![]() |
sejarah Ringkas perjalanan seni noraniza idris Bekas peserta Bintang RTM, Noraniza Idris mula diperkenalkan oleh Life Records sebagai penyanyi rakaman melalui album MELAYU DELI pada tahun 1985. Album bergenre tradisional ini telah menggabungkan Noraniza Idris dengan artis-artis veteran seperti L Ramli, S Jibeng & A Dayang dan bintang baru seangkatannya Sham. Di awal pembabitannya sebagai artis rakaman, Noraniza Idris hanya berpeluang merakam lagu-lagu rakaman semula bersama-sama artis-artis lain melalui album projek memartabatkan irama Melayu-Nusantara dalam album KERONCONG AIDILFITRI (1986) dan LAGU LAGU DARI FILEM (1986). Bagaimanapun namanya mula menjadi sebutan apabila menghasilkan dua album rakaman semula (cover version) lagu-lagu hits kontemporari Malayisa dan Indonesia (Malindo) menerusi album PUJAAN MALINDO vol 1 dan 2 (1986 & 1987). Syarikat rakaman Life Records kemudiannya menggandingkan Noraniza Idris bersama bintang veretan Abdullah Chik untuk merakam lagu lagu klasik filem lama menerusi album LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 2 (kesinambungan dari album LAGU LAGU DARI FILEM, 1986) yang menerima sambutan baik di kalangan peminat. Natijah kerana sering merakam lagu-lagu penyanyi-penyanyi lain, Noraniza Idris telah digelar Ratu Ciplak. Bagaimanapun gelaran ini juga membantu menaikkan populariti Noraniza Idris sehingga Life Records memberi peluang Noraniza Idris muncul dengan lagu-lagu baru menerusi album solonya yang ketiga MENGEMIS RINDU (1987) dan diikuti INGIN KU SANDARKAN HARAPAN (1988). Walaupun kedua-dua album tersebut melahirkan lagu hit 'Mengemis Rindu' & 'Ingin Ku Sandarkan Harapan' tetapi ianya tidak cukup ampuh untuk melonjakkan nama Noraniza Idris sebaris dengan nama-nama artis popular wanita yang cukup berjaya ketika itu seperti Francissca Peters, Azlina Aziz, Siti Fairuz, Rohana Jalil, Zaiton Sameon & Ramlah Ram. Populariti yang dikecapi turut memberi ruang kepada Noraniza Idris untuk muncul sebagai pelakon utama filem airmata, SAYANG IBU (1988) arahan Omar Rojik. Setakat ini, SAYANG IBU merupakan filem pertama dan terakhir lakonan Noraniza Idris manakala INGIN KU SANDARKAN HARAPAN menjadi album solo terakhir Noraniza Idris bersama Life Records kerana selepas itu Noraniza Idris hanya berpeluang merakam lagu-lagu rakaman semula petikan dari filem bergandingan bersama Abdullah Chik. Mereka menjadi pasangan duet yang serasi dan berjaya menghasilkan 4 album LAGU LAGU FILEM & KENANGAN LAMA vol 2, 3, 4 & 5 sebelum Noraniza Idris berhijrah ke syarikat rakaman yang lain.
