SELAMAT PENGANTIN BARU 2 (Selamat Berbahagia Wahai Kekasih)

(Koleksi 16 Lagu 'Airmata' Kekasih Buat Pengantin)

(Pertama kali diperdengarkan 1 March 2023)

Kebiasaannya lagu-lagu pengantin yang dicipta adalah dalam mood ceria yang amat bersesuaian dengan suasana majlis perkahwinan yang pastinya meriah dengan kehadiran tetamu.  Bagaimanapun terdapat juga lagu buat pengantin yang dicipta dalam mood yang sedih lagi mendayu.  Yang pasti intipati liriknya adalah kisah cinta tragis iaitu luahan kekecewaan pasangan yang dicurangi, tidak mendapat restu orang tua ataupun kasih tak sampai @ ada orang ketiga.  Pastinya koleksi lagu lagu sebegini memang tidak sesuai diputarkan atau didendangkan oleh penyanyi undangan dalam mana-mana majlis perkahwinan.

Admin telah mengumpulkan koleksi lagu 'airmata' buat pengantin dan ternyata walaupun bilangannya agak sedikit tetapi ternyata kebanyakan lagu-lagu tersebut pernah popular.            

Selamat mendengar playlist SELAMAT PENGANTIN BARU 2 (Selamat Berbahagia Wahai Kekasih) yang menyenaraikan koleksi 16 lagu 'airmata' kekasih buat pengantin.



Senarai lagu:

  Di Hari Persandinganmu Yunizar Hussein
     (1982, Othman Mohamad) 

  Selamat Berbahagia Faridah Mohd Amin
     (1979, Amar Basir)

  Selamat Berbahagia Wahai Kekasih Hail Amir
     (1977, P Ramlee)
 

  Hadiahku Di Hari Bahgiamu Sharifah Aini   Lirik
 
    (1982, S Atan / Haron AbdulMajid)

  Pelaminmu Airmataku Zaleha Hamid
 
    (1981, S Atan / Haron AbdulMajid)

  Pelamin Anganku Musnah Azie
     (1995, Saari Amri)

  Berpisah (Di Malam Persandingan) A Ramlie
     (1976, Copyright Control / Yusnor Ef
)

  Hati Seorang Kekasih Noor Kumalasari
     (1982, Omar Taib / Habsah Hassan)

  Di Hari Persandinganmu Itu Sudirman
     (1978, Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Di Hari Persandingan the Goodman Brothers
     (1982, Abang Mokhtar)

  Tragedi Tenda Biru 2 by 2 featuring Liza Hanim
     (1998, Wahyu WL)

  Hadiah Hari Perkahwinan Mastura Ismail
  
   (1983, Afzainizam)

  Mahligaimu Dari Airmataku Lestari
     (1996, Kamal Halim / Juwie)

  Bahagia Untukmu Derita Untukku Zaleha Hamid
     (1976,
Ahmad Nawab / Abbas Bakar)

  Menjelang Perkahwinanmu A Ramlie
     (1978,
S Achmadi)

  Kahwin Paksa SM Salim
  
 
(1980, Alfonso Soliano / SM Salim)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar playlist SELAMAT PENGANTIN BARU (BAHAGIA KE ANAK CUCU) yang menghimpunkan koleksi klasik 18 Lagu Pengantin Sepanjang Zaman

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)