Salam Ramadhan al Mubarak dan Minal Idul Wal Faizin 1431H

Sharifah Aini sebuah nama besar yang memang tidak boleh kita nafikan sumbangan dan impaknya terhadap industri muzik tanahair.  Minat yang tidak berbelah bagi, komitment yang tinggi terhadap karier menjadikannya sebagai 'jenama hebat' yang kekal sehingga kini.  Sama ada kita menyukainya atau tidak, kita tidak boleh 'mengubah sejarah' -  namanya sudah terpahat dan sebati malah tetap mekar di persada muzik tanahair.  Siapa yang boleh menafikan kelunakan dan kemantapan vokal beliau yang boleh melenggokkan apa saja jenis dan rentak lagu. Beliau adalah aktivis / pejuang atau penggiat seni tulin.   

Perkembangan dan rentetan perjalanan  seni beliau adalah transformasi industri muzik tanahair.  Telah 4 dekad beliau mewarnai industri muzik tanahair, bermula dari lewat 60an, zaman kegemilangan di pertengahan 70an, terus bertahan di era 80an, kembali menyerlah di pertengahan 90an dan terus bertahan sehingga kini.  Berbagai aliran muzik semasa telah dilaluinya tetapi beliau terus gah 'bertenaga', aktif konsisten di paksinya sendiri.  Ramai rakan seangkatannya yang telah menyepi dan pendatang-pendatang baru yang silih berganti 'datang dan pergi' tetapi  beliau masih di sini.  Apakah rahsia beliau boleh bertahan sebegini lama (37 tahun sebagai artis rakaman di bawah naungan sebuah syarikat gergasi antarabangsa, EMI)?  Sebagaimana yang kita tahu, EMI bukannya calang-calang syarikat rakaman yang akan 'mengikat'  seseorang artis itu jika tidak mempunyai 'commerical value'.  Mungkin kerana aura dan ke'versatile'an beliau menyebabkan EMI, apalagi peminat setianya begitu sukar menolak kehadirannya dalam industri muzik tanahair yang sukar diramal ini.  Amat wajarlah penyanyi tersohor negara ini diiktiraf sebagai Biduanita Negara.

Sebagai peminat setia vokal beliau, saya cuba mengambil inisiatif menghimpunkan sebanyak mungkin info berkenaan beliau untuk direalisasikan menerusi laman web ini.  Walaupun laman ini masih terlalu banyak kekurangan, sedikit sebanyak info yang ada dapat dikongsi bersama peminat-peminat lainnya.  Hubungilah saya melalui email sdm70@carmahlms.com untuk menyatakan komen dan pandangan anda.  Komen anda amatlah dihargai malah bantuan anda juga diperlukan dalam melengkapkan laman-laman yang masih tidak dapat disempurnakan.

Carmahl MS

 


Guest Book


Telah 40 tahun Sharifah Aini menjadi artis rakaman.  Pastinya kemampuan beliau membawa kepelbagaian genre lagu membolehkan lagu-lagunya diKLASIFIKASI dalam kelas tertentu seperti Irama Melayu pelbagai rentak, pop, balada, 'rakaman semula', 'world music' dan dakwah.  Beliau juga merupakan artis rakaman yang paling banyak merakamkan lagu-lagu hari raya Aidilfitri, lagu-lagu Inggeris dan berduet dengan ramai artis lelaki seperti M. Sani, Broery Marantika, Ignatius (Sweet September), Ali Ahmed Anwar, Herman Tino, Sudirman, Tan Sri Dato' S M Salim, Shamrin Fotograf, Joe Chandran & Mac Chew.


Klik untuk info LAGENDA HIT

Untuk mendapatkan album asal Sharifah Aini yang diterbitkan semula dalam format CD mungkin adalah sesuatu yang sukar tetapi dengan memiliki album LAGENDA HIT yang disertakan dengan 2 CD berkembar, kerinduan anda akan sedikit terubat apabila 20 daripada 42 buah lagu yang disenaraikan adalah lagu yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD. 

Kepuasan amat terasa apabila lagu berikut disenaraikan - Ayam Den Lapeh, Selimut Putih, Jangan Tinggalkan Daku, Perwira, Cahaya Keinsafan, Beban Asmara, Jangan Berduka Hati, Impianku Bersamamu, Pra, Malam Dendangan Ria, Jangan Biarkan, Siapa Yang Sudi Padaku, Mengapa, Semoga Ku Tak Kecewa Lagi, Hati Seorang Kawan Baru, Yang Sangat Ku Sayang, November, Tiga Malam, Sinar Cinta Kita, Masa dan Biar Masa Menentukan.

Manakala lagu Masih Ingat Masih Setia (pernah diterbitkan menerusi koleksi lagu-lagu Dangdut siri Mat Jimat & Murah Hati) dan Yang Tak Kesampaian (Koleksi Mega Dangdut Terhangat - Gelek, edaran Warner Music) - juga disenaraikan.  Dengarkan kemerduan vokal kak Pah dengan mendapatkan album yang ORIGINAL ... 