Bersama SRC, Noraniza Idris telah bekerjasama dengan penerbit album Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) & S Atan untuk melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional/etnik kontemporari, ALA DONDANG (1997). Album ini mendapat sambutan hebat dan mencecah jualan melebihi 100,000 unit dan bersaing dengan sebuah lagi album pop tradisional/etnik kontemporari yang juga mendapat sambutan luarbiasa, CINDAI (juga terbitan Pak Ngah) nyanyian pendatang baru yang cukup berjaya ketika itu, Siti Nurhaliza yang juga menjadi artis sebumbung dengan Noraniza Idris di SRC. Tidak dinafikan hasil kreativiti Pak Ngah secara tidak langsung telah mengangkat martabat irama etnik dan amat membanggakan apabila irama tersebut menguasai arus perdana muzik tempatan di awal era Melinium. Berbanding dengan Siti Nurhaliza, Noraniza Idris terus konsisten dengan perjuangannya untuk memartabatkan irama tradisional/etnik kontemporari dengan melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat/pribumi hingga diberi gelaran Ratu Irama Tradisional Malaysia dan Ratu Pop Tradisional. Populariti hebat yang dikecapi oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza dalam muzik bergnre pop tradisional/etnik kontemporari telah menggabungkan mereka dalam album SERI BALAS (1999), sebuah album yang cukup untuk 'dikenang' oleh peminat kedua-dua penyanyi tersebut bukan sahaja kerana lagu hit 'Hati Kama' ataupun keserasian mereka sebagai pasangan duet tetapi juga 'perang dingin' yang membadai kedua penyanyi popular tersebut. ALA DONDANG dan SERI BALAS merupakan album yang memberi impak yang besar ke atas kejayaan Noraniza Idris sebagai pejuang irama tradisional/etnik kontemporari sehingga mencetuskan fenomena. Album ALA DONDANG telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 manakala SERI BALAS memenangi kemenangan berganda Anugerah Industri Muzik 2000 melalui kategori Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Lagu hit 'Hati Kama' pula memenangi Juara Kategori Irama Malaysia menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 terbitan TV3. Noraniza Idris terus aktif melahirkan album baru iaitu BEKABA (1999) dan IKTIRAF (2000) yang berterusan menyaksikan kejayaan Noraniza Idris menerusi lagu hit 'Tinting', 'Ngajat Tampi', 'Iboq' dan 'Manira'. Bagaimanapun sebelum menamatkan kontrak dengan SRC pada tahun 2003, Noraniza Idris telah tampil dengan pembaharuan dengan memilih bekas suami, Fareez untuk penerbitan album AURA (2002) yang lebih fokus kepada muzik etnik yang lebih segar melalui karya, 'Hala Timur', 'Tandang Bermadah' dan 'Layar Battuta'. Sebelum ini kesemua album Noraniza Idris diterbitkan oleh Pak Ngah. Setelah tamat kontraknya dengan syarikat rakaman SRC (2003), Noraniza Idris yang ketika itu telahpun mempunyai label sendiri Gerak Budaya Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music telah melahirkan album SAWO MATANG (2004). Hit utama dari album ini ialah 'Hatinya Tak Tahan'. Album ini telah meraih kejayaan apabila AIM 12 telah mengiktiraf SAWO MATANG sebagai Album Pop Etnik Terbaik manakala lagu 'Hatinya Tak Tahan' berjaya mengungguli Persembaahan Terbaik di AJL ke 18 dan Lagu Etnik / Global Pilihan di Anugerah ERA 2004. Pada tahun 2006, Noraniza Idris kembali berkerjasama dengan Life Records untuk penerbitan album kompilasi berkembar khas sempena 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik, LENGGOK 20 TAHUN. Terdapat 2 lagu baru, Racau Sang Khalifah (duet bersama Liza Hanim) dan