Sharifah Aini Kembali Ligat

'Dengarnya ...' oleh 'Normah Becok'  (Berita Harian: Rabu, 5 Mei 2010)

 

 

Belum habis lagi cerita mengenai persembahan Datuk Sharifah Aini di Hotel Palace Of The Golden Horses, Cik Normah diberitahu teman sepejabat, penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Pah itu akan membuat persembahan di Dewan Perdana Felda pula pada 15 Oktober nanti.

Persembahan amal itu dilakukan bersempena sambutan Aidilfitri.  Nampaknya tahun ini, Kak Pah sibuk lagi.  Malah Cik Normah dapat tahu niatnya untuk bercuti pun belum sempat untuk direalisasikan.  Cik Normah pun belum sempat bercuti gara-gara sibuk dengan tugasan kerja.

Kalau pada 28 Mei ini, Kak Pah akan ditemani Mawi dalam persembahan Hari Ibu, Cik Normah dengar-dengar untuk 15 Oktober nanti, mungkin Kak Pah akan bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais dan Jamal Abdillah (sekadar menyebut beberapa nama cadangan).

Alang-alang menyebut kisah persembahannya pada 28 Mei ini yang diberi judul To Mom With Love, khabarnya ia mendapat sambutan menggalakkan.  Tapi biasalah, dalam dok hangat itu, mentaliti masyarakat kita yang gemar membeli tiket pada saat akhir menjadi satu kebiasaan.  Cik Normah doakan persembahan itu nanti akan sukses.

Buat peminat Kak Pah yang mungkin tak berkesempatan untuk menonton persembahan Hari Ibu, boleh mengumpul duit dari sekarang jika mahu menonton persembahan di Dewan Perdana Felda.  Masa itu, Cik Normah yakin mesti berkepuk-kepuk duit raya yang dapat.  Iyalah musim raya la 'pulak'.

Tiket menyaksikan persembahan To Mum With Love sudah mula dijual pada harga RM250, RM450 dan RM550.   Mereka yang ingin menyaksikan persembahan ini boleh menghubungi 03-89443794 atau 03-89464888.  Cepat beli sebelum kehabisan.