MASA MERUBAH SEGALANYA ...

(Koleksi 16 Lagu Bertemakan 'MASA')

(Pertama kali diperdengarkan 2 Disember 2023)

'Masa' atau 'waktu' merujuk kepada tempoh sesuatu kehidupan seseorang atau ukuran sesuatu peristiwa dari masa lalu melalui masa kini dan ke arah masa depan.  Peribahasa Melayu pernah menyebut, "masa itu emas" yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan.  Mungkin pada masa dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya.  Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas.  Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa?  Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula.  Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.  Tapi ramai juga yang berkata, "masa adalah wang".

Tapi sebenarnya, masa dalah ‘kehidupan’ dan masa adalah kurniaan daripada Allah.   Masa ini terhad dan tidak boleh diulang semula, ditukar atau diberikan kepada orang lain.  Masa tersangatlah penting sehingga Allah bersumpah dengannya di dalam al-Quran melalui surah Al Asr; Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Penggiat seni Industri muzik tanahair terutamanya penulis lirik lagu turut mengilhamkan kepentingan masa melalui banyak lirik lagu.  Admin telah mengumpulkan 16 lagu bertemakan ‘masa’ untuk playlist MASA MERUBAH SEGALANYA nukilan daripada penulis lirik tersohor tanahair antaranya Habsah Hassan dan penyanyi serba boleh M Nasir.  Ayuh!  Kita dengar melodi indah dan menghayati sulaman bait-bait lirik yang cukup bermakna ini.



Senarai lagu:

  Di Suatu Masa Suatu Ketika Johari Teh
     (1982, Adin Ali & Johari Teh / Habsah Hassan)
 

  Suatu Masa M Nasir
     (1981, M Nasir)

  Masa Sharifah Aini   Lirik
     (1988, Manan Ngah / Dr Wan Zawawi)
 

  Di Batas Masa Siti Nurhaliza
 
    (2002, Naim / Habsah Hassan)

  Masa Noor Kumalasari
 
    (1984, Adnan Abu Hassan / Saadah Salleh)

  Masa Merubah Segala DJ Dave
     (1985, Goh Boon Hoe / Habsah
Hassan)

  Kisah Kisah Masa Lalu Rosemaria
     (1981, Syed Haron)

  Manis Masa Bercinta Haida
     (1994, Saari Amri / Habsah Hassan)

  Masa Rabbani
  
   (1999, KRU / B Nury)

  Masa Itu Emas Broery Marantika & Linda Elizabeth
     (1985, Ahmad Nawab / Noordy)

  Demi Masa Al Mizan
     (1981, Kamalihudi / Asmin)

  Dari Masa Hingga Masa Zaleha Hamid
     (1983, P Ramlee / S Sudarmaji
)

  Demi Masa Hajjah Nur Asiah Jamil
  
 
(1975, Hajjah Nur Asiah Jamil)

  Demi Masa Raihan
 
   (2001, Abu Bakar Mohd Yatim)

  Biar Masa Menentukan Sharifah Aini   Lirik
     (1988, Manan Ngah / Habsah Hassan)

  Demi Masa M Nasir
     (1989, M Nasir)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)