\
|
SEJARAH WAYANG KULIT |
Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak metodologi dan khayalan dengan gerakan daripada seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diringi satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Seni ini dimasyhurkan lebih 1,000 tahun dulu di kawasan negara Timur Tengah dan Asia Tenggara. Di Malaysia pula, terdapat beberapa jenis wayang kulit antaranya Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Jawa,Wayang Kulit Purwo yang mana terdapat perbezaan dalam setiap jenis wayang kulit ini terutama jalan cerita dan wataknya. Alat Perhubungan Pada asasnya, semua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh dari Jawa atau Pattani (Selatan Thai) tetapi perkembangannya menyebabkan wayang kulit mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya adalah satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian. Aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenarnya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting. Iringan Muzik Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak-geri. Lazimnya semasa patung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung iru digerakkan sama ada dalam perjalanan, suasana yang kalut maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu. Tok Dalang adalah orang terpenting dalam persembahan wayang kulit. Ia mengambil tempat duduk di belakang tabir pentas. Beliau akan menggerakkan patung-patung watak dan memberi suara dengan corak suara berbeza mengikut watak dimainkan. Tolak Dalang dibantu Tukang Unjuk yang menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang. Kayu Kasah ialah sejenis alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi semasa adegan pergaduhan. Patung-patung dicucuk di atas batas pisang. Bayang watak akan terhasil daripada cahaya daripada pelita minyak kelapa atau mentol elektrik. Sumber: B*POP (Berita Minggu, 9 September 2012) |