Asyik Bisikan Hubah dan sebuah lagu klasik yang diolah semula, 'Dayung Sampan' (menampilkan pemain erhu, He Yun dari negara China). Terdapat juga prolog yang dizahirkan melalui syair, gurindam, ulek dan kisah barat. Selebihnya adalah lagu-lagu popular yang pernah Noraniza Idris rakamkan di bawah label Life Records termasuk 3 buah lagu istimewa yang dirakam semula iaitu 'Mengemis Rindu', 'Tandang Bermadah' dan 'Ayuh Juragan/Juklah! Guru Abe'. Noraniza Idris kemudiannya menubuhkan syarikat produksinya sendiri Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) yang bertindak untuk menguruskan kerjaya seninya dan menerbitkan album artis dibawah label NIPVSB. NIPVSB telah berkerjasama dengan eRama Records untuk penerbitan album Noraniza Idris yang seterusnya, CINTAKU SATU (2011) yang menyaksikan beliau berduet dengan ramai penyanyi baru seperti Jaclyn Victor, Marsha, Bob AF, Dior, Elji Henava, Black dan Karen Tan. Pada penghujung tahun 2011, Noraniza Idris telah mengumumkan projek untuk menerbitkan album PRIMADONA. Album PRIMADONA akan merakamkan lagu-lagu popular primadona seni suara dekad 70an yang amat disegani, Sharifah Aini, Rafeah Buang dan Sanisah Huri sebagai penghargaan ke atas penyanyi yang diminatinya. Sayangnya, walaupun senarai lagu-lagu telah dipilih, projek ini sehingga kini tidak menjadi dan hanya single 'Dekatlah Padaku' (nyanyian asal Sharifah Aini) berjaya diterbitkan dan dilancarkan pada penghujung Disember 2011. Pada Ramadhan 2016, RIA AIDILFITRI pula diterbitkan. Konsep album ini lebih menjurus kepada sketsa pendek yang diselang-seli lagu-lagu raya nyanyian beliau bersama artis-artis baharu dibawah produksinya sendiri, NIPVSB. Album raya RIA AIDILFITRI ia turut dimeriahkan dengan ucapan khas penyanyi jemputan. Selepas album ini Noraniza Idris hanya menghasilkan single, antaranya 'Wangikanlah Hatimu' (2017) berkolaborasi bersama penyanyi baru, Tyka yang dicungkil bakatnya daripada program realiti 3 JUARA dan 'Permata Saadah' (2017) dan sebelumnya berkolaborasi dengan L'Zzay untuk single 'Mohon Terasa' (2016). Diskografi lengkap noraniza idris (menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Noraniza Idris termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Sebelum berpeluang merakamkan album solo, Noraniza Idris diberi peluang terlebih dahulu merakam 3 buah lagu dalam album bergenre Melayu Deli bersama artis-artis lain . Lagu-lagu tersebut ialah 'Hujung Sirih', 'Laila Manja' dan berduet bersama L Ramli untuk lagu 'Mak Inang Kampung'.Senarai lagu;
Hujung Sirih (Noraniza Idris)
Album raya bergenre keroncong ini turut menampilkan Noraniza Idris menyanyikan tiga buah lagu klasik raya 'Suasana Riang Di Hari Raya', 'Suasana Hari Raya' dan 'Aidilfitri'. Senarai lagu;
Bila
Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Album berkonsepkan seleksi lagu petikan filem filem klasik lama tetapi diberi
nafas baru turut menyenaraikan 5 buah lagu nyanyian Noraniza Idris termasuk 2
lagu duet dengan pendatang baru, Sham
dan penyanyi veteran, Sulaiman Yasin.
Senarai lagu;
Sumpah Tanda Setia (Noraniza Idris & Sulaiman Yasin)
10 PUJAAN MALINDO merupakan album solo pertama Noraniza Idris dan lagu-lagu yang
dinyanyikan oleh beliau merupakan lagu 'cover version' iaitu lagu-lagu yang
pernah dipopularkan oleh artis-artis tempatan dan juga dari negara seberang
(Indonesia). Bagaimanapun album ini mendapat
sambutan luar biasa sehingga Noraniza Idris berpeluang merakam sebuah lagi album
yang berkonsep sebegini.
