KAK PAH BUAT UMRAH BERSAMA PEMINAT oleh Ramlah Zainal (Harian Metro: Jumaat, 29 Julai 2005) |
Sharifah Aini berkata, hajat besarnya ialah ingin mengaji untuk jemaah Malaysia di Makkah. "Saya ingin duduk bersama jemaah dan mengaji untuk mereka sebagai hadiah kerana sokongan kepada saya selama ini. Peminat selalu mendengar saya menyanyi dan kali ini saya ingin mengaji pula untuk mereka. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan menjayakan pakej ini walaupun pelbagai dugaan berlaku pada saya tapi mereka masih ada kepercayaan dan tidak menghukum saya. Pakej umrah ini juga permintaan peminat sendiri yang ingin melakukan umrah bersama saya. Kata Siti Hajar, pada mulanya, difahamkan syarikat ingin buat pakej ke Eropah bersama saya tetapi peminat sendiri minta buat pakej umrah ini. Sambil buat umrah peminat boleh mendoakan saya, itulah yang menyentuh hati saya untuk menjayakan program ini. Saya ingin menghabiskan masa yang berharga bersama peminat di sana. Beliau berharap, tidak ada pihak mensesasikan hajatnya menunaikan ibadah dan umrah bersama peminat kali ini. "Semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah ini dan tidak timbul sebarang masalah nanti," katanya. Kata Sharifah Aini lagi, sesiapa yang berminat sila buat tempahan segera kerana tempatnya hanya dikhaskan kira-kira 120 orang saja. Setakat ini, 20 peminat sudah setuju untuk menjayakan program ini. Ia terbuka kepada semua orang termasuk rakan artis yang berminat. Saya ingin program ini lebih personal kerana saya ingin mengeratkan lagi silaturrahim dengan peminat," katanya. Sementara itu, Zulkifli berkara, antara pengisian program, pakej umrah sembilan hari tujuh malan yang bermula dari RM6,300 itu ialah menziarahi makam Rasulullah, Madinah, Masjid Qubal, Jabal Uhud, Makam para shuhada dan Pasar Tamar. Rombongan akan berlepas dengan pesawat Penerbangan Malaysia ke Jeddah pada 2 Oktober. Dari Jeddah mereka akan ke Madinah pula selama tiga malam. Pada 5 Oktober, peminat akan menyambut Ramadan di Makkah dan berpuasa serta melakukan solat tarawih," katanya. Artikel lain yang berkaitan:
|