DUA INSAN: BERCINTA
(Pertama kali diperdengarkan 17 Februari 2008) |
|
Sejak dulu lagi, dunia rakaman tidak pernah ketandusan melahirkan pasangan duet. Bagaimanapun jika diteliti dari zaman 50an hingga era terkini, hanya beberapa pasangan sahaja yang dirasakan begitu ideal penampilan mereka termasuklah pasangan P Ramlee & Saloma, Uji Rashid & Hail Amir, A Ramlie & Maria Bachok, Anita Sarawak & Ismail Haron, M Daud & Fatimah Razak, Roy & Fran dan Nurul & Ajai. Keserasian mereka bukan sahaja diterima oleh peminat tetapi juga mendapat kepercayaan syarikat rakaman dengan menghasilkan album penuh pasangan duet tersebut. Ini tidak bererti penyanyi duet yang lain tidak 'menjadi' tetapi mungkin kerana alasan tertentu menyebabkan mereka hanya tampil dalam sesebuah album sebagai penyanyi undangan. Antaranya, Dayangku Intan & Jay Jay, Noor Kumalasari & Sudirman, Iwan & Amelina dan Sharifah Aini & Broery Marantika. |
|