Senarai lagu;
Bunga Dan Kumbang
(oa Endang S Taurina)
Senarai lagu;
Rindunya Setengah Mati
(oa Ade Putra)
Album ini adalah kesinambungan dari album LAGU LAGU DARI FILEM yang pernah diterbitkan pada tahun 1986 dan tetap mengekalkan konsep merakam semula lagu-lagu klasik era 50an dan lagu-lagu nostalgia petikan filem-filem lama . Tetapi untuk vol 2, album ini hanya menampilkan artis veteran Abdullah Chik berpasangan artis muda, Noraniza Idris. Mereka menjadi pasangan duet untuk 5 buah lagu dan selainnya adalah nyanyian solo Abdullah Chik. Senarai lagu;
Bersendirian (Abdullah Chik)
Sebelum ini lagu-lagu yang dirakam oleh Noraniza Idris merupakan lagu-lagu rakaman semula daripada penyanyi-penyanyi lain, dan MENGEMIS RINDU merupakan album solo pertamanya yang menyenaraikan kesemua lagu-lagu ciptaan baru. Senarai lagu;
Mengemis Rindu
Sebagaimana siri album ini sebelumnya, untuk vol 3, album ini masih menampilkan artis lama dan baru, Abdullah Chik dan Noraniza Idris. Mereka menjadi pasangan duet untuk 6 buah lagu dan selainnya adalah nyanyian solo Abdullah Chik. Senarai lagu;
Tiada Lari Gunung Di Kejar (duet)
Untuk vol 4, album ini masih menampilkan Abdullah Chik dan Noraniza Idris. Mereka menjadi pasangan duet untuk 6 buah lagu dan selainnya adalah nyanyian solo Abdullah Chik. Senarai lagu;
Serba Salah (Abdullah Chik)
Selepas kejayaan album MENGEMIS RINDU, Noraniza Idris berpeluang melahirkan
sebuah lagu album yang menyenaraikan kesemua lagu-lagu ciptaan baru. Lagu
popular dari album ini 'Ingin Ku Sandarkan Harapan' kemudiannya dirakam
semula oleh Hetty Koes Endang untuk album beliau SIAPA MENABUR SIAPA MENUAI
(Life Records, 1989).
Senarai lagu;
Bukan Aku Di Hatimu
Untuk vol 5, album ini masih menampilkan Abdullah Chik dan
Noraniza Idris. Noraniza Idris masih digandingkan dengan
biduan Abdullah Chik tetapi hanya untuk 3 lagu sahaja.
Selebihnya adalah nyanyian solo nyanyian Abdullah Chik.
Album ini juga merupakan album rakaman terakhir Noraniza Idris
bersama syarikat Life Records.
Senarai lagu;
Si Cantik Manis (Abdullah Chik)
Album
kompilasi ini turut memuatkan 2 buah lagu baru (mungkin ia merupakan baki
lagu-lagu rakaman sebelum Noraniza Idris meninggalkan Life Records)
iaitu 'Di Bibir Harapan' (ciptaan
Fauzi Marzuki) dan 'Terhenti Langkahku' (ciptaan A Ali).
Senarai lagu;
Di Bibir Harapan
MASIHKAN DIRIMU MENYAYANGIKU merupakan album solo nyanyian Noraniza
Idris bersama syarikat baru dan kesemuanya mengandungi lagu-lagu ciptaan
baru. Bagaimanapun album ini tidak mampu menjulang nama Noraniza
Idris.
Senarai lagu;
Masihkah Dirimu Menyayangiku
Album
kompilasi ini menyenaraikan seleksi 16 lagu-lagu popular
tempatan dan dari negara seberang yang pernah
dirakam oleh Noraniza Idris melalui
dua albumnya yang cukup berjaya 10 Pujaan Malindo vol I & II.
Senarai lagu;
Anak Tani (Singkong & Keju)
Bernaung di syarikat rakaman Sony Music, Noraniza Idris telah digandingkan
dengan Ibnor Riza untuk album SEINDAH BUDIMU vol 2 yang berkonsepkan rakaman
semula koleksi lagu lagu malar segar. Sebelum ini album SEINDAH BUDIMU
(Sony, 1990) telah menampilkan Ibnor Riza bersama Rohayu Majid.
Senarai lagu;
Gitar Berbunyi (Noraniza Idris)
Setelah menghasilkan album duet bersama Ibnor Riza. SEINDAH BUDI vol 2, Sony Muzik
telah menerbitkan sebuah album solo Noraniza Idris yang hanya
menggunakan namanya sebagai tajuk album
Senarai lagu;
Monolog Duka
Untuk vol 9, album ini menampilkan semula penyanyi Noraniza
Idris untuk menjadi pasangan duet Abdullah Chik.
