SELAMAT PENGANTIN BARU 1 (Bahagia Ke Anak Cucu)

(Koleksi Klasik 18 Lagu Pengantin Sepanjang Zaman)

(Pertama kali diperdengarkan 1 March 2023)

Memandangkan muzik merupakan salah satu aspek yang perlu diberi keutamaan di hari perkahwinan maka pilihan lagu yang kurang sesuai boleh menyebabkan majlis perkahwinan menjadi suram dan tidak berseri.  Mujurlah karyawan persada muzik tanahair terutamanya di era 70-80'an telah meninggalkan karya seni yang amat berharga iaitu lagu istimewa untuk pengantin dalam pelbagai rentak.  Kerana karya mereka inilah majlis perkahwinan hari ini terus meriah dengan alunan lagu lagu buat pengantin bertemakan perkahwinan dan cinta, ceria lagi penuh nasihat tidak kira ianya didendangkan oleh penyanyi undangan ataupun diputarkan oleh DJ bertugas untuk menghidupkan suasana sebuah majlis perkahwinan.  Pastinya lagu lagu bernuansa kemelayuan & tradisi seperti joget, zapin dan inang dapat memeriahkan suasana majlis dan tetamu yang hadir akan terhibur terutamanya dengan seleksi klasik lagu lagu pengantin yang karyanya telah melangkaui masa.  Bagaimanapun di era Milenium hingga kini karya lagu-lagu istimewa untuk pengantin semakin berkurangan mungkin juga disebabkan pasangan pengantin hari ini lebih gemar memilih seleksi lagu-lagu kahwin moden iaitu lagu-lagu popular semasa yang berlirik mood romantis lagi membuai perasaan terutamanya di dalam majlis resepsi bagi membangkitkan nostalgia percintaan mereka.         

Selamat mendengar playlist SELAMAT PENGANTIN BARU 1 (Bahagia Ke Anak Cucu) yang menyenaraikan koleksi klasik 18 lagu pengantin sepanjang zaman yang suatu ketika sering kedengaran di corong-corong radio dan juga amat sesuai didendangkan oleh penyanyi undangan ataupun diputarkan oleh DJ undangan sesebuah majlis perkahwinan.



Senarai lagu:

  Kompang Di Palu Waheeda & Izam 'Eye'
     (2004, Amy MIG / Ikhzal) 

  Selamat Pengantin Baru (versi 1974) Saloma
     (1974, P Ramlee)

  Selamat Pengantin Baru Anita Sarawak
     (1976, Copyright Control / Kamalihudi)
 

  Selamat Pengantin Baru Fauziah Ahmad Daud
 
    (1982, Yusoff B / Omar Rojik)

  Gambus Jodoh P Ramlee
 
    (1964, P Ramlee / S Sudarmaji)

  Gendang Berbunyi Zaleha Hamid
     (1988, Ahmad Wan Yet / Ismadi)

  Pengantin Tiba DJ Dave
     (1975, Copyright Control / DJ Dave / D Tim
)

  Ucapan Pengantin Ismail Haron
     (1973, S Omar Osman / Ismail Haron)

  Joget Usik Mengusik Sharifah Aini   Lirik
     (1978, Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Inang Raja Sehari Uji Rashid
     (1983, Jant Johari / Fuzette)

  Tari Bunga Rampai Gaya Zakry
     (1981, Yusoff B / S Sudarmaji)

  Joget Si Mandi Mandi Rahimah Rahim
  
   (1977, Zainal Abbas / Yusnor Ef)

  Joget Kecoh Kecoh Rosiah Chik & A Razak
     (1997, Othman Ali)

  Di Hari Persandingan Faridah Mohd Amin
     (1979,
Kamalihudi / Serihati Selamat)

  Pengantin Rafeah Buang & Sham
  
 
(1986, Omar Taib / Naemah Basiron)

  Pengantin Bersanding Sanisah Huri
 
   (1977, Jasni Ahmad)

  Pengantin Bersanding M Daud Kilau
 
   (1982,
A Rahim B / M Daud Kilau)

  Pesan Untuk Pengantin Hidayah
     (1979, S Atan / Haron Abdul Majid)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar playlist SELAMAT PENGANTIN BARU 2 (SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH) yang menghimpunkan koleksi 16 Lagu 'Airmata' ... Buat Pengantin (Various Artist)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)