SELEKSI IRAMA MALAYSIA 2

(Koleksi 16 Lagu Etnik Kreatif Kontemporari)

(Pertama kali diperdengarkan 10 Ogos 2008)

Playlist SELEKSI IRAMA MALAYSIA vol 2 membawa anda menikmati lagu-lagu Etnik Kreatif Kontemporari yang diilhamkan oleh pencipta dan penggubah baru yang berbakat seperti Manan Ngah, To'Ki, Ly, Salman Shariff.  Walaupun lagu ciptaan mereka ini lagu baru tetapi muziknya tetap berteraskan genre keMelayuan seperti Asli, Zapin, Inang, Keroncong.  Juga dihadirkan lagu ciptaan baru daripada penggubah, pencipta dan pemuzik tersohor Ahmad Nawab dan S Atan.

Saya amat tertarik dengan lagu bertempo asli 'Puisi Untuk Sang Puteri', yang dicipta oleh komposer berbangsa Cina, Eric Yeo dan lontaran vokal dan sebutan lirik oleh David Arumugam menjadikan lagu ini sangat unik.  

Vokal penyanyi tersohor seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Ramli Sarip (ketika itu menjadi vokal utama kumpulan rock Sweet Charity, tetapi berani mencuba sesuatu yang terkeluar daripada konsep atau genre muzik yang diperjuangkan) memang tidak perlu dipertikaikan dalam melaksanakan tugasan memperjuangkan irama sebegini.  Saya juga amat menyukai lagu-lagu etnik kontemporari ciptaan To'Ki tapi sayangnya, beliau kini dilihat kurang aktif !

Lagu-lagu irama Melayu sebegini memang menarik tetapi sayangnya medium atau platform untuk menonjol dan memperkembangkannya agak terhad kerana dikuasai oleh media elektronik yang lebih mengejar populariti dan keuntungan daripada memainkan peranan untuk memelihara atau memperkaya khazanah seni muzik bangsa apatah lagi untuk memartabatkannya ke posisi yang selayaknya.



Senarai lagu:

  Syair Kamelia Siti Nurhaliza
     (2002, S Atan / Nurul Ashiqin) 

  Apa Khabar Sayang Sweet Charity
    
(1982, Ramli Sarip / Rosli Mohalim / Husaini Ajmain)

  Resah Bersalam Sharifah Aini   Lirik
     (2000, Ly / Baiduri)

  Bagai Gahara Ziana Zain
     (2001, Pak Ngah / Che Kem)

  Senandung Kasih Jamal Abdillah
     (1980, Ahmad Nawab / Dalina)

  Srikandi Mazleela
     (1995, To'Ki)

  Puisi Untuk Sang Puteri Alleycats
     (1984, Eric Yeo / S Amin Shahab)

  Anggerik Rimba Baharuddin Rahman
     (1985, Mohd Hatta)

  Di Ganggu Kenangan Azlina Aziz
      (1984, Kesuma Booty / M Yusuff Ally)

  Suratan Hidup Black Dog Bone
     (1979, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Nazam Berkasih Syura
     (2004, Pak Ngah / Siso)

  Pemergian Jay Jay
     (1988, Manan Ngah / Habsah Hassan)

  Nandong Malinja Uji Rashid
     (1999, Salman Shariff / Khalil Shariff)

  Arena Rambong Nurhaida
     (2001, Sanyzar / Tok Wan)

  Seni Berzaman To'Ki
     (1992, To'Ki)

  Tinggallah Pujaan Hati Khadijah Ibrahim
     (1981, Ahmad Nawab / Dalina)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)