IRAMA DARI MATAHARI TERBIT: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Jepun (versi original) vs Versi Melayu]

(Pertama kali diperdengarkan 11 Februari 2012)

Selain lagu saduran Barat, Hindi dan Arab yang menguasai Muzik Retro 70an, irama dari negara matahari terbit, Jepun juga menjadi sajian pelengkap sesebuah album ketika itu  (piringhitam - EP atau LP).  Berbanding lagu saduran Barat, Hindi atau Arab, biasanya tajuk asal lagu tersebut akan dicatat dalam senarai trek lagu.  Tetapi tidak bagi lagu-lagu saduran dari negara matahari terbit yang kebanyakannya hanya dicatat sebagai 'Copyright Control' atau 'CC' yang menyebabkan kita sukar mengesan lagu asal, malah ada yang menyangka lagu tersebut adalah lagu original artis tempatan.  Antara contoh terbaik ialah 'Hari Ini Dan Semalam' nyanyian J Mizan, 'Don Juan' nyanyian Rafeah Buang, 'Kisah Kau Dan Aku' dendangan Alleycats dan 'Ku Ingin Bahgia' nyanyian Rina Rahman.

Terdapat juga lagu-lagu Jepun versi tempatan yang digubah semula dengan susunan muzik yang agak berbeza seperti 'Hari Ini Dan Semalam' (J Mizan), 'Pengajian Di Seberang Lautan' (Sharifah Aini) dan 'Sepasang Matahati' (Elmi Salleh).  Apa yang pasti lagu-lagu dari matahari terbit ini memang unik dan menarik.  Kita amat bertuah dengan munculnya ruangan siber/internet kita dapat mengesan lagu asal tersebut yang tentunya tidak terfikirkan sebelumnya.

Playlist IRAMA DARI MATAHARI TERBIT: Setangkai Tak Sebau telah mengumpulkan 15 buah lagu Jepun versi asal vs versi tempatan.  Diharap penggemar muzik retro 70an akan terhibur dengan seleksi ini.

Terima kasih tak terhingga terhadap laman sesawang sdr Hamlau, Muzik Nusantara dan pengikutnya (terutamanya Azizah Yatim) yang banyak memberikan info mengenai lagu-lagu Jepun yang diMelayukan.



Senarai lagu:

  Monsuta Pink Lady (1978)

  Toyol Sudirman
     (1979, lirik - Siti Zaleha Hashim)

  Akai Unmei Momoe Yamaguchi (1976)

  Ku Ingin Bahagia Rina Rahman
     (1978, lirik - Kamalihudi)

  Keiken Mari Henmi (1970)

  Pengajian Di Seberang Lautan Sharifah Aini
     (1973, lirik - Sharifah Aini)
   Lirik 

  Danshinguorunaito Monta & Brothers (1980)

  Kisah Kau Dan Aku Alleycats
     (1981, lirik - Ismail Nordin)

  Barairo No Tsuki Akira Fuse (1969)

  Don Juan Rafeah Buang
     (1970, lirik - Rafeah Buang)

  Kuchizukega Kowai Kumi Kaori (1968)

  Hari Ini Dan Semalam J Mizan
     (1974, lirik - Yusnor Ef)

  Hoshiwo Minaide Yukari Ito (1968)

  Jangan Menangis Sarena Hashim
     (1970, lirik - Sarena Hashim)

  Kokoro Moyou Yosui Inoue (1973)

  Lukisan Rasa A Razak
     (1975, lirik - Yusnor Ef)

  Namida Wa Akaku Linda Yamamoto (1970)

  Kau Milik Hatiku Uji Rashid
     (1975, lirik - Sharifah Aini)

  Aisurutte Kowai Jun & Nene (1968)

  Kenangan Julie Remie
     (1977, lirik - Adnan Maswan)

  Chansu Wa Ichi-Do Hideki Saijo (1972)

  Kenalan Di Perjalanan Anita Sarawak
     (1976, lirik - Suzanah Hamid)

  Yumesaki Annainin Momoe Yamaguchi (1977)

  Bunga Rumput Di Jalanan Noor Kumalasari
     (1978, lirik - Umi Kalthum)

  Ame Ni Nureta Bojou Naomi Chiaki (1969)

  Sepasang Matahati Elmi Salleh
     (1976, lirik -Haron Abdulmajid)

  Ningyo No Le Mieko Hirota (1969)

  Tangisan Di Sisiku Rafeah Buang
     (1971, lirik - Rafeah Buang)

  Hisho-Chi No Koi Candies (1973)

  Ku Sayang Tunangku Siti Salmah
     (1976, lirik - Yusnor Ef)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit vol 2'Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit vol 3'

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)