Berbanding dengan siri album ini sebelumnya, selain berduet
untuk 6 buah lagu,
Noraniza Idris turut merakam dua buah lagu klasik lama secara
solo.
Senarai lagu;
Hasrat Rohani (duet)
Vol 10 merupakan penamat ke atas siri LAGU LAGU DARI FILEM &
KENANGAN MANIS. Untuk siri terakhir ini Noraniza Idris
telah digandingkan dengan ramai artis popular sebagai pasangan
duetnya kerana mengisi kekosongan ketiadaan pasangan duet
idealnya, biduan
Abdullah Chik yang telah menghembus nafas terakhir pada 19
September 1995
Senarai lagu;
Semenjak Kita Berpisah (Noraniza
Idris)
ALA DONDANG merupakan album pertama Noraniza Idris dibawah label SRC. Misi
dan visi Noraniza Idris untuk memartabatkan lagu-lagu bergenre kemelayuan
akhirnya berkesampaian apabila kesemua albumnya yang diterbitkan
dibawah label SRC mendapat sambutan luarbiasa
terutamanya album ALA DONDANG. Lagu 'Awallah Dondang' dari album ALA DONDANG
yang diterbitkan oleh Pak Ngah dan S Atan telah menjulang nama Noraniza Idris sebagai
penyanyi pop etnik yang cukup berjaya di era tersebut dan kejayaan terbesar
apabila album ini telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah
Industri Muzik 1998 Senarai lagu;
Awallah Dondang
Album
raya yang memuatkan lagi ciptaan baru dan lagu klasik raya rakaman semula turut
memuatkan sebuah lagu raya solo nyanyian Noraniza Idris, 'Masih Ada Yang
Sayang' yang pernah dipopularkan oleh Nas Atea tetapi liriknya disesuaikan
untuk mood raya. Terdapat juga sebuah lagu raya ciptaan baru, 'Nikmat Hari
Raya' disampaikan oleh Noraniza Idris bersama Siti Nurhaliza & September 5.
Senarai lagu;
Nikmat Hari Raya (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris &
September 5)
MASYHUR merupakan album kedua Noraniza Idris bersama SRC.
Masih mengekalkan genre pop etnik, MASYHUR terus mengekalkan
Noraniza Idris sebagai bintang muda yang cukup berjaya dan
sesuatu yang agak luar biasa kerana lagu-lagu pop etniknya turut
diminati oleh generasi muda zaman tersebut.
Senarai lagu;
Gurindam (introduksi)
Setelah kejayaan album pop etnik Noraniza Idris bersama SRC
iaitu MASYHUR yang diedarkan pada tahun 1998, kemudiannya
syarikat rakaman lama beliau, Life Records turut mengeluarkan
album kompilasi Noraniza Idris beberapa siri (genre irama
keMelayuan, nuansa pop dan pop Malindo (Malaysia+Indonesia) dan salah satunya
ialah album KAPARINYO yang menghimpunkan seleksi lagu-lagu berirama keMelayuan.
Senarai lagu;
Sebuah lagi album Noraniza Idris yang diterbitkan dengan seleksi lagu-lagu nuansa pop yang pernah
dirakam oleh Noraniza Idris ketika bersama Life Records Senarai lagu;
Mengemis Rindu
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
![]() Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu rakaman semula nyanyian Noraniza Idris yang sebelumnya pernah dinyanyikan oleh artis-artis tempatan, Indonesia dan juga Singapura. Senarai lagu;
Anak Tani (Singkong Dan Keju)
Pada tahun 2003, CD ini diterbitkan semula dengan tajuk PERSEMBAHAN: NORANIZA IDRIS DENGAN LAGU LAGU MALINDO (WCD 0073).
Album solo ke 3 kumpulan yang dianggotai 4 orang anak muda, 2 by 2 yang konsep albumnya mempopularkan semula lagu-lagu retro turut mengundang Noraniza Idris untuk berduet dalam sebuah lagu klasik lama 'Tanda Kasih'.