Dengar Playlist istimewa AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR - Sharifah Aini & Siti Nurhaliza

Pada 19 Ogos lalu, hampir kebanyakan media cetak arus perdana menyiarkan kemesraan dua DIVA tersohor negara Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza.  Syukur, Alhamdullilah 2 bintang kebanggaan negara ini akhirnya 'berdamai' setelah 6 tahun hubungan mereka dikatakan dingin.  Cukup terharu apabila saat paling manis dalam sejarah hiburan dekad ini berlaku di bulan barakah Ramadhan al-Mubarak.  Apa yang berlaku sebelumnya tidak perlu diungkit lagi. 

Dengar playlist istimewa AIDILFITRI BERSAMA 2 DIVA TERSOHOR sebagai permulaan di atas kemesraan mereka.

 


Sharifah Aini Video ClipsTidak banyak klip video yang dihasilkan untuk beliau.  Bagaimanapun 'WATCH NOW' akan membawa anda menonton aksi kak Pah dalam beberapa klip video yang dilakonkan oleh beliau sendiri seperti 'Seribu Mawar' dan 'Gerimis Mengundang'.


Wajah-Wajah Sharifah Aini 'Dulu & Sekarang'

GALERI FOTO menampilkan koleksi Wajah-wajah Sharifah Aini 'Dulu & Sekarang'.  Gambar wajah beliau diambil seawal tahun 1975 sehingga terkini daripada majalah-majalah hiburan tempatan, LP, kaset dan CD beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL TERKINI

19 Ogos 2010

Sesudah lebih lima tahun berada dalam ‘kancah dingin’, akhirnya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan penghibur handalan, Datuk Siti Nurhaliza, kembali mengukuh­kan ikatan silaturahim mereka apabila dipertemukan semula dengan usaha pihak media tempatan.  Selanjutnya Kak Pah, Siti Berdamai

Artikel-artikel lain yang berkaitan

6 Julai 2010

Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah berkata, biarlah apa yang orang lain ingin fikirkan, namun dia tidak sama sekali mengalah dalam mengejar nikmat akhirat.  Menurutnya, bakat serta suara yang dianugerahkan Maha Pencipta kepadanya ialah aset yang seharusnya digunakan semula untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.  Selepas mengadakan beberapa persembahan amal untuk membantu sekolah tahfiz tahun ini, secara peribadi Kak Pah berasakan dirinya belum puas untuk berbuat demikian.  Selagi kudratnya masih kuat, selagi itulah usaha murni itu akan diteruskan.  Selanjutnya Sharifah Aini Teruskan Misi Amal

30 Jun 2010

"Insya-Allah saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk satu atau dua lagu hari raya bersama Ahmad Jais memandangkan persembahan ini berlangsung pada penghujung Aidilfitri nanti.  Sehingga kini kami telah berjaya menjual sebanyak 15 buah meja.  Apa yang saya harapkan ialah dapat mengumpul dana dalam usaha membantu dua sekolah tersebut dan semoga Allah panjangkan lagi rezeki saya untuk membantu selepas ini.  Sasaran saya ialah dapat beri setiap sebuah sekolah yang saya bantu sekurang-kurangnya RM20,000 pun saya dah rasa sangat bersyukur,"   Selanjutnya Sharifah Aini Ingin Terus Membantu

URTV 1-15 Jun 2010

Dapatkan URTV 1-16 June 2010 untuk membaca artikel EKSKLUSIF 'DATUK SHARIFAH AINI LEGA & DOA SHARIFAH AINI UNTUK SITI NURHALIZA' menerusi ruangan 'Sejenak Bersama Huzz'.

Arkib Artikel 2010

Duet Kak Pah, Ahmad Jais

Rahsia Lagu Dodoi Si Dodoi

Kak Pah, Mawi Semarak Kasih Ibu

Amah Sharifah Aini Bagai Saudara
    Sendiri

Sharifah Aini Ke IB Lagi Tahun Depan

Sharifah Aini Tak Serik

Kak Pah Beramal

Resah Yang Terlerai

Lembaran Rahsia Sharifah Aini

Saling Teruja

Kekuatan Vokal Tiada Tandingan   

Kak Pah Kongsi Kesedihan Rakan

The Home That Sharifah Aini Built

Kalau Ada Jodoh ...

Datuk Sharifah Aini Dedah Rahsia
    Hatinya
(MASTIKA Mac 2010)

Sharifah Aini Selepas 42 Tahun


Unique Visitors
since April 25, 2007

project meditation

Hit Counter

Dikemaskini  2 September 2010

My New CD Collection - 'THANK YOU ALLAH' - Maher Zain, 'TIADA TANDINGANNYA' - Anita & Noor, 'THE BEST OF MAWI' & re-issued album 'GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU' - Fauziah Latiff, 'MENGAPA AKU DISALAHKAN' - Khadijah Ibrahim, 'DI MANA KAN KU CARI GANTI' - Liza Hanim & 'KENANGAN' - The ZikrINFO MUZIK DENGAR ULANGAN ... PLAYLIST Lagu Lagu Raya Pelbagai ArtisDENGAR ULANGAN ... PLAYLIST 'MULIANYA RAMADHAN'