DENGARKANLAH ... DUET MALINDO
[Koleksi Lagu Duet Kolaborasi Artis Malaysia & Indonesia (Malindo)]

(Pertama kali diperdengarkan 1 Mei 2025)

DENGARKANLAH ... DUET MALINDO

Kolaborasi penyanyi dari negara berbeza bukanlah satu perkara baru dalam industri muzik di Malaysia mahupun di luar negara.  Ia mendatangkan banyak kebaikan, antaranya meluaskan pengaruh di negara luar dan mengukuhkan lagi nama seseorang penyanyi.         

Berbeza dengan penghasilan lagu dalam format single, ia lebih mudah menggandingkan penyanyi yang berbeza negara dengan hanya memfokuskan satu produk untuk dipasarkan di kedua-dua negara, secara serentak atau bergiliran.  Selain lagu versi solo, industri muzik tanahair turut terkenal dengan lagu-lagu kolaborasi atau lagu duet.  Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nama-nama besar, pasti lagunya akan ‘meletup’ termasuk lagu duet antara penyanyi Malaysia dan penyanyi dari negara jiran, Indonesia.  Semua tahu ramai penyanyi di Indonesia memang bukan calang-calang.

Kolaborasi muzik merupakan strategi bagi perkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.  Tentunya banyak lagi kolaborasi yang hebat pernah terjalin dalam industri muzik negara kita bersama negara-negara jiran.  Penghasilan lagu duet dua negara sebenarnya bermula lebih lama dahulu lagi sebelum muzik pop berkembang seiring peredaran masa.  Contohnya lagu duet dua negara di era 70an yang cukup berjaya ialah gandingan Ahmad Jais & S Effendi yang telah merakam 2 buah lagu, ‘Jumpa Mesra’ dan ‘Potong Padi’ manakala Sharifah Aini berkolaborasi dengan Broery Marantika untuk album runut HAPUSLAH AIRMATAMU dengan menghasilkan lagu hit sepanjang zaman ‘Seiring Jalan’ dan ‘Perasaan Hati’.

Manakala pada tahun 1994, Salih Yaacob telah menghasilkan album duet (bukan lagu duet) SAHABAT LAMA bersama penyanyi Indonesia Farid Harja.  Pada tahun 1996, Ramlah Ram pula muncul dengan album duet bergenre dangdut yang menggabungkan elemen irama Malaysia bersama penyanyi muda Indonesia, Nelly Agustine berjudul CINTA DI MUSIM DANGDUT dan Siti Nurhaliza bergabung dengan Kris Dayanti untuk album pop CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) pada 2009.  Bagaimanapun di Malaysia atau di mana-mana sahaja negara, projek penerbitan album secara duet menerusi kolaborasi dua negara, masih bergerak dalam skala yang sangat kecil.

Playlist DENGARKANLAH ... DUET MALINDO menyenaraikan 16 lagu duet hasil kolaborasi penyanyi Malaysia dan Indonesia yang sentiasa sedap didengar.



Senarai lagu:

  Seluruh Cinta Siti Nurhaliza & Cakra Khan

       (2015, Krishna Balagita)

  Cinta Kita Amy Search & Inka Christie

       (1991, M Nasir / ubahsuaian lirik oleh Yongky RM)

  Mendung Tak Bererti Hujan Ella & Deddy Dores

       (1991, Deddy Dores)

  Perasaan Hati Sharifah Aini & Broery Marantika

       (1976, Ahmad Nawab /  Sharifah Aini)

  Hati Ini Telah Dilukai Ajai & Kris Dayanti

       (1999, Ajai / Nasser Abu Kassim)

  Dengarkanlah Amy Mastura & Glenn Fredly

       (1999, Helen Yap / Hani MJ)

  Bawalah Daku Fairuz Hussein & Harvey Malaiholo

       (1990, Elfa Secioria / Wieke Gur)

  Tiada Lagi Kidungmu Nash & Shanty Rein

       (1993, Arie Wibowo)

  Jangan Tinggalkan Aku Iwan & Lilis Karlina

       (1997, Imam S Ariffin)

  Antara Kita Ning Baizura & Heidi Yunus

       (1995, Hari / Ning Baizura)

  Mimpi Kita Ruhil & Deddy Dores
       (1992, Deddy Dores)

  Langkah Pasti Rahim Maarof & Conny Dio

       (1991, M Nasir)

  Aku Dan Dia Ahmadi Hassan & Ida Laila
       (1983, Sallam / Alwi Hassan)

  Nada Kasih Erra Fazira & Rio Febrian
       (2002, Dorie Kalmas)

  Pertemuan Di JB Nassier Wahab & Phipit Snow

       (2012, Richard Kyoto)

  Suci Dalam Debu Saleem & Poppy Mercury

       (1993, Wan Zul / S Amin Shahab)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist 'Dua Insan: Bercinta'Dengar Playlist 'Dua Insan: Saling Percaya'Dengar Playlist 'Duet Wanita vs Duet Lelaki'

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)