\
|
Kehebatan Orkestra RTM |
Kewujudan Orkestra RTM (ORTM) sudah menjangkau usia setengah abad dengan sambutan jubli emasnya pada 2011. Ia ditubuhkan pada 1961. Kini, ORTM sudah mencapai usia 52 tahun penubuhannya - membuktikan kumpulan muzik ini berjaya melahirkan ramai pemuzik handalan yang disegani dan masih terus kekal berkhidmat hingga kini. Bermula dengan nama Orkes Radio Malaysia yang dipimpin Tan Sri Ahmad Merican dengan beroperasi di Rumah Persekutuan di Jalan Raja, Kuala Lumpur, orkestra ini menjadi saksi kepada kelahiran kumpulan ini yang pada awalnya sebelum operasi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bermula. Apabila digabungkan dengan RTM pada 1969 dan kemudian bertapak di Angkasapuri, Kuala Lumpur, namanya duitukarkan kepada Orkestra RTM (ORTM). ORTM berjaya melahirkan ramai pemuzik profesional seperti Datuk Ahmad Nawab, Osman Ahmad, Kasim Masdor, Ahmad Idris, Jimmy Foong. Selepas Tan Sri Ahmad Merican sebagai pengarah muzik pertama, kemudian turut dipimpin Alfonso Soliano (1961-1965), Gus Steyn (1967-1969), Datuk Johari Salleh (1965-1983), Datuk Ahmad Dasillah (1984-1999), Ruslan Mohd Iman (1978-1999) dan Datuk Mokhzani Ismail (1999-kini). Sejak awal penubuhan Orkestra RTM lagi, kumpulan ini menjadi pelopor kepada populariti lagu pop Melayu, klasik dan asli yang mana sering mengiringi penyanyi seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi. Bahkan ORTM juga mengembangkan lagi pengaruh muziknya dengan bentuk persembahan muzik jazz yang diselit elemen muzik Melayu. Sepanjang penubuhan ORTM, kumpulan ini bukan saja terbabit dalam konsert mega seperti Malam Irama Malaysia, Konsert Perpaduan, Konsert Seniman Silam, Konsert Diraja malah turut menyumbangkan tenaga untuk persembahan yang dianjurkan di bawah RTM seperti program Getaran, Konsert P Ramlee, Konsert Tiada Lama Tiada Baru ORTM ... Yusni Hamid dan banyak lagi. ORTM mahu membuktikan kewujudannya sejajar kematangan usianya dalam pembangunan industri muzik tempatan dalam usaha untuk kembali diangkat sebagai kumpulan orkestra disegani, bukan hanya gah pada namanya sebagai kumpulan okrestra paling lama bertapak di negara ini tetapi pada masa sama jenis muzik yang dimainkan. Malah membuktikan kehebatannya, ORTM pernah membuat persembahana di peringkat antarabangsa seperti di Festival Jazz Antarabangsa Jakarta (JIJF) 2012, selain penerbitan 16 cakera padat pelbagai genre lain termasuk Jazz Tribute To Malaysian Songs yang diedarkan ke seluruh dunia dan Muzsic on Demand yang diterbitkan dengan kerjasama MAS. Malah ORTM berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysia Bopok of Records iaitu Konsert Terbesar Di Pentas terbuka sempena Simfoni Putrajaya 2007, Flash Mob Orkestra Terbesar bersama Harian Metro di Dataran Merdeka, Kumpulan Orkestra Tempatan Paling Lama dan Orkestra Pertama Menyambut Ulang Tahun ke-50 Tahun yang diterima pada 2011. Sumber: B*POP (Berita Minggu, 17 March 2013) |
|
|
Lagu Latar: Janji Kita - Mawi diringi Orkestra RTM sempena konsert TIADA LAMA, TIADA BAHRU pimpinan Mohd Asnawi Mutaal (2010). |