kata Kak 
    Pah, dia bakal menghiburkan penonton dengan lagu-lagu dari rangkaian zaman 
    1980-an hingga kini.  "Saya sedang menyiapkan senarai 
    lagu untuk kedua-dua persembahan itu dan berkemungkinan akan menyanyikan 
    lebih 30 lagu.  15 daripadanya adalah lagu Inggeris popular nyanyian Madonna, 
    Marc Anthony, Bee Gees, Celine Dion, Abba dan ramai lagi.  Saya akan memulakan raptai penuh seminggu sebelum tarikh persembahan itu.  Mungkin juga saya cuba menjemput kumpulan ghazal kanak-kanak dari Johor," 
    katanya yang juga bersedia dengan dua pasang pakaian untuk setiap konsert.  Sebelum memulakan konsert di stadium itu, tiga artis dijemput untuk membuat 
    persembahan pembukaan iaitu Haiza, Syura dan kumpulan Mega.  Secara kebetulan, 
    kesemua artis untuk konsert ini adalah berasal dari negeri Johor.  Bagaikan 
    sireh pulang ke gagang! Dalam satu perkembangan lain, 
    Kak Pah menceritakan yang dia berkemungkinan akan berangkat ke Bahrain dan 
    Dubai untuk menjayakan undangan persembahan eksklusifnya di sana.  Suara 
    lunaknya itu juga bakal berkumandangan dalam persembahan di Indonesia. 
    "Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, saya akan ke sana Julai dan Ogos 
    nanti.  Mereka menghubungi ke pejabat saya baru-baru ini untuk tujuan itu.  Saya gembira kerana mereka juga memiliki album saya   Saya juga pernah jumpa salah seorang peminat dari negara Arab yang tidak 
    menyangka penyanyi luar daripada negaranya boleh menyanyi lenggok Arab 
    dengan baik.  Lebih-lebih lagi dari Malaysia," katanya. 
    Selain itu, menurut penyanyi yang berusia dalam pertengahan 40-an ini, 
    seorang profesor juga membeli albumnya di Malaysia dan membawa balik ke 
    negaranya di Tanah Arab.  Namun, sebelum itu, pada Mei 
    ini juga saya akan buat konsert besar-besaran dengan orkestra yang 
    membabitkan 60 pemuzik.  "Konsert itu akan ditaja 
    sepenuhnya oleh sebuah syarikat yang saya perlu rahsiakan terlebih dahulu.  Konsert itu adalah salah satu dari empat konsert besar saya sepanjang tahun 
    2001 ini," katanya.  |