|
|
RENTAK AIDILFITRI (Koleksi Lagu Raya Era 90'an) (Pertama kali diperdengarkan 7 September 2008) |
|
Playlist RENTAK AIDILFITRI menghimpunkan lagu raya pelbagai genre muzik yang mewarnai industri muzik dekad 90an. Di awal 1990 genre rock masih mengungguli muzik tanahair setelah mencetus fenomena tersendiri di penghujung 80an. Kemudian industri muzik dikejutkan dengan demam irama dangdut, hip hop/rap, Irama Malaysia dan penghujung 90an, siapa sangka lagu Nasyid mampu menguasai industri muzik tanahair. Kepesatan perkembangan muzik ketika itu (album boleh dijual melebihi 100,000 unit) turut mencorak album-album Raya dengan memberi ruang kepada ramai penyanyi sama ada solo atau berkumpulan untuk merakamkan lagu-lagu raya pelbagai genre. Antaranya Amy Search, Awie, Zainal Abidin, Amelina, Iwan, 4U2C, Nico, Freshie, Slam, UK's dan ramai lagi. Kalau sebelumnya EMI menguasai pasaran album raya tetapi tidak untuk dekad 90an kerana mendapat persaingan dari syarikat antarabangsa lainnya seperti BMG, Warner dan Sony. Disamping itu artis 'trendsetter' yang memperjuangkan irama pop turut berpeluang merakamkan lagu-lagu raya seperti Ziana Zain, Amy Mastura, Erra Fazira dan Nurul. Saya turut menyelitkan beberapa lagu raya penghujung 80an kerana ia lebih popular di awal 90an seperti lagu Hari Mulia (pop Jazz) yang didendangkan oleh Sheila Majid. Bagi saya irama lagu ini cukup unik walaupun cara penyampaian penyanyinya (sebutan) kurang disenangi oleh segelintir peminat muzik tanahair. |
|