PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1 (Seleksi Lagu Raya Sepanjang Zaman) (Pertama kali diperdengarkan 7 September 2008) |
|
Playlist PILIHAN KLASIK AIDILFITRI vol 1 & 2 menyenaraikan sebahagian daripada lagu-lagu klasik Raya (evergreen) yang sering menjadi pilihan pendengar dan stesen-stesen radio. Ramai penyanyi terkemudian; sama ada penyanyi baru, popular atau ternama merakamkan semula lagu klasik tersebut tetapi yang pasti yang asli tetap menjadi pilihan utama. Kemungkinan lagu raya yang dihasilkan ketika itu mudah diterima kerana melodi dan lirik yang ringkas dan mudah diingati. Penyanyinya pula berjaya menjiwai dan menghayati lagu tersebut. Apakah kemungkinan ini menyebabkan lagu raya klasik sebegini terus malar segar menjadi lagu raya sepanjang zaman? EMI merupakan satu-satunya syarikat rakaman yang banyak memegang hak cipta lagu-lagu klasik ini sering menerbit dan mengedar semula lagu-lagu tersebut berulang kali dengan pelbagai tajuk album, tetapi tetap mendapat sambutan. Terasa tiada seri hari raya tanpa lagu-lagu klasik sebegini. Yang lebih menakjubkan ada lagu-lagu tersebut telah pun berusia melebihi 30 tahun tetapi tetap gah di ruang udara dan juga media sosial. |
|