IRAMA DARI MATAHARI TERBIT 4: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Jepun (versi original) vs Versi Melayu]

(Pertama kali diperdengarkan 1 Februari 2025)

IRAMA DARI MATAHARI TERBIT 4

Selain lagu saduran Barat, Hindi dan Arab yang menguasai Muzik Retro 70an, irama dari negara matahari terbit, Jepun juga menjadi sajian pelengkap sesebuah album ketika itu  (piringhitam - EP atau LP).  Berbanding lagu saduran Barat, Hindi atau Arab, biasanya tajuk asal lagu tersebut akan dicatat dalam senarai trek lagu.  Tetapi tidak bagi lagu-lagu saduran dari negara matahari terbit yang kebanyakannya hanya dicatat sebagai 'Copyright Control' atau 'CC' yang menyebabkan kita sukar mengesan lagu asal, malah ada yang menyangka lagu tersebut adalah lagu original artis tempatan.  Antara contoh terbaik ialah 'Hari Ini Dan Semalam' nyanyian J Mizan, 'Don Juan' nyanyian Rafeah Buang, 'Kisah Kau Dan Aku' dendangan Alleycats dan 'Ku Ingin Bahgia' nyanyian Rina Rahman.

Terdapat juga lagu-lagu Jepun versi tempatan yang digubah semula dengan susunan muzik yang agak berbeza seperti 'Hari Ini Dan Semalam' (J Mizan), 'Pengajian Di Seberang Lautan' (Sharifah Aini) dan 'Sepasang Matahati' (Elmi Salleh).  Apa yang pasti lagu-lagu dari matahari terbit ini memang unik dan menarik.  Kita amat bertuah dengan munculnya ruangan siber/internet kita dapat mengesan lagu asal tersebut yang tentunya tidak terfikirkan sebelumnya.

Playlist IRAMA DARI MATAHARI TERBIT: Setangkai Tak Sebau vol 4 menghimpunkan 15 buah lagi lagu Jepun versi asal vs versi tempatan.  Ternyata irama dari negara Matahari Terbit ini cukup indah dan mengasyikkan dan ianya boleh diterima oleh penggemar muzik tempatan.

(Terima kasih tak terhingga terhadap laman sesawang sdr Hamlau, Muzik Nusantara dan pengikutnya (terutamanya Azizah Yatim) yang banyak memberikan info mengenai lagu-lagu Jepun yang diMelayukan.)



Senarai lagu:

  Hana No Doresu Lokka Sisters (1974)

  Kau Penggoda Uji Rashid
     (1976, lirik - Chuari Selamat)

  Kanashimi No Jujika Judy Ongg (1968)

  Sepatah Kata Sarena Hashim
     (1974, lirik - Yusnor Ef)

  Juunana Sai Saori Minami (1971)

  Cukup Hanya Sekali Rina Rahman
     (1979, lirik - Haron Abdulmajid)

  Yubeno Himitsu Tomoko Ogawa (1968)

  Terkenang Padamu Hail Amir
     (1977, lirik - Erna)

  Sotsugyou Saori Minami (1974)

  Tetap Ku Nanti Julie Remie
     (1977, lirik - Julie Remie)

  Yumenara Samete Akira Nishikino (1972)

  Lambang Kasihku Halil Chik
     (1977, lirik - Haron Abdulmajid)

  Taiyo To Watashi Hibari Misora (1968)

  Ku Ceritakan Sanisah Huri
     (1974, lirik - Yusnor Ef)

  Yobanashi Akari Uchida (1974)

  Curahan Rasa (Di Telefon) Rina Rahman
     (1978, lirik - Haron Abdulmajid)

  Kimi No Hato Ni Hi O Tsukete Aizaki Shinya (1975)

  Surat Dari Seberang Sharifah Aini   Lirik 
     (1977, lirik - Sharifah Aini)

  Nettaigyo Hiromi Isawaki (1977)

  Salam Perkenalan Rahimah Rahim
     (1979, lirik - Haron Abdulmajid)

  Akunin Shigan Akira Nishikino (1976)

  Jangan Lukakan Hatiku Black Dog Bone
     (1977, lirik - Haron Abdulmajid)

  Kanashimi No Season Megumi Asaoka (1974)

  Di Puja Sayang Effa Rizan
     (1975, lirik - Haron Abdulmajid)

  Kawaii Uso Mieko Hirota (1969)

  Jangan Terlalu Rafeah Buang
     (1984, lirik - Rafeah Buang)

  Anata Gakae Rutoki Eiji Miyoshi (1972)

  Antara Dua (Pilihanmu) Elmi Salleh
     (1977, lirik - Elmi Salleh)

  Koi No Indian Ningyo Lokka Sisters (1974)

  Gadis Di Pinggir Kota DJ Dave
     (1976, lirik - Arnie S)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit'Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit vol 2'Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit vol 3'

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)