Senarai lagu;
Tragedi Tenda Biru (featuring
Liza Hanim)
Album
kompilasi yang menampilkan lagu-lagu popular daripada 3 bintang popular syarikat
rakaman SRC, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Liza Hanim turut memuatkan 3 buah
lagu baru' termasuk sebuah darinya adalah nyanyian Noraniza Idris, 'Dendang Buat Suami'
yang berirama ghazal (tetapi dalam abum dicatat tajuk yang salah 'Rendang Buat Suami').
Senarai lagu;
Kini Kau Di Sisi (Siti Nurhaliza) (lagu baru)
SERI BALAS menggabungkan dua penyanyi popular dari syarikat rakaman yang
sama, SRC iaitu Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Album berkonsepkan irama Melayu/Tradisional
ini melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai Album Terbaik dan Album Pop Etnik
Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 2000. Lagu duet 'Hati Kama' menjadi
lagu paling hit di semua stesen radio tempatan termasuk stesen radio yang
kebiasaanya meng'anaktirik'an lagu lagu berirama keMelayuan. Manakala lagu
'Dondang Dendang' yang dinyanyikan secara solo
oleh Noraniza Idris dalam album MASYHUR kini dinyanyikan secara
duet bersama Siti Nurhaliza.
Senarai lagu;
Hati Kama
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
BEKABA adalah album studio bergenre pop etnik yang ketiga Noraniza Idris di bawah label SRC. Noraniza Idris terus mengekalkan dirinya sebagai Ratu Pop Tradisional apabila lagu 'Tinting', 'Ngajat Tampi' dan 'Si Nara' menjadi popular.
Senarai lagu;
Kisah Barat (Introduksi)
Album kompilasi raya ini turut menampilkan empat buah lagu raya ciptaan baru termasuk dua daripadanya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu secara solo, 'Kenangan Perantau' dan secara beramai-ramai dengan artis popular SRC untuk lagu 'Aidilfitri Di Alaf Baru'.
Senarai lagu;
Aidilfitri Di Alaf Baru
Noraniza Idris tetap unik dengan misinya memartabatkan irama etnik dan pribumi. Untuk album IKTIRAF beliau menonjolkan dan memilih budaya orang Asli bagi meneruskan sinambungan eksperimentasinya melalui lagu 'Iboq (Kita)'. Senarai lagu;
Mengulek (Introduksi)
Album
kompilasi yang menghimpunkan seleksi irama pop etnik yang pernah popular dan
mendapat sambutan daripada 3 penyanyi popular dari syarikat rakaman SRC, Siti
Nurhaliza, Noraniza Idris dan Nurhaida.
Senarai lagu;
Manira (Noraniza
Idris)
Album
kompilasi raya ini menampilkan tiga buah lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah
darinya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu 'Halal Bihalal'.
Senarai lagu;
Nazam Lebaran
AURA merupakan album studio terakhir bergenre pop etnik nyanyian Noraniza Idris bersama syarikat rakaman SRC . Lagu popular dari album ini ialah 'Hala Timur' dan 'Tandang Bermadah'.Senarai lagu;
Hala Timur
Album kompilasi yang menyenaraikan seleksi lagu-lagu berirama keMelayuan/tradisional yang diambil dari album-album Noraniza Idris dan Rafeah Buang yang pernah diterbitkan oleh Life Records. Senarai lagu;
Damak (Rafeah Buang)
Album
kompilasi yang menghimpunkan sebahagian lagi seleksi irama pop etnik yang pernah popular dan
mendapat sambutan daripada 3 penyanyi popular dari syarikat rakaman SRC, Siti
Nurhaliza, Noraniza Idris dan Nurhaida.
