PERGI TAK KEMBALI

(Koleksi 16 Lagu Istimewa Daripada Permata Seni Yang Telah 'Berpulang')

(Pertama kali diperdengarkan 25 Jun 2022)

Persada seni tanahair ibarat kehilangan permata apabila satu demi satu 'gugur' dan ada juga pemergian mereka ibarat satu kejutan yang tidak dijangka oleh ramai rakan-rakan selebriti dan peminat.  Meskipun tiada lagi di dunia ini namun nama mereka akan terus terpahat dan disebut sebagai insan yang cukup berbakat besar dan baik budi pekertinya.  Salam belasungkawa dan AL FATIHAH untuk mereka kerana meninggalkan karya seni yang begitu berharga dan diingati sepanjang zaman.  Seniman seperti mereka ibarat lilin, pahit maung perjuangan mereka demi memberi hiburan pada orang lain.

Playlist PERGI TAK KEMBALI menyenaraikan koleksi 16 lagu lagu bagi mengimbau karya hebat permata seni yang telah pergi buat selama lamanya dan paling syahdu apabila terdapat lirik lagu yang diilhamkan bagaikan menggambarkan ‘kepulangan’ mereka.



Senarai lagu:

  Getaran Jiwa (1960, P Ramlee / S Sudarmaji)
     P RAMLEE (22-03-1929 – 29-05-1973) 

  Lagu Anak Rantau (1981, Kassim Masdor)
     SALOMA (22-01-1935 – 25-04-1983)

  Kepulangan Dalam Iman (1998, Yusry / Siso)   Lirik
     SHARIFAH AINI (02-07-1953 – 05-07-2014)

  Salam Terakhir (1986, Manan Ngah / Habsah Hassan)
     SUDIRMAN (25-05-1954 – 22-02-1992)

  Kalau Rindu (1980, DYMM Raja Idris Shah)
     RAFEAH BUANG (25-07-1947 – 24-07-2002)

  Seniman (1980, Wazata Zain)
     SM SALIM (30-07-1928 – 29-12-2016)

  Kisah Seorang Biduan (1975, Syam Bimbo)
     DHALAN ZAINUDDIN (02-06-1941 – 28-05-2019)

  Mengenang Dikau Kembali (1977, Ahmad Nawab / Arnie S)
     LATIFF IBRAHIM (23-02-1951 – 20-02-2012)

  Pergi Tak Kembali (1999, KRU / Nazim / Asri Ibrahim)
     ASRI IBRAHIM @ Rabbani (03-08-1969 – 13-08-2009)

  Suara Amirul (1990, Fauzi Kadir)
     SEHA @ Freedom (19-03-1962 – 11-10-2006)

  Sesekali Rindu Datang (2011, Nik Nizam / Siti Zaleha Hashim)
     SHAMRIN @ Fotograf (15-09-1965 – 11-11-2010)

  Lembaran Terakhir (1966, Kassim Masdor / Kahar Jaafar)
     AHMAD JAIS (28-03-1936 – 11-10-2011)

  Jangan Di Tanya (1973, Copyright Control)
     KARTINA DAHARI (12-11-1941 – 30-04-2014)

  Insan Yang Mulia (1972, AR Ismail / Ismail Haron)
     ISMAIL HARON (13-05-1946 – 09-04-2012)

  Terlalu Istimewa (2005, Azlan Abu Hassan / Adibah Noor)
     ADIBAH NOOR (13-09-1970 – 18-06-2022)

  Dondang Dendang (2000, Pak Ngah)
     PAK NGAH @ Suhaimi Mohd Zain (26-09-1958 – 25-09-2018)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)