PANGGILAN DESA

(Koleksi 16 Lagu Bertemakan 'DESA')

(Pertama kali diperdengarkan 24 March 2013 @ dikemaskini 22 Oktober 2022)

Tidak banyak karya lagu yang mengangkat tema 'desa' dihasilkan oleh warga seni.  Juga kurang inisiatif untuk menjadikan lagu lagu tersebut popular dan hanya bergantung faktor 'nasib' untung sabut timbul.  Kebiasaannya lagu bertemakan 'desa' hanya menjadi sisipan atau pelengkap untuk sesebuah album.  Malah sehingga kini tiada syarikat rakaman yang berani untuk menghasilkan sebuah album khas yang penuh dengan lagu yang mengangkat tema sebegini.

'Desa' memang kerap menjadi sumber insipirasi bagi penulis lirik untuk berkarya terutamanya di dekad 70an dan 80an.  Kebanyakan lirik yang dihasilkan lebih spesifik bercerita tentang keindahan desa, kerinduan terhadap desa, kenangan semasa kecil serta persahabatan atau kerinduan terhadap kekasih yang ditinggalkan di desa.  Juga ada lirik yang dihasilkan mengisahkan kekecewaan pulang ke desa kerana kegagalan melawan arus kota atau lirik bersemangat untuk memanggil anak muda kembali ke desa bagi mencurah bakti.

Sayangnya di era milenium, ketandusan lirik lagu sebegini begitu ketara mungkin kerana perubahan zaman yang drastik mengakibatkan penulis lirik 'kehilangan ilham'.

Sebagai santapan halwa telinga, playlist PANGGILAN DESA menghimpunkan dan mengimbau nostalgia 16 buah lagu bertemakan desa yang pernah popular sedikit masa lalu.



Senarai lagu:

  Kau Akan Kembali Sudirman
     (1980, Syed Haron) 

  Panggilan Desa Roy & Fran
     (1982, Royston Sta Maria / Amira)

  Jalan Pulang Ke Desa Sharifah Aini   Lirik
     (1979, Copyright Control / Haron Abdmajid)
 

  Desa Tercinta Nora
 
    (2000, Johan Nawawi / Lukhman S)

  Desa Permai J Mizan
 
    (1975, Zubir Said / Wahab Wahid)

  Terkenang Desa Permai Khadijah Ibrahim
     (1980, Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Di Desa Kasihku Tertumpah DJ Dave
     (1981, Omar Taib / Habsah Hassan
)

  Menuju Ke Desa Permai Quinary M
     (1980, Copyright Control / As)

  Lambaian Desa A Ramlie
     (1968, Salamah Basiron)

  Pulang Ke Desa M Daud Kilau
     (1981, Ahmad Shariff / Rina)

  Kembali Ke Desa Muhaini Suratman
     (1981, Othman Muhamad / Zubir Ali)

  Lambaian Desa Azean Irdawaty
  
   (1980, Husaini Ajmain / Asmara)

  Pulang Ke Desa Hetty Koes Endang
     (1981, A Riyanto)

  Cinta Kasih Desa Francissca Peter
  
 
(1985, Kenny Tay / Saodah Ismail)

  Temasya Desa Gemalai Ramli Sarip
 
   (1991, Mohd Khair Mohd Yassin)

  Ke Desa NowSeeHeart
     (1999, Farihin / Abu Hassan Morad)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)