\
|
ZAPIN BERASAL DARI YAMAN |
Tarian zapin ialah sejenis gerak tari Melayu tradisional yang dibawa masuk pendakwah dari Timur Tengah yang berdagang di negara kepulauan Nusantara dan dikatakan berasal dari Yaman. Dalam dialek Yaman, zapin lebih deikenali sebagai Zaffana. Sejak dulu lagi, tarian zapin terus berkembang dan tersebar luas di wilayah Johor Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor Lama, Singapura, wilayah Sarawak dan Brunei Darussalam. Pada asasnya, tarian zapin ialah gerakan mengikut alunan muzik berdasar kiraan 1, 2, 3 dan 4. Pada kiraan 4, kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Kedudukan badan penari biasanya pula hendaklah dalam keadan tegak dan sedikit mendada. Diiringi Muzik Tradisional Zapin biasanya diiringi beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya dalam samrah. Instrumen biasa digunakan ialah biola, marwas dan gambus. Gambus biasanya dimainkan untuk permulaan dinamakan taksim. Terdapat beberapa ragam dalam tarian zapin, antaranya ragam pusau belanak besar, lompat injut, kopak, titi batang, ayam patah, pusau belanak kecil dan wainap. Dalam zapin tiada peraturan tetap menentukan berapa jumlah penari yang diperlukan untuk persembahan. Namun, penari perlu berinteraksi antara satu sama lain dan selalunya zapin digalakkan secara berpasangan. Sebab itu pada awalnya zapin hanya membabitkan golongan lelaki dan kemudian turut membabitkan wanita. Zapin sebagai tradisi tari di Johor bukan saja berfungsi sebagai hiburan pada acara sekluar tetapi juga sebagai acara sambutan hari kebesaran Islam. Sambutan dan perayaan hari besar seperti Maulidur Rasul, Aidilfitri dan Awal Muharam disambut dengan bacaan ayat suci al-Quran atau kitab berzanji juga disambut dengan persembahan zapin. Sumber: B*POP (Berita Minggu, 30 September 2012) |
|
|
Lagu Latar: Ala Dondang - Noraniza Idris |