DUA INSAN: SALING PERCAYA
(Koleksi Lagu Duet Pujaan Ramai)

(Pertama kali diperdengarkan 25 Januari 2009)

DUA INSAN SALING PERCAYA

Pada tahun 90-an dan awal Millenium kebanyakan lagu duet yang dihasilkan hanya menjadi lagu sisipan sesebuah album yang dirakamkan.   Ramli Sarip menerusi album solonya pernah mengundang Khadijah Ibrahim untuk berduet menerusi sebuah lagu 'Kumiliki Bayangmu'.  Begitu juga, Khadijah Ibrahim turut mengundang Ramli Sarip berduet menerusi lagu 'Doa Buat Kekasih'.  Kolaborasi mereka memang 'menjadi' maka lahirlah album duet pertama mereka 'Ihsan'.  Walaupun terdapat juga pasangan duet yang begitu serasi seperti Dayangku Intan & Jay Jay yang pernah popular dengan lagu 'Kita Insan Biasa' & 'Peralihan Zaman' tetapi sehingga kini album penuh duet mereka tidak pernah diterbitkan.  Kesimpulannya di era 90-an dan awal Millenium tidak ramai pasangan duet yang ideal yang menonjol popularitinya kecuali Ajai & Nurul dan Achik & Nana.

Playlist DUA INSAN: Saling Percaya menyenaraikan lagu-lagu duet yang pernah mendapat tempat di hati pendengar dan kelainannya lagu-lagu yang disenaraikan bukannya dinyanyikan oleh pasangan ideal sepertimana yang pernah ditonjolkan di era 70-an dan 80-an.



Senarai lagu:

  Baldu Biru Ella & Awie
   
(2000, Johari Teh / Jojie)

  Andang Cintaku Menyala Safura & Ezad Lazim
   
(2001, Eddie Hamid / Afiq Syahmin)

  Saling Percaya Iwan & Ramlah Ram
   
(1998, Akur)

  Mawarku 2 by 2 & Siti Nurhaliza
   
(1996, Copyright Control)

  Paling Comel Achik & Nana
   
(2003, Aidit Alfian)

  Menjejak Bayang Bayang Wann & Saleem
   
(1991, Siti Famah)

  Nyanyian Asmara Salimah & Othman Hamzah
   
(1980, Copyright Control / A Husaini Ajmain)

  Resah Hetty Koes Endang & Adjat Suradjat
   
(1986, Dadang S Manaf)

  Keliru Ajai & Nurul
    (2002, Aidit Alfian)

  Kedamaian Alam Aishah & Kamal
   
(1995, Adnan Abu Hassan / Aishah)

  Nyanyian Sepasang Hati Anuar & Ellina
    (1988, Fauzi Marzuki / S Amin Shahab)

  Mengapa Sukar Melafazkan Maaf Rozita Izlyn & Aju 'Success'
    (1997, Fairooz / Habsah Hassan)

  Susah Senang Kita Bersama Nassier Wahab & Ramlah Ram
    (1988, Ahmad Nawab / Juwie)

  Ku Miliki Bayangmu  Khadijah Ibrahim &  Ramli Sarip
   
(1987, Noorshah M Salleh Khan)

  Bercanda Di Pasiran Pantai Anita Sarawak & Sudirman
   
(1989, M Nasir / Sudirman)

  Dua Insan Iva Virginia & Ezad Lazim
    (2003, M Nasir)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist 'Dua Insan: Bercinta'Dengar Playlist 'Duet Wanita vs Duet Lelaki'

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)