KOLEKSI 412 BUAH LIRIK LAGU

Hampir 450 buah lagu telah dirakamkan oleh Biduanita ini.  Ini bererti sejumlah itulah juga lirik telah dihasilkan untuk menjadi koleksi nyanyian penghibur sepanjang zaman ini.  Ruangan 'Koleksi Lirik Lagu Sharifah Aini' sudah tentunya akan menampilkan hampir kesemua lirik lagu yang pernah dirakamkan oleh Biduanita ini yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu, Lagu-Lagu Inggeris,  Lirik Lagu-Lagu Aidilfitri, Lirik Lagu-Lagu Petikan Album Runut Bunyi (soundtrack) dan Lirik Lagu-Lagu latar untuk filem sahaja (tidak diedarkan dalam bentuk album).

Layarilah koleksi 306 lirik lagu-lagu Melayu Sharifah AiniLayarilah koleksi 60 lirik lagu-lagu Inggeris Sharifah AiniLayarilah koleksi 28 lirik lagu-lagu Aidilfitri Sharifah AiniLayarilah koleksi 13 lirik lagu petikan album runut bunyi yang menampilkan Sharifah Aini sebagai pelakon utamanyaLayarilah koleksi 5 lirik lagu yang dipetik daripada filem sahaja samada menampilkan Sharifah Aini sebagai pelakon utamanya atau pun sebagai penyanyi latar sahaja

Dengar Playlist DARIPADA MATA PENA - lirik nukilan Sharifah AiniSHARIFAH AINI SEBAGAI PENULIS LIRIK

Apa yang menarik Biduanita Sharifah Aini bukan saja memiliki suara merdu tetapi juga mempunyai bakat yang hebat sebagai penulis lirik.  Di awal kemunculannya dan di era kegemilangannya,  banyak lirik yang telah dihasilkan oleh beliau menjadi begitu popular apalagi dengan kolaborasinya yang begitu serasi dengan pencipta dan penggubah hebat di zaman itu Ahmad Nawab (kini bergelar Datuk).  Jika anda peminat setianya atau pencinta industri muzik tanahair, tiada siapa dapat melupakan lirik lagu  syahdunya hasil ciptaannya - Tiada Maaf Bagimu, Hapuslah Airmatamu (petikan filem), Dekatlah Padaku (lagu saduran Jepun), yang kini masih menjadi 'trademark'nya ketika membuat persembahan.  Hayati pula lirik lagu  Kau Tinggi Di Awan Biru, Pengorbanan, Hatiku Dicuri Lagi, Engkau Pendusta yang bukan saja menjadi nostalgia kepada penyanyinya sendiri tetapi juga para peminatnya. Selain menulis lirik lagu untuk nyanyiannya sendiri terdapat dua buah lagu yang liriknya dibuat untuk rakan seperjuangannya, Uji Rashid (ketika itu sebagai pendatang baru yang amat berjaya - bernaung dibawah syarikat EMI).  Lagu-lagu tersebut ialah Kau Milik Hatiku dan Di Manakah Dia (kedua-duanya lagu saduran Jepun).  Manakala lagu Seloka Kasih, liriknya dihasilkan oleh Sharifah Aini untuk dinyanyikan oleh biduan Ahmad Jais, dan  Anak liriknya ditulis dan dimuatkan dalam album sulung kumpulan Carefree 'Kebebasan' yang juga merupakan lagu saduran (Tagalog, Filipina) nyanyian asal dan ciptaan Freddie Aguilar yang telah mendapat sambutan seluruh dunia dan telah dialibahasa ke pelbagai bahasa.  Bagaimanapun pertengahan 80an dan sehingga kini, beliau ada juga menulis lirik untuk rakaman albumnya tetapi tidak seaktif di awal pembabitannya.

PENULIS LIRIK TERNAMA

Dalam tempoh 4 dekad mewarnai dunia seni, Biduanita ini telah bekerjasama dengan ramai penulis lirik ternama.  Sekitar tahun 70an dan 80an, nama-nama seperti S Omar Osman, Haron Abdul Majid, Raja Kobat, Habsah Hassan, Syed Haron, Khairil Johari Johar, Siso dan Seri Bayu adalah nama yang begitu sinonim dengan pembikinan album studio Sharifah Aini.  Sebahagian nama-nama besar tersebut juga merupakan pencipta lagu berkaliber, maka terhasillah lagu-lagu hebat dan menjadi malar segar sehingga kini seperti Kisah Yang Terjadi, Hasrat Bertanya Hati Memuja, Kucurah Kasih Dalam Lagu (saduran lagu Hindi), Terbang Helang, Mawar Putih Untuk Mama, Kau Yang Bernama, Sabarlah Sayang dan banyak lagi.  Di era 90an dan Millinneum pula Sharifah Aini membuka ruang lagu-lagu rakamannya untuk ditulis oleh penulis-penulis muda yang juga bertindak sebagai pencipta ataupun penerbit seperti Saari Amir (Hatiku Sudah Patah), Baiduri (Seribu Mawar) dan Pak Ngah (Yayadan).  Himpunan lirik yang dihasilkan bukan saja bertemakan cinta tetapi bervariasi termasuk berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan nasihat.