Senarai lagu;
Nirmala (Siti Nurhaliza)
![]() ![]()
Senarai lagu;
Si Jantung Hati
Senarai lagu;
Bunga Dan Kumbang
SAWO MATANG merupakan album studio Noraniza Idris yang ke 12. SAWO MATANG menjadi cukup istimewa kerana buat pertama kalinya Noraniza Idris sendiri menjadi penerbit albumnya dan juga diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri, Gerak Budaya Records dengan kerjasama Universal Music. Album ini turut memuatkan 2 buah lagu 'bonus track' iaitu irama pop etnik Jawa 'Atine Ora Tahan' (versi Melayu 'Hatinya Tak Tahan') dan sebuah lagu masyarakat Orang Asli yang disampaikan dalam bahasa Semai, 'Juklah! Guru Abe' (versi Melayu 'Ayuh! Juragan'). Album ini juga banyak meraih kejayaan seperti pengiktirafan sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005, Persembahan Terbaik di ANUEGARAH JUARA LAGU 2004 menerusi lagu 'Hatinya Tak Tahan'. 'Hatinya Tak Tahan' juga telah menerima anugerah sebagai Lagu Global Pilihan di Anugerah Era 2004. Senarai lagu;
Sama Tak Serupa (duet David
Arumugam)
Setakat ini ini merupakan satu-satunya album kompilasi Noraniza Idris yang pernah diterbitkan oleh syarikat rakaman SRC. Senarai lagu;
Dikir Puteri
Album koleksi CD berkembar ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu dari album LAGU LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA vol 1 - 10 yang pernah diterbitkan oleh Life Records. Selain Noraniza Idris & Abdullah Chik, lain-lain penyanyi yang turut terlibat dalam siri album ini ialah Zaleha Hamid, Rafeah Buang, Nassier Wahab, Sham & Sulaiman Yasin. Senarai lagu;
CD1
duet
Abdullah Chik & Noraniza Idris:
Lama Dan Baru
CD2
Album
kompilasi raya ini turut memuatkan 8 lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah
darinya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu 'Ria Raya'.
Senarai lagu;
Ria Raya
(Noraniza Idris) (lagu baru)
Album Ulangtahun 20 Tahun
penglibatan Noraniza Idris dalam persada muzik tanahair
diterbitkan bersama oleh syarikat milik Noraniza Idris sendiri, Gerak Budaya
dengan kerjasama syarikat rakaman yang telah memperkenalkannya ke dunia rakaman,
Life Records.
Senarai lagu;
CD1
Lenggok:
Asyik Bisikan
Hubah (featuring Mohram) (lagu baru)
CD2
Album raya produksi e-Rama Records Sdn
Bhd berjaya menyatukan nama-nama besar dan popular dalam industri muzik tanahair
termasuk Noraniza Idris yang menyampaikan sebuah lagu raya baru,
'Selamat Hari Raya' ciptaan
Jasnie Mohd Yaakub dan lirik oleh Kamarudin Haji Hasim,
. Album ini agak istimewa apabila turut
mengundang personaliti dan penyampai radio RTM untuk turut
melontarkan vokal masing-masing.
Senarai lagu;
Keroncong Hari Raya (oa
Wings featuring Mus)
Sebuah produksi kerjasama e-Rama Records Sdn
Bhd bersama RTM yang menampilkan ramai penyanyi lama dan baru yang mana
lagu-lagu persembahan mereka diringi orkestra pimpinan Mohd Asnawi Mutaal turut
memuatkan sebuah lagu klasik yang dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris 'Anak
Dagang'.
Senarai lagu;
CD1:
La Obe (La la la) (Mila AF5 featuring Doul)
CD2:
Dirgahayu Tanah Airku (Jaclyn Victor)
CINTAKU SATU merupakan album studio terbitan syarikat produksi Noraniza Idris sendiri, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB). Album ini turut memuatkan lagu-lagu nyanyian Noraniza Idris berkolaborasi dengan artis lama dan baru antaranya David Arumugam, Jaclyn Victor, Marsha Milan, Black, Bob AF2 dan Karen Tan.
Senarai lagu;
Mahligai
Menampilkan single 'Dekatlah Padaku' sebuah lagu saduran yang pernah dipopularkan oleh Sharifah Aini. Turut dimuatkan dalam album ini ialah instrumental 'Dekatlah Padaku'. 'Dekatlah Padaku' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.
