HIT KLASIK BOLLYWOOD: Versi Hindi vs Melayu [Koleksi Lagu Hindi (versi original) vs Versi Melayu] (Pertama kali diperdengarkan 1 Jun 2017) |
|
Playlist HIT KLASIK BOLLYWOOD versi Hindi vs Melayu menyenaraikan lagu lagu klasik Hindi yang popular sekitar tahun 60an - 80an dan versi rakaman semula dalam bahasa Melayu oleh penyanyi Nusantara. Sebagaimana lagu lagu Inggeris, irama Hindi memang tidak asing di pendengaran kita kerana pengaruh besar filem Bollywood di tanahair terutamanya di era 70an - 80an. Bagaikan strategi serampang dua mata filem Bollywood bukan saja menampilkan aktres cantik jelita dan aktor tampan tetapi turut menyajikan lagu lagu merdu yang syahdu dan irama pantas yang diiringi tarian yang turut memberi impak perkembangan muzik tempatan ketika itu. Sedangkan pengisian ceritanya adalah kisah biasa saja iaitu kisah cinta dua darjat tetapi sajian tersebutlah yang menjadikan filem Bollywood diminati. Lagu lagu Melayu yang disadurkan dari lagu filem Hindi pada dekad 70an dan awal 80an amat mudah dikesan berbanding lagu Hindi versi Melayu tahun 50an. Siapa sangka setelah dirakam semula oleh ramai penyanyi tempatan kita dapati lagu berikut adalah lagu saduran dari filem Hindi antaranya, Kerana Mata & Airmata Kasih (R Azmi), Seri Dewi Malam & Janji Diikat (Normadiah), Pujaan Hatiku & Kecantikan (Zainab Majid), Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (P Ramlie & Saloma). Sebagai hiburan, playlist HIT KLASIK BOLLYWOOD versi Hindi vs Melayu menghimpunkan 15 buah lagu versi asal (Hindi) dan rakaman semula. Semoga terhibur.
|