IRAMA DARI MATAHARI TERBIT 3: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Jepun (versi original) vs Versi Melayu]

(Pertama kali diperdengarkan 11 Disember 2021)

IRAMA DARI MATAHARI TERBIT 3

Selain lagu saduran Barat, Hindi dan Arab yang menguasai Muzik Retro 70an, irama dari negara matahari terbit, Jepun juga menjadi sajian pelengkap sesebuah album ketika itu  (piringhitam - EP atau LP).  Berbanding lagu saduran Barat, Hindi atau Arab, biasanya tajuk asal lagu tersebut akan dicatat dalam senarai trek lagu.  Tetapi tidak bagi lagu-lagu saduran dari negara matahari terbit yang kebanyakannya hanya dicatat sebagai 'Copyright Control' atau 'CC' yang menyebabkan kita sukar mengesan lagu asal, malah ada yang menyangka lagu tersebut adalah lagu original artis tempatan.  Antara contoh terbaik ialah 'Hari Ini Dan Semalam' nyanyian J Mizan, 'Don Juan' nyanyian Rafeah Buang, 'Kisah Kau Dan Aku' dendangan Alleycats dan 'Ku Ingin Bahgia' nyanyian Rina Rahman.

Terdapat juga lagu-lagu Jepun versi tempatan yang digubah semula dengan susunan muzik yang agak berbeza seperti 'Hari Ini Dan Semalam' (J Mizan), 'Pengajian Di Seberang Lautan' (Sharifah Aini) dan 'Sepasang Matahati' (Elmi Salleh).  Apa yang pasti lagu-lagu dari matahari terbit ini memang unik dan menarik.  Kita amat bertuah dengan munculnya ruangan siber/internet kita dapat mengesan lagu asal tersebut yang tentunya tidak terfikirkan sebelumnya.

Playlist IRAMA DARI MATAHARI TERBIT: Setangkai Tak Sebau vol 3 menghimpunkan 15 buah lagi lagu Jepun versi asal vs versi tempatan.  Ternyata irama dari negara Matahari Terbit ini cukup indah dan mengasyikkan dan ianya boleh diterima oleh penggemar muzik tempatan.

(Terima kasih tak terhingga terhadap laman sesawang sdr Hamlau, Muzik Nusantara dan pengikutnya (terutamanya Azizah Yatim) yang banyak memberikan info mengenai lagu-lagu Jepun yang diMelayukan.)



Senarai lagu:

  Yoroshiku Aishu Hiromi Go (1974)

  Sejak Mengenal Cinta Halil Chik
     (1978, lirik - Serimali)

  Yume Yo Mou Ichido Maki Hideto (1975)

  Kesepian Julie Remie
     (1977, lirik - Julie Remie)

  Taninno Kankei Katsuko Kanai (1973)

  Untuk Dia Tersayang Uji Rashid
     (1977, lirik - Erna)

  Hikageri No Machi Pedro & Capricious (1975)

  Terserahlah Padamu Sharifah Aini
     (1977, lirik - Sharifah Aini)
   Lirik

  Kyoto No Koi Yuko Nagisa (1970)

  Namamu (Nyanyian Hidupku) Sanisah Huri
     (1977, lirik - Yusnor Ef)

  Aoi Mugi Sakiko Ito (1975)

  Dua Tiga Boleh Ku Cari Sarena Hashim
     (1977, lirik - Sarena Hashim)

  Shiroi Cho No Samba Kayoko Moriyama (1970)

  Panas Dahaga Fatimah Razak
     (1973, lirik - Dinosman)

  Shiroi Yakusoku Momoe Yamaguchi (1976)

  Untuk Ibu Ayah Rina Rahman
     (1978, lirik - Adlim Es)

  Seishun Jidai Koichi Morita & Top Gallants (1976)

  Katakan Padanya Hail Amir
     (1978, lirik - Amran)

  Senakagoshi Ni Senchimentaru Kumi Miyasato (1985)

  Dikau Mazuin Hamzah
     (1986, lirik - Lukhman S)

  Ame No Hi No Burusu Yuko Nagisa (1971)

  Bintang Sukanku Rahimah Rahim
     (1975, lirik - Yusnor Ef)

  Dorimu Hiromi Iwasaki (1976)

  Cinta Dan Cita Sudirman
     (1978, lirik - Ernie)

  Koi No Fuga The Peanuts (1967)

  Sampai Tua Hetty Koes Endang
     (1983, lirik - Adriyadi)

  Ojousan Oteageda Kenji Sawada (1978)

  Angan Anganku Alleycats
     (1979, lirik - M Nasir)

  Hito Koishikute Saori Minami (1975)

  Hari Bahgia Trio Manja
     (1978, lirik - Haron Abdulmajid)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit'Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit vol 2'

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)