CD berkembar REVIVAL 80'AN memuatkan kesemua lagu-lagu dari dua album studio Noraniza Idris, MENGEMIS RINDU (1987) dan INGIN KU SANDARKAN HARAPAN (1988). Susunan trek lagu adalah seperti album asal.
CD1:
Mengemis Rindu
CD2:
Bukan Aku Di Hatimu
GAGASAN ANAK MERDEKA Senarai lagu;
Selamat Datang (featuring Ihab Ismail) (lagu baru)
Mini-album KALIMAH LEBARAN hanya menampilkan 3 buah lagu baru dan salah satunya ialah lagu raya 'Kalimah Lebaran' yang disampaikan oleh Noraniza Idris bersama Razis Ismail dan Azmir Arif. 'Kalimah Lebaran' kemudiannya dimuatkan semula dalam album raya RIA AIDILFITRI (2016). Manakala 2 lagu lainnya bukannya lagu raya tetapi lagu rentak zapin dan irama etnik kontemporari nyanyian Ihab Ismail iaitu pemenang Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik AIM 2013. Senarai lagu;
Kalimah Lebaran (Noraniza Idris, Razif Ismail &
Amir Arif)
Album kompilasi 2 CD berkembar ini memuatkan seleksi lagu-lagu dari album
Noraniza Idris yang dirakam ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records. Senarai lagu;
CD1:
Dayung Sampan (featuring He Yun)
CD2:
Bulan Di Tutup Awan
Lagu tradisional/lagu rakyat ini dicampur-baurkan dengan lirik lagu asal yang
dinyanyikan oleh Noraniza Idris dan lirik secara rap oleh rapper, Iwere.
Album solo Ihab Ismail turut memuatkan 4 lagu batu termasuk satu daripadanya adalah lagu duet bersama Noraniza Idris, 'Puncak Gapura' manakala lagu-lagu lain adalah seleksi 'single' Ihab Ismail yang pernah diterbitkan sebelumnya. Senarai lagu;
Puncak Gapura (Ihab Ismail featuring Noraniza
Idris) (lagu baru)
Senarai lagu;
Akar Kita Zapin Aidilfitri
(Noraniza Idris, Ihab Ismail, Fee Haiqal & L'zzay) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Lagu: Amir Jahari & AG Coco Lirik: Ahmad Fedtri YahyaNoraniza Idris telah menampilkan peserta program realiti '3 Juara', Tyka berkolaborasi dengan beliau untuk single 'Wangikanlah Hatimu' yang berkonsep pop Etnik dan Tradisional yang menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat, Siam dan Sunda. Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Lagu: Rosli Selasih Lirik: Ahmad Fedtri Yahya Single bergenre Zapin fusion 'Permata Saadah' terhasil kerana tertariknya Noraniza Idris dengan perkataan 'Permata Saadah' milik usahawan sebuah syarikat perkhdimatan penyediaan katering perkahwinan. Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Lagu: Ihab Ismail
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya Lagu raya bergenre irama keMelayuan ini buat pertama kalinya pernah dirakam pada 2009 yang dinyanyikan Noraniza Idris bersama kumpulan Akasia. Bagaimanapun untuk versi 2021, Noraniza Idris selaku penerbit asal single ini masih mengekalkan susunan muzik asal Eddie Marzuki tetapi disusun secara 'live' bersama pemuzik-pemuzik terkemuka tanahair seperti Ujang, Mohar dan Kelly.
Lagu: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa Penyanyi rap, Bunga Isme telah berkerjasama degan Norania Idris untuk single bernuansa irama Malaysia, 'Intan Payung'. agu raya Penyanyi Rap, Bunga Isme telah bekerjasama dengan Noraniza Idris untuk single bernuansa Irama Malaysia 'Intan Payung'.
Lagu/Lirik: Kmy Kmo & Lca Sickta 'Penawar Kita' adalah lagu yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden yang terpilih dan disulami dengan kata-kata hikmah dan pantun nasihat. |