SENANDUNG HARI RAYA

(Koleksi Lagu Raya Irama Malaysia)

(Pertama kali diperdengarkan 7 September 2008)

Playlist SENANDUNG HARI RAYA menghimpunkan seleksi 18 lagu raya Irama Malaysia pelbagai rentak - joget, ghazal, inang, zapin, dangdut, irama padang pasir dan dondang sayang.  Cukup menarik apabila lagu raya didendangkan dalam irama keMelayuan.  Bukan sahaja gubahan muziknya yang indah tetapi lirik atau bait-bait pantun yang ditulis juga cukup puitis dan suara penyanyi latar yang bersahut-sahutan serta berbalas-balas.

Selain menghasilkan lagu pop kontemporari, Ahmad Nawab & S Atan juga terkenal sebagai penggubah dan pencipta lagu bergenre keMelayuan.  Mereka turut menghasilkan lagu raya bergenre keMelayuan di era 70an - 80an.  Misi mereka kemudian diteruskan pula oleh Pak Ngah pada pertengahan 90an dengan menghasilkan lagu raya pelbagai rentak bergenre keMelayuan terutamanya irama zapin yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi ternama seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.  Nostalgia Aidilfitri merupakan lagu raya karya pertama Pak Ngah yang dirakam untuk album Sharifah Aini PILIHAN KLASIK AIDIFITRI (1996).



Senarai lagu:

  Nazam Lebaran Siti Nurhaliza
     (2001, Pak Ngah)

  Nostalgia Aidilfitri Sharifah Aini   Lirik
     (1997, Pak Ngah / Logha)

  Di Hening Syawal Nassier Wahab
     (2003, Ungku Safian Abdullah / Nassier Wahab)

  Pulanglah Perantau Aishah
     (2000, CC)

  Dondang Sayang Hari Raya Rafeah Buang, A Ramlie & Sanisah Huri
     (1977, Tradisional)

  Zapin Aidilfitri Liza Hanim
     (1998, Tik / Iktiman)

  Mekar Kasih Di Kuntum Melati DJ Dave
     (1981, Mahzan Manan / Amran Shariff)

  Inang Di Aidilfitri Sudirman & Zaleha Hamid
     (1984, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Halal Bihalal Noraniza Idris
     (2001, Noraniza Idris / Hairul Anuar Harun)

  Sesuci Lebaran Siti Nurhaliza
     (1998, Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

  Syawal Yang Mulia Wann
     (1997, Putra Nizam / Dol Syafiq)

  Nuu Bulan Pak Pandir
     (1995, Pak Pandir)

  Pengertian Hari Raya Uji Rashid & Hail Amir
     (1980, Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Senyuman Di Hari Raya Ayai Illusi
     (1996, M Nasir / Al Heikel)

  Dendang Hari Raya Halil Chik & Trio Manja
     (1978, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Nikmat Hari Mulia Zaleha Hamid & Aziz Ahmad
     (1981, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Joget Berhari Raya Zarul, Along, Liza, Azie & Seri Artaty
     (1995, Raja Kobat)

  Senandung Hari Raya DJ Dave, Rosemaria & Gaya Zakry
     (1981, S Atan / Haron Abdul Majid)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST lagu raya pelbagai genre:

Dengar Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1

Dengar Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 2

Dengar Playlist RENTAK AIDILFITRI

Dengar PLAYLIST yang bertemakan Ramadhan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)