\
|
DIKIR BARAT SARAT MESEJ |
Dikir Barat adalah seni hiburan yang sangat popular terutama di Kelantan. Asal usulnya masih belum jelas dan hanya disampaikan dari mulut ke mulut namun dikatakan datang dari selatan Thailand atau utara Semenanjung. Dikir Barat diketuai oleh ketua ataupun Tok Jogha (juara) dan Tukang Karut yang akan menyanyikan lagu dan diikuti secara beramai-ramai oleh anggota lain (awak-awak). Dikir barat terbentuk hasil asimilasi budaya Melayu, Siam dan Islam yang seterusnya membentuk kebudayaan masyarakat Melayu terutama di Kelantan. Bentuk hiburan dikir barat mudah kerana ia berbentuk persembahan hiburan santai yang turut diselitkan mesej dan pengajaran yang disampaikan dalam bentuk pantun diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang lantang. Perkembangan hari ini menyaksikan dikir barat turut menyelitkan topik semasa, ekonomi, politik dan isu sosial dalam persembahan sebagai bentuk pemikiran masyarakat. Dikir Punjab
Perkataan dikir dikatakan
berasal daripada perkataan zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan,
sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara Semenanjung dan diamalkan
orang Thai setiap musim menuai padi. Barat pula bermakna
kedudukan georgrafi, orang utara dulu menganggap Thailand berada di
sebelah barat padahal dari segi kedudukan geografi, ia berada di utara
Malaysia. Memandangkan nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia
kekal sehingga ke
Muzik Asas Alat muzik asas adalah gendang ibu, gendang anak, gong dan canang namun untuk menambahkan kesan bunyi alat muzik seperti maracas dan trambouline digunakan. Dikir barat di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Yusoff Kelong, Daud Bukit Abal, Ariffin Ana. Kemudian generasi baru terdiri daripada penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor dan Megat Nordin. Sumber: B*POP (Berita Minggu, 16 September 2012) |